07 August 2010

2 Metod Buat Boot Disk Dalam Win98

Dengan beranggapan semua pengguna Windows 98 sudah mahir dengan aplikasi dalam Windows itu sendiri, maka untuk aplikasi Add/Remove Program sudah tidak asing lagi bagi kita semua. Dan dalam aplikasi itu sendiri terdapat pilihan Startup Disk untuk mencipta disket boot disk untuk tujuan baikpulih atau kerosakan. Terdapat 2 metod untuk mencipta boot disk yang lebih fleksibel.


1. Cara pertama dengan menggunakan batch fail atau Bootdisk.bat yang mana fail ini terletak pada direktori %windir%\Command. Di dalam folder ini terdapat satu sub folder yang dipanggil EDB yang mana dalam folder ini mengandungi segala fail-fail yang diperlukan untuk mencipta boot disk. Anda masih boleh menambah fail-fail tambahan yang anda perlukan seperti Edit.com, Msd.exe dan sebagainya dengan cara menyalin atau copy fail-fail berkenaan ke dalam folder EBD ini dan seterusnya klik pada fail Bootdisk.bat untuk mencipta boot disk yang diperlukan.

2. Metod kedua pula ialah dengan menggunakan utiliti yang telah disediakan oleh Windows 98 ini iaitu fail Nocomp.exe yang mana fail ini terletak pada folder Program Files->Plus!->System folder. Utiliti ini akan merujuk pada fail Nocomp.inf untuk menentukan fail-fail mana yang perlu untuk membuat boot disk. Satu kelebihan menggunakan utiliti yang disediakan ini ialah ia turut membaca fail Autoexec.bat dan Config.sys dalam PC anda untuk tujuan transfer fail semasa proses membuat Startup Disk. Fail Nocomp.exe ini juga terdapat dalam sistem operasi Windows 95 Plus. Untuk tujuan itu, rujuk pada laman web Microsoft ini, http://support.microsoft.com/support/kb/articles/q138/3/10.asp

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment