18 August 2010

WinXP: Buat Backup Lepas Install

Proses membuat backup sangat penting untuk mana-mana perisian yang sudah/baru sahaja di install. Ini kerana, kita tidak dapat menjangkakan bila berlakunya 'crash' terhadap PC kita. Dalam WinXP, proses membuat backup sangat penting.


Perisian seperti DriveImage mampu untuk membuat kesemua backup sistem operasi WinXP sesudah proses instalasi dan proses untuk re-install balik WinXP sekiranya berlaku 'crash' mengambil masa tidak sampai sejam, lebih kurang dalam 20-30 minit.

Proses instalasi WinXP pula mengambil masa lebih kurang dalam 2-3 jam. Saiz fail instalasi saja dalam 1.5GB, dan saiz fail ISO WinXP lebih dari 700MB. Oleh itu adalah digalakkan supaya anda tidak install kesemua perisian yang dibekalkan dalam WinXP. Untuk membantu mengurangkan bebanan dalam proses instalasi, adalah digalakkan anda menggunakan utiliti SFC untuk mengurangkan saiz fail cache hingga ke 40-50MB. Untuk melakukannya, klik Start->Run, taipkan cmd dan klik OK. Ini akan membawa anda ke tetingkap dos. Kemudian taipkan arahan-arahan berikut;

SFC /?
SFC /purgecache
SFC /cachesize=50
dan kemudian bina balik atau rebuild saiz fail cache dengan memasukkan saiz yang anda kehendaki (pastikan CD WinXP sudah bersedia dalam pemacu CD Drive).
SFC /scannow

Adalah digalakkan anda untuk membuang/delete fail Pagefile.sys dan Hibernate.sys sebelum mengaktifkan perisian DriveImage, ini bertujuan untuk menjimatkan masa.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment