28 August 2010

Login Sebagai Administrator Buat Sementara

Andainya komputer anda mempunyai banyak akaun pengguna dan anda sebagai pengguna biasa, ini sudah tentu membataskan kepenggunaan PC tersebut. Contohnya sekiranya anda ingin menginstal sesuatu aplikasi, anda memerlukan akaun dan katalaluan Administrator untuk berbuat demikian.


Untuk itu anda tidak perlulah logoff dan login balik sebagai pengguna Admin. Dengan akaun anda sekarang anda masih boleh mengakses akaun Admin buat sementara. Caranya, tekan dan tunggu(hold) kekunci Shift pada papan kekunci, pada masa yang sama tekan butang kanan tetikus(mouse) dan klik pada Run as. Masukkan nama akaun Administrator dan katalaluannya sekali. Teknik ini juga boleh digunakan pada menu Start.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment