20 August 2010

WinXP: Teknik Speed Surfing

Dalam melayari Internet, secara sedar atau tidak, maklumat dari komputer kita dihantar ke sesuatu laman web untuk tujuan tertentu. Kekadang itu, maklumat yang dihantar akan dipulangkan balik tapi ada sesetengah itu tidak dihantar balik.


Ketika kita melayari Internet, laman web yang dilayari tersebut sebenarnya telah ditukarkan no TCP/IP kepada Domain Name System (DNS) atau alamat sebenarnya laman web tersebut. Ini kerana dalam sistem komputer hanya digit yang diproses dan bukannya perkataan. Sebab itulah data dari komputer kita dihantar dan diambil untuk tujuan pemprosesan. DNS ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan laman web yang dilawati tersebut dapat diproses dengan cepat dan seterusnya dapat memaparkan dengan baik sekiranya laman web tersebut dilawati berulang kali. Untuk mempercepatkan proses paparan, DNS cache memainkan peranan yang penting. Untuk itu, kita boleh menambah kelajuan cache tersebut dan seterusnya membuatkan prestasi pelayar menjadi lebih baik. Apa yang diperlukan ialah edit fail registri. Copy & Paste arahan registri berikut dan simpan ke dalam fail DNSCACHE.REG


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
REGEDIT4

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Dnscache\Parameters]
"CacheHashTableBucketSize"=dword:00000001
"CacheHashTableSize"=dword:00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit"=dword:0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit"=dword:0000012d
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah selesai, klik 2x fail tersebut untuk membuat proses merge ke dalam registri. Selepas itu restart PC anda untuk tujuan keberkesanannya.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment