31 August 2010

Cara Pantas Lock Komputer Anda - versi 2

Kini dengan terciptanya papan kekunci (keyboard) yang mempunyai logo Windows, maka banyak pintasan-pintasan aplikasi Windows boleh diaktifkan. Salah satunya ialah cara pantas untuk lock komputer anda. Pada entri sebelum ini, cara pantas untuk lock komputer ialah dengan cara membuat ikon pintasan (shorcut) pada desktop komputer.


Kini dengan hanya beberapa kombinasi kekunci pada keyboard, anda boleh terus lock komputer anda. Caranya, tekan kekunci logo Windows pada keyboard dan jangan dilepaskan lagi, kemudian tekan pula kekunci L (logo Windows + kekunci L). Secara pantasnya komputer anda kini telah kembali ke menu login pengguna.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



30 August 2010

Cara Pantas Aktifkan Screen Saver

Sesetengah komputer sekiranya tidak digunakan untuk jangka masa tertentu, penyelamat skrin (screen saver) akan dipaparkan. Secara tidak langsung sekiranya aplikasi screen saver itu mempunyai katalaluan, maka komputer berkenaan telah dikunci (lock).


Sekiranya anda hendak meninggalkan komputer anda dengan segera, cara paling cepat untuk mengaktifkan penyelamat skrin (screen saver) ialah dengan cara klik Start->Search. Pada ruangan carian, taipkan arahan berikut "*.scr". (jgn taip quote "). Fail screen saver berakhir dengan nama scr di belakangnya. Setelah berakhirnya carian, satu senarai akan dipaparkan. Anda boleh prebiu fail screen saver dengan cara double click fail berkenaan. Setelah anda memilih fail screen saver, buat ikon pintasan (shortcut) untuknya. Klik butang kanan tetikus pada fail screen saver, pilih Send to dan klik Desktop (create shortcut).


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



29 August 2010

Cara Pantas Lock Komputer Anda

Sekiranya anda tergesa-gesa untuk meninggalkan komputer anda dan tidak mahu logoff, anda masih boleh kunci atau lock komputer anda tanpa dapat diguna oleh sesiapa pun. Teknik ini sesekali tidak menggunakan kombinasi kekunci Ctrl+Alt+Del atau penyelamat skrin (screen saver).


Apa yang perlu anda lakukan ialah buat ikon pintasan (shortcut) pada desktop. Klik butang kanan tetikus pada mana-mana desktop komputer -> New -> Shortcut. Aturan Shortcut akan dipaparkan. Pada ruangan kosong taipkan arahan berikut rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation. Klik Next. Berikan nama yang sesuai utk shortcut berkenaan seperti "Lock Workstation" atau sebagainya. Kemudian klik butang Finish. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya klik 2x pada ikon berkenaan dan secara tidak langsung komputer anda akan di lock.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



28 August 2010

Login Sebagai Administrator Buat Sementara

Andainya komputer anda mempunyai banyak akaun pengguna dan anda sebagai pengguna biasa, ini sudah tentu membataskan kepenggunaan PC tersebut. Contohnya sekiranya anda ingin menginstal sesuatu aplikasi, anda memerlukan akaun dan katalaluan Administrator untuk berbuat demikian.


Untuk itu anda tidak perlulah logoff dan login balik sebagai pengguna Admin. Dengan akaun anda sekarang anda masih boleh mengakses akaun Admin buat sementara. Caranya, tekan dan tunggu(hold) kekunci Shift pada papan kekunci, pada masa yang sama tekan butang kanan tetikus(mouse) dan klik pada Run as. Masukkan nama akaun Administrator dan katalaluannya sekali. Teknik ini juga boleh digunakan pada menu Start.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



27 August 2010

Kelebihan Penggunaan GPEDIT WinXP

Kumpulan Polisi WinXP atau WinXP Group Policy adalah salah satu kelebihan sistem operasi versi WinXP. Nama ringkasnya ialah gpedit. Anda tidak dapat mengakses menu ini kerana pihak Microsoft mengklasifikasikannya sebagai 'hidden menu'.



Dengan penggunaan menu ini anda secara langsung dapat mengubah atau mengedit secara virtual segala setting yang telah ditetapkan tanpa perlu masuk kedalam registri. Untuk mengakses menu ini, klik pada Start->Run dan taipkan arahan berikut; gpedit.msc


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



26 August 2010

Ubah Saiz Font Laman Web Yang Sedang Dibuka

Pada sesetengah laman web, terdapat banyak kandungan yang memerlukan kita sebagai pengguna skrol ke bawah dan ke atas untuk melihat secara keseluruhan isi kandungannya. Kesulitan ini juga menyukarkan kita untuk mencetak secara keseluruhan laman web berkenaan.


Untuk mengatasi masalah ini, apa yang perlu anda lakukan ialah tekan dan tunggu (hold) kekunci Ctrl pada papan kekunci (keyboard) dan pada masa yang sama guna tetikus (mouse) untuk skrol ke atas dan ke bawah untuk membesarkan atau mengecilkan page berkenaan. Dengan teknik ini sedikit sebanyak dapat mengatasi penggunaan kertas yang banyak kerana kita dapat mencetak secara keseluruhan page berkenaan.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



25 August 2010

Pulihkan Gangguan Pada Fail AVI

Jika anda mempunyai fail movie dalam format AVI yang mana fail ini anda save dalam Windows 95/98/ME, berkemungkinan akan berlaku gangguan pada fail movie tersebut sekiranya anda membuka fail ini dalam Windows XP/2003. Berikut adalah langkah-langkah untuk membaikpulih gangguan pada fail movie ini;


1. Buka aplikasi Movie Maker (jika tiada boleh di muat turun di www.download.com).
2. Klik View->Options.
3. Klik pada kekotak kecil untuk memadamkan tanda (check mark) bersebelahan dengan Automatically create clips.
4. Kemudian import fail AVI yang mana terletaknya gangguan pada fail tersebut dan drag ke kawasan timeline.
5. Simpan/save fail tersebut dan dalam masa proses re-rendering balik, gangguan tersebut akan dibuang.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



24 August 2010

Tambah Kelajuan Prestasi WinXP - Bhgn 1

Trick berikut sedikit sebanyak dapat menambah kelajuan komputer anda bekerja/memproses. Selepas anda mengikuti langkah ini tapi berlaku kesan-kesan sampingan yang boleh menjejaskan sistem operasi Windows anda, kembali balik pada setting yang asal, jika tidak teruskan sahaja dengan setting yang baru ini. Trick ini sangat sesuai untuk sistem operasi versi WinXP.


1. Klik Start->Settings->Control Panel->System
2. Klik pada Advanced Tab
3. Dibawah Performance klik pada butang Settings
4. Klik pula Advanced Tab
5. Tandakan/tick pada Background Services
6. Klik OK

Trick ini akan memberi kesan pada aplikasi games/programs/aplikasi lain

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



23 August 2010

Fail Sistem Help Windows Hanya Fail Biasa

Terlalu banyak fail-fail manual (help) dalam sistem operasi berasaskan Windows. Fail-fail ini kebanyakannya terletak di dalam direktori C:\Windows\Help. Setiap nama fail-fail ini akan berakhir dengan ".chm" .


Anda tidak perlu buka Menu Help dalam sistem operasi untuk membaca setiap fail-fail ini. Anda hanya perlu berada di dalam direktori berkenaan dan klik 2x untuk membaca isi kandungan fail-fail ini. Anda masih boleh mencari fail-fail bantuan ini di dalam Menu Help, tetapi untuk Windows versi XP Home sesetengah fail-fail bantuan ini tidak mempunyai hubungan (linking) antara satu sama lain.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



22 August 2010

Jom Buat Network Antara PC Dirumah

Anda berminat untuk buat network untuk kegunaan sendiri tapi tidak mempunyai peralatan yang lengkap seperti switch, hub, router dan sebagainya! Jangan bimbang kini hanya dengan 2 buat komputer, 2 keping network card (3 keping jika ingin membuat perkongsian sambungan ke Internet) dan satu kabel cross (ada di jual dikedai komputer). Caranya;

1. Pasangkan sekeping network card pada sebuah PC dan buat sambungan ke alat Internet (broadband) secara normal.
2. Pasangkan pula network card yang kedua pada PC yang sama dan buat sambungan ke alat Internet (broadband)
3. Pasangkan pula network card yang ketiga pada PC yang kedua pula.
4. Buat sambungan kabel cross pada network card yang kedua dengan ketiga.
5. Restart kedua-dua PC tadi.
6. Jalankan aplikasi Networking Wizard jika diperlukan atau buat sambungan Direct Connection dari parallel port PC yang pertama dengan parallel port PC yang kedua, (perhatian: jika menggunakan kaedah Direct Connection, ada kemungkinan anda tidak dapat berkongsi sambungan ke Internet).

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



21 August 2010

Gabungkan Tetingkap (Windows) Yang Dibuka

Dalam sistem operasi versi WinXP, sekiranya kita membuka lebih dari 2 tetingkap untuk satu aplikasi yang sama (contohnya aplikasi IE), secara automatiknya sistem operasi akan menggabungkan tetingkap ini menjadi satu kumpulan. Ini bertujuan untuk menjadikan desktop komputer lebih bersih, kemas dan teratur.


Secara asasnya, untuk membuka tetingkap yang telah digabungkan ini, pengguna perlu klik satu persatu tetingkap ini. Sesetengah pengguna tidak selesa dengan keadaan sedemikian. Jadi anda boleh mengarahkan sistem operasi WinXP untuk menggabungkan tetingkap yang sama aplikasinya apabila mencapai nilai tetingkap dibuka pada masa yang sama. Untuk itu, pengguna perlu mengedit pangkalan data registri untuk mengubah nilai tetingkap ini.

Klik Start->Run dan taipkan arahan Regedit. Selepas itu klik pada HKEY_CURRRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced. Anda dikehendaki untuk menambah kekunci didalam folder berkenaan. Sekiranya kekunci ini tiada lagi, klik butang kanan tetikus pada mana-mana bahagian dan klik pada REG_DWORD. Namakannya sebagai TaskbarGroupSize. Kemudian klik 2x pada item TaskbarGroupSize dan masukkan bilangan tetingkap yang boleh dibuka pada satu masa yang sama sebelum sistem operasi menggabungkkannya menjadi satu. Seterusnya, restart balik PC anda.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



20 August 2010

WinXP: Teknik Speed Surfing

Dalam melayari Internet, secara sedar atau tidak, maklumat dari komputer kita dihantar ke sesuatu laman web untuk tujuan tertentu. Kekadang itu, maklumat yang dihantar akan dipulangkan balik tapi ada sesetengah itu tidak dihantar balik.


Ketika kita melayari Internet, laman web yang dilayari tersebut sebenarnya telah ditukarkan no TCP/IP kepada Domain Name System (DNS) atau alamat sebenarnya laman web tersebut. Ini kerana dalam sistem komputer hanya digit yang diproses dan bukannya perkataan. Sebab itulah data dari komputer kita dihantar dan diambil untuk tujuan pemprosesan. DNS ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan laman web yang dilawati tersebut dapat diproses dengan cepat dan seterusnya dapat memaparkan dengan baik sekiranya laman web tersebut dilawati berulang kali. Untuk mempercepatkan proses paparan, DNS cache memainkan peranan yang penting. Untuk itu, kita boleh menambah kelajuan cache tersebut dan seterusnya membuatkan prestasi pelayar menjadi lebih baik. Apa yang diperlukan ialah edit fail registri. Copy & Paste arahan registri berikut dan simpan ke dalam fail DNSCACHE.REG


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
REGEDIT4

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Dnscache\Parameters]
"CacheHashTableBucketSize"=dword:00000001
"CacheHashTableSize"=dword:00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit"=dword:0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit"=dword:0000012d
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah selesai, klik 2x fail tersebut untuk membuat proses merge ke dalam registri. Selepas itu restart PC anda untuk tujuan keberkesanannya.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



19 August 2010

Java Oh Java

Perisian Java Virtual Machine (JVM) sangat diperlukan dalam WinXP. Ini untuk memudahkan pengguna melayari Internet bila menggunakan pelayar seperti pelayar Firefox, Opera dan Internet Explorer. Sebab sesetengah laman web memerlukan perisian JVM ini untuk melayari laman web mereka..


JVM tidak didatangakan dengan Windows Update (http://windowsupdate.microsoft.com/). Anda perlu install secara manual. Perisian JVM ini boleh didapati di laman web pengeluarnya iaitu (http://www.java.com). Anda digalakkan untuk sentiasa mengemaskini perisian JVM dari semasa ke semasa. Setelah selesai anda download JVM dan setelah selesai juga WinXP di install, klik pada fail setup JVM dan tunggu proses instalasi selesai.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



18 August 2010

WinXP: Buat Backup Lepas Install

Proses membuat backup sangat penting untuk mana-mana perisian yang sudah/baru sahaja di install. Ini kerana, kita tidak dapat menjangkakan bila berlakunya 'crash' terhadap PC kita. Dalam WinXP, proses membuat backup sangat penting.


Perisian seperti DriveImage mampu untuk membuat kesemua backup sistem operasi WinXP sesudah proses instalasi dan proses untuk re-install balik WinXP sekiranya berlaku 'crash' mengambil masa tidak sampai sejam, lebih kurang dalam 20-30 minit.

Proses instalasi WinXP pula mengambil masa lebih kurang dalam 2-3 jam. Saiz fail instalasi saja dalam 1.5GB, dan saiz fail ISO WinXP lebih dari 700MB. Oleh itu adalah digalakkan supaya anda tidak install kesemua perisian yang dibekalkan dalam WinXP. Untuk membantu mengurangkan bebanan dalam proses instalasi, adalah digalakkan anda menggunakan utiliti SFC untuk mengurangkan saiz fail cache hingga ke 40-50MB. Untuk melakukannya, klik Start->Run, taipkan cmd dan klik OK. Ini akan membawa anda ke tetingkap dos. Kemudian taipkan arahan-arahan berikut;

SFC /?
SFC /purgecache
SFC /cachesize=50
dan kemudian bina balik atau rebuild saiz fail cache dengan memasukkan saiz yang anda kehendaki (pastikan CD WinXP sudah bersedia dalam pemacu CD Drive).
SFC /scannow

Adalah digalakkan anda untuk membuang/delete fail Pagefile.sys dan Hibernate.sys sebelum mengaktifkan perisian DriveImage, ini bertujuan untuk menjimatkan masa.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



17 August 2010

Bersihkan Pagefile Semasa Shutdown PC

Pagefile atau 'RAM tambahan virtual' digunakan dalam sistem operasi Windows dengan tujuan untuk membantu fizikal RAM yang sediada menambah kelajuan pemprosesan. Fail Pagefile ini perlu dibersihkan setelah digunakan semasa proses Shutdown.

Buat satu fail registri seperti PFILE.REG dalam Notepad. Copy dan Paste arahan dibawah berikut;

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
REGEDIT4

[HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Control\Session Manager\Memory Management]
"ClearPageFileAtShutdown"=dword:00000001
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Klik 2x fail PFILE.REG dan restart komputer anda. Cara lain selain menggunakan fail registri ialah klik Control Panel -> Administrative Tools -> Local Security Policy -> Local Policies -> Security Options -> tukar option untuk "Shutdown: Clear Virtual Memory Pagefile".


Top Blogs

Baca lagi...



16 August 2010

Buang Jejak Fail Dokumen Dari Dikesan

Untuk memastikan agar fail-fail dokumen yang anda buka tidak dapat dijejak atau dibaca oleh orang yang tidak sepatutunya, anda boleh mengawal dan mengarahkan WinXP untuk mengaktifkan atau tidak utiliti ini. Kebiasaannya, setelah mana-mana fail dokumen dibuka, jejak tersebut dapat dikesan di Start->Documents.


Klik Start->Run dan taipkan Regedit. Klik pada HKEY_CURRRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer. Tambah key seperti berikut sekiranya belum wujud lagi REG_BINARY = NoRecentDocsHistory. Klik 2x pada key berkenaan dan perhatikan nilainya. Sekiranya nilai 01 00 00 00 bermakna utiliti tersebut tidak diaktifkan tapi jika nilainya 00 00 00 00 fungsi tersebut diaktifkan. Terpulang pada anda untuk menukarnya.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



15 August 2010

Tip Windows Explorer

Bila Windows versi ME/2000/XP dilancarkan, secara default, perisian Windows Explorer apabila dibuka akan terus ke folder "My Documents" . Secara tidak langsung memberi kesan kepada pengguna Windows yang mana mereka lebih menyukai "My Computer" di buka secara default.


Untuk kembali kepada default asal dulu, apa yang perlu anda lakukan ialah mengedit shortcut Windows Explorer. Klik butang kanan mouse pada shortcut tersebut dan pilih Properties. Pada ruangan Target Box, tukarkan pada command berikut %windir%\EXPLORER.EXE /n,/e, dan letakkan di akhir shortcut berkenaan.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



14 August 2010

Tak Perlu Activate WinXP Lagi

Sekiranya anda mempunyai masalah Windows XP dan merancang untuk re-install balik, anda berkemungkinan akan diminta untuk mengaktifkan balik perisian Windows XP terus ke laman web Microsoft. Kini dengan tip yang akan saya huraikan nanti, anda tak perlu lagi berbuat demikian, cukuplah hanya sekali sahaja anda mengaktifkannya dulu.


Sebelum anda format PC atau re-install balik, backup dulu fail WPA.DBL. Fail ini terletak dalam sub-folder System32. Selepas selesai proses instalasi, copy balik fail berkenaan ke dalam sub-folder yang sama seperti dulu. So, sekarang anda tak perlu lagi mengaktifkan balik perisian Windows XP anda. Cara untuk mengesahkan perisian WinXP anda telah diaktifkan, klik Start->Run dan taipkan seperti berikut %windir%\system32\oobe\msoobe /a dan klik OK..

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



13 August 2010

Alternatif WinXP Driver

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencari driver perkakasan dalam versi WinXP, anda masih boleh menggunakan driver versi Windows 2000 sebagai alternatif driver perkakasan berkenaan.

Pada pengalaman saya, trick ini sememangnya berkesan dan menjadi, tapi driver yang diperlukan itu mestilah sama dengan perkakasan yang hendak dipasang. Sekiranya driver WinXP untuk perkakasan berkenaan ada, adalah lebih baik anda menggunakan driver tersebut kerana ianya lebih serasi dengan versi Windows tersebut. Trick ini hanya sebagai alternatif kepada pencarian sahaja.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



12 August 2010

Lock Computer vs. Welcome Login Screen

Untuk ubah ketetapan keselamatan PC, klik pada Start Menu->Control Panel->User Accounts. Klik pada "Change the way users log on or off".


Untuk meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan yang sediada, buang tanda (uncheck) "Use the Welcome screen". Secara tidak langsung, sistem operasi WinXP akan kembali pada menu ciri-ciri keselamatan berteraskan Win 2000. Disini teknologi "Lock Computer" digunakan. Gabungan kekunci CTRL+ALT+DEL diperlukan untuk "Unlock" balik Windows tersebut. Kelebihan menu ini, ianya dapat mengelak atau menghalang pengguna log in masuk ke dalam PC tersebut lebih dari seorang pengguna pada satu masa. Jika keadaan ini tidak menjadi kebiasaan kepada pengguna, kembali balik pada ciri-ciri keselamatan yang asal iaitu menggunakan teknologi "Welcome Login Screen" . Pengguna boleh log in masuk ke dalam PC berkenaan lebih dari seorang pada satu masa. Tandakan (check) balik "Use the Welcome screen" dan juga "Use Fast User Switching".

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Top Blogs

Baca lagi...



11 August 2010

Teknologi ClearType Dalam WinXP

Dalam versi Windows XP, terdapat teknologi baru yang diperkenalkan iaitu "ClearType" yang mana Microsoft telah meningkatkan pembacaan secara melintang dengan kadar sebanyak 300% yang mana ianya lebih jelas dan hebat.

Klik butang kanan mouse dan pilih Properties->Tab Appearance. Klik pada butang "Effects" dan plih menu drop down yang kedua "Use the following method to smooth edges of screen fonts" dan tukarkan pada "ClearType".

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Top Blogs

Baca lagi...



10 August 2010

Kembalikan Desktop Icon Saya

Apabila anda upgrade versi Windows terdahulu ke versi Windows XP, sesetengah desktop ikon yang lama akan hilang atau tiada selepas prose instalasi selesai. Microsoft sememangnya sudah merancang sedemikian untuk tujuan itu. Bagi sesetengah pengguna, ketiadaan ikon terdahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada keselesaan kepenggunaan.


Jadi untuk tujuan itu, sekiranya anda inginkan kembali ikon seperti "My Computer" atau "My Network Places", apa yang perlu anda lakukan ialah klik butang kanan mouse pada mana-mana skrin di komputer dan pilih menu Properties->klik pada tab Desktop, kemudian klik pada "Customize Desktop" dan pada tab General, tandakan (check) mana-mana item untuk dipaparkan. Selain itu terdapat juga button "Clean Desktop Now" untuk tujuan remove mana-mana ikon di desktop yang tidak diperlukan atau tidak berfungsi dengan memberi cadangan pada anda ikon yang boleh dibuang.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Top Blogs

Baca lagi...



09 August 2010

Ubah Start Menu WinXP

Klik butang kanan mouse pada menu Start dan kemudian klik butang kiri mouse dan pilih menu "Properties". Dengan menu ini, anda boleh memilih stail baru untuk start menu WinXP. Disamping itu juga anda boleh memilih stail start menu untuk Win2000/WinME.

Dengan adanya butang "Customize" pada kedua-dua stail menu ini, anda boleh memilih, membuang dan menambah option pada start menu WinXP seperti memilih untuk memaparkan ikon yang besar atau kecil dan sebagainya.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



08 August 2010

Kelebihan Menggunakan Utiliti Compatilibity Mode Dalam WinXP

Dengan menggunakan utiliti "Compatilibity Mode" pada sistem operasi WinXP, sesuatu aplikasi dari versi Win95, WinNT, atau Win2000 mampu untuk dimainkan (run) dengan baik walaupun pada asalnya aplikasi berkenaan hanya untuk versi Windows tertentu sahaja.


Ianya dikenali sebagai "emolution". Secara ringkasnya, right-click pada shorcut aplikasi berkenaan dan pilih Properties, klik pada tab Compatilibity dan tandakan (check) pada ruang "Run this program in compatilibity mode for" dan pilih sistem operasi yang serasi dengan aplikasi berkenaan. Secara tidak langsung, trick ini dapat mengandaikan pada aplikasi berkenaan bahawa sistem operasi yang sedang di run sekarang adalah sistem operasi yang sesuai dengan aplikasi berkenaan. Trick ini sesuai untuk aplikasi permainan dan *JANGAN* sesekali menggunakan trick ini untuk aplikasi sistem utiliti seperti antivirus, defrag, registry dan disk tool.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



07 August 2010

2 Metod Buat Boot Disk Dalam Win98

Dengan beranggapan semua pengguna Windows 98 sudah mahir dengan aplikasi dalam Windows itu sendiri, maka untuk aplikasi Add/Remove Program sudah tidak asing lagi bagi kita semua. Dan dalam aplikasi itu sendiri terdapat pilihan Startup Disk untuk mencipta disket boot disk untuk tujuan baikpulih atau kerosakan. Terdapat 2 metod untuk mencipta boot disk yang lebih fleksibel.


1. Cara pertama dengan menggunakan batch fail atau Bootdisk.bat yang mana fail ini terletak pada direktori %windir%\Command. Di dalam folder ini terdapat satu sub folder yang dipanggil EDB yang mana dalam folder ini mengandungi segala fail-fail yang diperlukan untuk mencipta boot disk. Anda masih boleh menambah fail-fail tambahan yang anda perlukan seperti Edit.com, Msd.exe dan sebagainya dengan cara menyalin atau copy fail-fail berkenaan ke dalam folder EBD ini dan seterusnya klik pada fail Bootdisk.bat untuk mencipta boot disk yang diperlukan.

2. Metod kedua pula ialah dengan menggunakan utiliti yang telah disediakan oleh Windows 98 ini iaitu fail Nocomp.exe yang mana fail ini terletak pada folder Program Files->Plus!->System folder. Utiliti ini akan merujuk pada fail Nocomp.inf untuk menentukan fail-fail mana yang perlu untuk membuat boot disk. Satu kelebihan menggunakan utiliti yang disediakan ini ialah ia turut membaca fail Autoexec.bat dan Config.sys dalam PC anda untuk tujuan transfer fail semasa proses membuat Startup Disk. Fail Nocomp.exe ini juga terdapat dalam sistem operasi Windows 95 Plus. Untuk tujuan itu, rujuk pada laman web Microsoft ini, http://support.microsoft.com/support/kb/articles/q138/3/10.asp

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



06 August 2010

Hapuskan Log Scandisk

Untuk versi Win98/Win98 SE atau Win95 B/C OSR2.x, setiap kali sistem operasi ini tidak di shutdown dengan betul atau berlaku crash pada sistem operasinya, sudah pasti aplikasi Scandisk.exe akan di aktifkan apabila sistem operasi tersebut di reboot balik dan log untuk scandisk ini akan di buat pada setiap masa.

Untuk tidak memenuhkan log-log ini dalam PC anda, walaupun saiz failnya tidak berapa besar, anda masih boleh mengarahkan sistem Windows untuk turn off fail log ini. Caranya, buka fail Scandisk.ini (biasanya dalam folder %windir%\command) dengan menggunakan editor teks Notepad atau sebagainya, cari line teks yang tertulis SaveLog=Append dan tukarkannya pada SaveLog=Off...save fail tersebut dan exit.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



05 August 2010

Atribut Rahsia Dalam Windows Explorer

Tip ini hanya untuk operasi sistem Win98, WinME dan Win 2000. Terdapat atribut-atribut detail yang di 'hidden' kan dalam antaramuka Windows Explorer. Untuk mengembalikan balik atribut-atribut tersebut, ikuti langkah-langkah berikut;



1. Cut & Paste arahan dalam text berikut dan savekan dengan nama seperti ATTRIBUT.REG

----------------------------------------------------------------------------------------------
REGEDIT4

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced]
"ShowAttribCol"=dword:00000001
----------------------------------------------------------------------------------------------

2. Kemudian tekan butang kanan mouse dan pilih 'Merge' , klik 'YES' dan restart PC anda.

Buka semula Windows Explorer dan perhatikan atribut baru dalam kolum berkenaan.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



04 August 2010

Masalah USB Win98 SE

Adakah anda menggunakan mouse, joystick, keyboard, modem dan sebagainya yang mana sambungannya menggunakan port USB dengan mesin operasi sistem Win98! Jika ada, kemungkinan anda pernah mendapat error message secara rawak pada bila-bila masa tanpa di duga menyuruh anda reboot balik PC dan seterusnya mana-mana perkakasan yang bersambung dengan port USB akan di 'lockup' terus.

Ada beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini;

1.
Pastikan sistem operasi(OS) Win98 SE anda sentiasa di kemaskini patches di laman web Microsoft.
- untuk patch USB anda boleh dapatkan di http://support.microsoft.com/support/kb/articles/q240/0/75.asp
- untuk patch Shutdown anda boleh dapatkan di http://www.microsoft.com/windows98/downloads/contents/WURecommended/S_WUFeatured/Win98SE/ terus ke sistem Win98 SE anda
- reboot PC apabila diarahkan

2.
Disable port USB yang bermasalah itu, caranya

Klik pada Control Panel -> System -> Device Manager -> "Universal Serial Bus
controllers" -> "[Intel 82371AB/EB] PCI to USB Universal Host Controller"
(dlm cth ini saya menggunakan motherboard Intel 440BX Pentium II/III/Celeron) -> Advanced tab -> klik pada "Disable USB error detection" box -> kemudian klik OK sebanyak 2x..

Langkah ini juga anda boleh lakukan dengan mencipta fail registri(REG) dengan menggunakan aplikasi Notepad..salin & tampal fail ini..

----------------------------------------------------------------------------------------------
REGEDIT4

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Usb]
"ErrorCheckingEnabled"=dword:00000000
----------------------------------------------------------------------------------------------

Kilk 2x pada fail REG berkenaan dan reboot PC anda...

3.
Cara berikutnya ialah dengan buka Control Panel -> System -> Device
Manager -> "System devices" -> "PCI bus" -> IRQ Steering tab -> klik pada "Use
IRQ Steering" box -> OK -> OK -> reboot.

atau cipta satu fail REG, salin dan tampal arahan berikut;

-------------------------------------------------------------------------------------------------
REGEDIT4

[HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Services\VxD\PCI]
"Options"=hex:02,08,00,00
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Klik 2x pada fail REG berkenaan dan reboot balik PC anda...

4.
Langkah berikutnya memerlukan anda untuk memeriksa settng bios/cmos dalam motherboard PC anda. Tidak semua motherboard mempunyai setting yang sama, dalam kes ini saya menggunakan motherboard jenis Abit..

- tekan kekunci Del/F10 (bergantung pada motherboard) untuk masuk ke dalam menu bios .
- untuk pengguna keyboard usb, buka menu "Integrated Peripherals" -> pastikan "USB Keyboard Support" di aktifkan.
- untuk semua pengguna usb, buka menu "PnP/PCI Configurations" -> pastikan
"Assign IRQ for USB" di aktifkan, untuk lebih selamat nyahaktifkan setting "PNP OS Installed". Langkah ini sangat selamat untuk mana-mana PC yang menggunakan Win95/Win98/ME dan paling utama mana-mana PC yang beroperasi menggunakan WinNT/2000/XP, ini kerana sistem operasi berkenaan akan "pick-up" balik setting yang terbaik untuk PC anda dan menjadikannya bebas dari sebarang konflik perkakasan mahupun perisian.
- setelah selesai, tekan kekunci F10 dan taip Y untuk save semua setting baru yang telah di tetapkan, dan kemudian reboot PC anda.

5.
Langkah kelima ini adalah untuk memastikan PC anda bebas dari sebarang konflik perkakasan (hardware conflict) .
- buka Control Panel -> System -> Device Manager -> dwi-klik "Computer" -> View Resources tab -> pastikan ada 4 kekotak di paparkan Interrupt Request (IRQ), Direct Memory Access (DMA), Input/output (I/O) dan Memory, dan kemudian skrol ke bawah untuk lihat samada terdapat sebarang penanda berwarna kuning atau penanda merah yang bertanda X, jika ada mana-mana penanda, anda perlu restart balik Windows dan kemudian "Add New Hardware Wizard" (daripada Control Panel) untuk re-detect balik setiap perkakasan/aksesori dalam PC anda. Setelah selesai, ulangi langkah sebelumnya untuk memeriksa balik sumber-sumber perkakasan (hardware resources) untuk pastikan tiada lagi konflik yang berlaku.

6.
Langkah terakhir ini pula pastikan setiap driver perkakasan dalam sistem operasi Win98 anda adalah yang terkini dan terbaru. Ini termasuklah seperti driver chipset motherboard (Intel, FIC VIA, AMD, SiS, ALi dan sebagainya) dan untuk perkakasan usb, pastikan anda sentiasa kemaskini driver berkenaan di tapak web pengeluar berkenaan. Reboot balik PC anda untuk kali terakhir..

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



03 August 2010

Guna WinME Defrag + Scandisk dengan Win98

Kedua-dua tools dari WinME iaitu Defrag.exe dan Scandskw.exe boleh digunakan kedalam versi Windows 98. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan copy kedua-dua fail tersebut dari folder utama sistem WinME terus ke folder utama sistem Win98.

Atau anda boleh dapatkan fail-fail tersebut di tapak web berikut;
- defrag.exe -> http://www.wilders.org/HTMLobj-732/newdefrag.zip


Atau cara lain jika anda ada CD-ROM installer untuk WinME, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan extract kedua-dua fail tersebut seperti berikut;

1. Masukkan CD-ROM
2. Buka program Dos Prompt
3. Taipkan arahan seperti berikut, EXTRACT X:\WIN9X\WIN_16.CAB DEFRAG.EXE %windir% dan EXTRACT X:\WIN9X\WIN_17.CAB SCANDSKW.EXE %windir% (tukarkan drive X dengan drive CD-ROM)

Kelebihan : Tools dari WinME lebih cepat dan pantas

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



02 August 2010

Hilangkan Menu Find di Start Menu

Tips ini hanya untuk Windows versi 98/98SP1 & 98SE. Untuk menghilangkan/membuang terus menu item "Find : On the Internet..." atau "Find : People..." di Start Menu, ikuti langkah-langkah berikut;


1. Klik pada Start Menu
2. Klik Run dan taipkan Regedit
3. Kemudian cari item berikut,
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\explorer\FindExtensions\Static
4. Setelah itu, delete pada subkey "InetFind" (untuk buang item "Find: On the
Internet...") atau "WabFind" (untuk buang item "Find: People...")."

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



01 August 2010

Salam Sejahtera

Artikel didalam blog ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada semua pengguna komputer terutamanya kepada pengguna-pengguna Microsoft Windows tentang teknik-teknik pengurusan Windows 95,98,ME,2000,XP,Vista dan Windows 7 dengan cara yang lebih baik dan berkesan.

Disamping itu artikel didalam blog ini juga akan mendedahkan rahsia-rahsia Windows yang menarik untuk semua pengguna versi Windows. Segala ilmu yang diperolehi didalam blog ini adalah bertujuan untuk pembelajaran dan memberi panduan kepada pengguna Windows bahawa mereka boleh melakukan sendiri atau DIY ("Do-It Yourself") kerja-kerja pembaikpulih komputer atau Windows sekiranya berlaku pada diri sendiri. Bukan itu saja, semua info yang terkini tentang dunia teknologi maklumat akan didedahkan juga di sini. Akhir kata dari saya, gunakanlah segala apa yang anda perolehi disini untuk kebaikan dan tunggu keluaran ebook yang pertama dari saya tentang rahsia Windows


Baca lagi...