29 August 2010

Cara Pantas Lock Komputer Anda

Sekiranya anda tergesa-gesa untuk meninggalkan komputer anda dan tidak mahu logoff, anda masih boleh kunci atau lock komputer anda tanpa dapat diguna oleh sesiapa pun. Teknik ini sesekali tidak menggunakan kombinasi kekunci Ctrl+Alt+Del atau penyelamat skrin (screen saver).


Apa yang perlu anda lakukan ialah buat ikon pintasan (shortcut) pada desktop. Klik butang kanan tetikus pada mana-mana desktop komputer -> New -> Shortcut. Aturan Shortcut akan dipaparkan. Pada ruangan kosong taipkan arahan berikut rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation. Klik Next. Berikan nama yang sesuai utk shortcut berkenaan seperti "Lock Workstation" atau sebagainya. Kemudian klik butang Finish. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya klik 2x pada ikon berkenaan dan secara tidak langsung komputer anda akan di lock.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment