21 August 2010

Gabungkan Tetingkap (Windows) Yang Dibuka

Dalam sistem operasi versi WinXP, sekiranya kita membuka lebih dari 2 tetingkap untuk satu aplikasi yang sama (contohnya aplikasi IE), secara automatiknya sistem operasi akan menggabungkan tetingkap ini menjadi satu kumpulan. Ini bertujuan untuk menjadikan desktop komputer lebih bersih, kemas dan teratur.


Secara asasnya, untuk membuka tetingkap yang telah digabungkan ini, pengguna perlu klik satu persatu tetingkap ini. Sesetengah pengguna tidak selesa dengan keadaan sedemikian. Jadi anda boleh mengarahkan sistem operasi WinXP untuk menggabungkan tetingkap yang sama aplikasinya apabila mencapai nilai tetingkap dibuka pada masa yang sama. Untuk itu, pengguna perlu mengedit pangkalan data registri untuk mengubah nilai tetingkap ini.

Klik Start->Run dan taipkan arahan Regedit. Selepas itu klik pada HKEY_CURRRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced. Anda dikehendaki untuk menambah kekunci didalam folder berkenaan. Sekiranya kekunci ini tiada lagi, klik butang kanan tetikus pada mana-mana bahagian dan klik pada REG_DWORD. Namakannya sebagai TaskbarGroupSize. Kemudian klik 2x pada item TaskbarGroupSize dan masukkan bilangan tetingkap yang boleh dibuka pada satu masa yang sama sebelum sistem operasi menggabungkkannya menjadi satu. Seterusnya, restart balik PC anda.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment