10 August 2010

Kembalikan Desktop Icon Saya

Apabila anda upgrade versi Windows terdahulu ke versi Windows XP, sesetengah desktop ikon yang lama akan hilang atau tiada selepas prose instalasi selesai. Microsoft sememangnya sudah merancang sedemikian untuk tujuan itu. Bagi sesetengah pengguna, ketiadaan ikon terdahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada keselesaan kepenggunaan.


Jadi untuk tujuan itu, sekiranya anda inginkan kembali ikon seperti "My Computer" atau "My Network Places", apa yang perlu anda lakukan ialah klik butang kanan mouse pada mana-mana skrin di komputer dan pilih menu Properties->klik pada tab Desktop, kemudian klik pada "Customize Desktop" dan pada tab General, tandakan (check) mana-mana item untuk dipaparkan. Selain itu terdapat juga button "Clean Desktop Now" untuk tujuan remove mana-mana ikon di desktop yang tidak diperlukan atau tidak berfungsi dengan memberi cadangan pada anda ikon yang boleh dibuang.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Top Blogs




0 comments:

Post a Comment