30 September 2010

Jejak Penceroboh Komputer Anda

Artikel pada kali ini ialah berkenaan dengan ciri-ciri keselamatan yang ada dalam Windows. Adakah anda tahu berapa kali penceroboh cuba masuk ke dalam sistem Windows anda samada berjaya masuk atau tidak? Adakah anda tahu penceroboh cuba untuk mencuri segala maklumat dokumen di dalam komputer anda? Anda perlu mengetahui dan mengawasi pencerobh yang cuba menggunakan komputer anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah klik butang kanan tetikus pada ikon "My Computer". Kemudian pilih "Manage". Double klik System Tools-> Event Viewer-> Security..dan lihat panel di sebelah kanan. Untuk Windows versi Vista dan ke atas, klik Start->System Tools->Even Viewer->Windows Logs->Security..bagi Windows versi XP pula, klik Start-> Accessories-> System Tools-> Event Viewer-> Security..bagi Windows versi 7 pula, sistem tidak merekodkan sebarang aktiviti login pengguna samada berjaya atau gagal. Untuk mengaktifkan utiliti ini, klik Start-> Run dan taipkan arahan berikut "gpedit.msc". Kemudian, pada sebelah kiri panel ini, double klik pada Local Computer Policy-> Computer Configuration-> Windows Settings-> Security Settings-> Local Policies-> Audit Policy..pada sebelah kanan panel, double klik item "Audit Policy Change"..tandakan atau check option "Success" dan "Failure". Kemudian klik OK. Restart semula komputer anda. Untuk mencuba kaedah ini, pada skrin login, klik pada login yang dikehendaki dan cuba anda masukkan password yang salah dan selepas itu masukkan balik password yang betul. Kemudian klik butang kanan tetikus pada ikon "My Computer" dan pilih "Manage". Double klik System Tools-> Event Viewer-> Security..disebelah kanan panel, anda akan dapat melihat aktiviti kemasukkan login dalam komputer anda samada berjaya atau tidak. Untuk maklumat lebih detail lagi, double klik mana-mana item yang anda kehendaki.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



29 September 2010

Ketahui Tarikh Windows Anda Di Pasangkan

Ada ketikanya anda perlu mengetahui berapakah jangka hayat Windows di dalam komputer anda di instal. Microsoft tidak memberitahu anda secara terus maklumat berkenaan dengan tarikh Windows anda dipasangkan atau sebarang maklumat yang bersangkutan dengannya. Segala maklumat-maklumat ini anda boleh memperolehinya melalui arahan di dalam "Command Prompt".


Klik Start->Run dan taipkan arahan 'cmd' (tanpa quote diatas), kemudian klik OK. Satu kekotak dialog besar berwarna hitam akan muncul. Lihat pada cursor yang 'blinking' itu. Taipkan arahan berikut 'systeminfo' (tanpa quote diatas) dan tekan kekunci Enter. Windows akan memproses arahan tersebut dan mengumpul seberapa banyak maklumat yang dapat untuk dipaparkan pada skrin. Setelah selesai memproses, anda akan dapati satu ringkasan maklumat yang panjang berkenaan dengan segala maklumat didalam komputer anda. Skrol kekotak dialog command prompt itu ke atas dan cuba cari maklumat yang mengatakan "Original Install Date". Inilah maklumat yang memberitahu anda tentang tarikh dan masa Windows di dalam komputer anda dipasangkan.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



28 September 2010

Broadband Booster

Teknik ini hanya membantu untuk menambah kelajuan broadband yang sediada. Walaupun tidak banyak kelajuan yang bertambah, tetapi sekurang-kurangnya proses loading web page menjadi lebih cepat. Kelajuan ini juga bergantung pada keadaan signal broadband berkenaan pada ketika itu. Teknik ini sesuai untuk Windows versi XP dan ke atas.


Apa yang perlu anda lakukan ialah;

1. Pastikan anda login komputer anda sebagai "Administrator"
2. Klik Start->Run dan taipkan gpedit.msc
3. Klik item Local Computer Policy->Computer Configuration-> Administrative Template
->Network->QoS Packet Scheduler
5. Disebelah kanan terdapat satu item "Limit Reservable Bandwidth", klik 2x item ini
6. Klik item "Enabled" untuk mengaktifkan item ini
7. Kemudian tukar "Bandwith Limit (%)" kepada nilai 0

Sebaik-baiknya, re-boot balik komputer anda..

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



27 September 2010

50 Senarai Arahan Windows XP/Vista

Setiap versi Windows didatangkan dengan beberapa arahan-arahan Windows untuk memudahkan pengguna menyelesaikan beberapa isu dan menggunakan beberapa function yang telah di 'built-in' didalamnya. Selain daripada itu juga, pengguna boleh mendapatkan beberapa maklumat penting tentang perkakasan dan perisian yang digunakan. Setiap senarai arahan dibawah banyak menggunakan menu Run sebagai pintasan mencapai aplikasi berkenaan.


Apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run dan taipkan setiap arahan dibawah satu persatu. Diharap dengan senarai arahan-arahan ini, anda mampu untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin.


1. %AlluserProfile% – Buka kesemua profil pengguna
2. %HomeDrive%- Buka pemacu cakera keras utama
3. %Temp% – Buka direktori sementara (temporary)
4. %SystemRoot% – Buka direktori utama Windows
5. Hdwwiz.cpl – Tunjukcara menambah perkakasan komputer
6. Appwiz.cpl – Tambah/Buang setiap aplikasi yang di instal
7. Calc – Buka aplikasi Kalkulator
8. Charmap – Buka Peta Karektor (character map)
9. Chkdsk – Buka utiliti pemacu cakera keras
10. Clipbrd – Buka aplikasi Clipboard
11. Cmd – Buka command prompt
12. Comptmgmt.msc – Buka aplikasi pengurusan komputer (computer management)
13. Timedate.cpl - Buka tarikh/masa
14. Devmgmt.msc – Buka aplikasi pengurusan peralatan (device manager)
15. Diskpart – Buka aplikasi partisi cakera keras (disk partition manager)
16. Control Desktop – Buka properties desktop
17. Verifier – Buka aplikasi penentusah fail sokongan (driver verifier utility)
18. Eventvwr.msc – Buka aplikasi proses log (event viewer)
19. Freecell – Buka permainan Freecell
20. Gpedit.msc – Buka aplikasi polisi (group policy editor)
21. Ipconfig/all – Buka aplikasi ketetapan no IP (IP address configuration)
22. Logoff – Keluar/tamat sesi Windows
23. Notepad – Buka aplikasi notepad
24. Regedit – Buka utiliti registri
25. Mstsc – Buka aplikasi desktop kawalan (remote desktop)
26. Control schedtasks – Buka aplikasi jadual kerja (scheduled task)
27. Wscui.cpl – Buka aplikasi keselamatan (security center)
28. Services.msc – Buka aplikasi perkhidmatan (services)
29. Shutdown – Tutup/tamatkan aplikasi Windows
30. Msconfig – Buka aplikasi sistem konfigurasi (configuration utility)
31. Taskmgr – Buka pengurusan aplikasi (task manager)
32. Utilman – Buka aplikasi pengurusan utiliti (utility manager)
33. Explorer – Buka aplikasi windows explorer
34. Firewall.cpl – Buka aplikasi pertahanan sistem (firewall)
35. Winver – Memaparkan versi Windows yang sedang digunakan
36. Write – Buka aplikasi Wordpad
37. Access.cpl - Buka aplikasi kawalan capaian (accesssibility controls)
38. Accwiz - Buka aplikasi tunjukcara kawalan capaian (accesssibility wizard)
39. Control Admintools - Buka aplikasi kawalan sistem (administrative tools)
40. Wuaucpl.cpl - Buka aplikasi pengemaskinian windows (automatic update)
41. Fsquirt - Buka aplikasi tunjukcara Bluetooth (bluetooth transfer wizard)
42. Dcomcnfg - Buka aplikasi komponen perkhidmatan (componen services)
43. Control - Buka aplikasi panel kawalan (control panel)
44. Dfrg.msc - Buka aplikasi penyusunan fail-fail (disk defragment)
45. Cleanmgr - Buka aplikasi pembersihan cakera keras (disk cleanup)
46. Dxdiag - Buka aplikasi penyelesai masalah directx (direct X troubleshooter)
47. Drwtsn32 - Buka aplikasi utiliti Dr Watson (dr watson troubleshooting utility)
48. Joy.cpl - Buka aplikasi kawalan permainan (game controllers)
49. Iexplore - Buka aplikasi internet explorer
50. Pbrush - Buka aplikasi paint

"Selamat Mencuba & Pastikan anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



26 September 2010

Aktifkan Akaun Pentadbir Windows Vista

Pada asasnya dan pada versi-versi Windows sebelum ini, Windows Vista mempunyai beberapa akaun pengguna Windows yang telah ditetapkan penggunaannya dan telah di 'built-in'. Antaranya seperti akaun pengguna 'Guest' yang mana segala ketetapan telah ditetapkan dan pengguna hanya perlu mengaktifkannya sahaja.


Begitu juga dengan akaun pentadbir sistem atau 'Administrator Account'. Segala ketetapan telah ditetapkan oleh Microsoft dan kedua-dua akaun ini tidak diaktifkan serta disembunyikan atau 'hidden' daripada pengguna. Untuk mengaktifkan dan memastikan akaun Administrator boleh dicapai, apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada Start->Run, taipkan arahan cmd dan tekan butang OK. Sekiranya menu Run tiada, klik butang kanan tetikus pada Taskbar dan pilih Properties. Satu dialog box akan dipaparkan dan klik pada tab Start Menu. Pilih Start Menu dan tekan butang Customize. Cari item Run dan tandakan atau check item tersebut dan klik OK. Klik Start dan menu Run telah wujud.


Pada kekotak Command Prompt, taipkan arahan berikut (tanpa tanda quote);

"net user administrator /active:yes"

Dan sekarang akaun pentadbir sistem dapat dicapai di menu User Accounts. Sekiranya anda ingin kembali pada ketetapan yang asal, apa yang perlu anda lakukan ialah taipkan arahan berikut (tanpa tanda quote);


"net user administrator /active:no"

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



25 September 2010

Baikpulih Windows 7 Secara Percuma

Windows versi 7 didatangkan dengan satu pakej/utiliti membaikpulih (troubleshoot) secara percuma. Apa yang dimaksudkan disini ialah, sekiranya anda mengalami masalah perkakasan, perisian, network, pencetak dan sebagainya, anda boleh mendapat tunjuk ajar secara percuma dengan pakej ini. Masalah-masalah yang timbul adalah masalah yang biasa sangat dijumpai. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengikuti segala arahan dan tindakan yang diberi

Klik pada Start->Control Panel->Find and fix problems. Satu kekotak dialog akan dipaparkan. Pilih masalah yang anda hadapi sekarang dan ikut segala penyelesaian yang diberikan.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



24 September 2010

Tambah Kelajuan Prestasi WinXP - Bhgn 2

Lagi teknik untuk menambah kelajuan prestasi Windows anda. Terdapat pelbagai cara dan tips untuk menambah kelajuan Windows memproses. Teknik berikut jika anda ikuti dengan betul, boleh membuatkan Windows anda memproses dengan cepat dan pantas.


Apa yang perlu anda lakukan ialah klik butang kanan tetikus pada ikon My Computer dan pilih Properties. Klik pada tab Advanced. Pada bahagian Performance, klik Settings dan pastikan anda buang tanda (uncheck) pada item-item berikut;


1. Fade or slide menus into view
2. Fade or slide ToolTips into view
3. Fade out menu items after clicking
4. Show Shadows under menus
5. Slide open combo boxes
6. Slide taskbar buttons
7. Use a background image for each folder type
8. Use common tasks in folders

Sebagai tambahan, anda boleh mengurangkan masa menunggu aplikasi Scandisk berfungsi daripada 10 saat kepada 4 @ 3 saat. Caranya, klik Start->Run, taipkan arahan cmd dan tekan butang OK. Pada ruangan dialog command prompt itu, taipkan arahan berikut;


chkntfs /t:4

dimana no 4 adalah masa menunggu selama 4 saat untuk membolehkan aplikasi Scandisk berfungsi.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



23 September 2010

Auto Login Dalam WinXP

Pada kebiasaannya, mana-mana komputer yang berada didalam persekitaran network, administrator akan membuat login dan password untuk setiap pengguna yang menggunakan komputer secara berkongsi. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengguna membuka desktop masing-masing tanpa mengganggu desktop pengguna lain. Tapi adakah anda ketahui login dan password ini boleh diaktifkan secara automatik apabila Windows Startup diaktifkan. Teknik ini juga boleh digunakan untuk komputer peribadi anda yang tidak berada dalam persekitaran network.


Untuk menjadikan Windows XP anda auto login setiap kali diaktifkan, apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run, copy dan paste arahan berikut (tanpa tanda quote)

'control userpasswords2'

dan tekan kekunci Enter. Satu dialog box User Accounts akan di paparkan. Klik pada tab Users dan buang tanda (uncheck) berikut;

"Users must enter a user name and password to use this computer"

dan tekan butang OK


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



22 September 2010

Buang/Uninstall Aplikasi Windows Messenger

Windows versi XP didatangkan dengan aplikasi Windows Messenger. Aplikasi ini secara automatiknya akan diaktifkan dalam Windows Startup. Aplikasi ini tidak sama dengan Yahoo Messenger. Aplikasi ini dibangunkan sendiri oleh Microsoft.


Ada sesetengah pengguna Windows tidak berminat sangat dengan aplikasi ini. Prestasi Windows akan lebih meningkat laju sekiranya aplikasi ini tidak diaktifkan semasa proses Windows Startup. Untuk membuangnya/uninstall aplikasi ini, apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run, copy dan paste arahan berikut (tanpa tanda quote diatas);


"RunDll32 advpack.dll,LaunchINFSection %SystemRoot%\INF\msmsgs.inf,BLC.Remove"

Tunggu sehingga aplikasi tersebut selesai dibuang. Proses reboot tidak perlu dilakukan.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



21 September 2010

4 Langkah Ceroboh Mana-Mana Laman Web

Artikel ini hanya bertujuan untuk sekadar pengetahuan dan pembelajaran. Trick yang akan saya kongsikan di sini sungguh seronok dan menarik untuk dilakukan. Setelah anda berjaya melakukannya, tunjukkan pada rakan anda, teman sepejabat atau bos di tempat anda bekerja. Tentu mereka tidak percaya apa yang mereka nampak dan secara tidak langsung anda akan digelar seorang 'hacker' pada ketika itu.


Dalam trick ini, sedikit programming JavaScript digunakan. Caranya;

1. Buka mana-mana pelayar/browser. Disini saya gunakan pelayar Mozilla Firefox versi 3.6.10

2. Kemudian di ruang alamat laman web, taipkan mana-mana laman web yang akan menjadi bahan ujikaji anda. Disini saya gunakan alamat http://www.yahoo.com

3. Copy dan Paste arahan berikut ke dalam alamat bar (address bar) pada pelayar tersebut dan kemudian tekan kekunci Enter

javascript: document.body.contentEditable= "true"; document.designMode= "on"; void 0

4. Sekarang cuba anda klik pada mana-mana imej di laman web berkenaan atau klik pada text di dalamnya dan cuba padamkan text tersebut dengan menekan kekunci Backspace atau untuk imej pula, klik pada imej berkenaan dan cuba alihkan ke sana dan ke mari.

Lihat sekarang anda berjaya mengubah isi kandungan di dalam laman web berkenaan.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



20 September 2010

Cipta Akaun Pengguna Windows 'BERHANTU'

Teknik ini telah diuji dengan Windows versi NT/2000/XP dan telah berjaya. Pada kebiasaannya apabila kita mencipta satu akaun pengguna Windows yang baru, nama tersebut akan di paparkan di skrin login. Kini, dengan teknik yang akan saya dedahkan disini, anda boleh 'menghilangkan' akaun pengguna tersebut tanpa dapat di kesan oleh sesiapa pun.


Apa yang anda perlukan ialah;

1. Satu akaun pengguna yang sedia ada dengan katalaluannya sekali

Caranya ialah;

1. Klik Start->Control Panel->User Accounts. Buat satu akaun yang anda inginkan beserta dengan katalaluannya sekali.

2. Klik Start->Run dan taipkan Regedit

3. Klik pada HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\WindowsNT\CurrentVersion\Winlogon\SpecialAccounts\UserList

4. Klik butang kanan mouse pada mana-mana bahagian yang putih dan pilih DWORD Value

5. Berikan nama pengguna akaun yang sama seperti di langkah 1

6. Kemudian double klik item nama tersebut dan berikan nilai 0(hide) atau 1(unhide)

7. Reboot komputer anda

Apabila komputer anda kembali pada skrin login, akaun pengguna yang anda ciptakan tersebut tidak kelihatan. Sekarang tekan Ctrl+Alt+Del dan anda akan dapat melihat satu kotak dialog lain akan muncul. Masukkan nama pengguna beserta dengan katalaluan yang anda buat dalam langkah di atas.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



19 September 2010

Audit 'EVERYTHING' Dalam Komputer Anda

Sebagai pengguna komputer, kita tidak dapat mengetahui dengan tepat dan jelas apa yang sebenarnya disimpan didalam komputer yang sedang kita gunakan sekarang. Aplikasi apa yang di instal, adakah ianya yang original atau sebaliknya, bagaimana pula dengan perkakasan komputer kita. Adakah ianya datang dari kilang pembuatnya yang sebenar. Adakah komputer kita ini dilindungi perisian antivirus yang kuat atau adakah Windows yang kita gunakan sekarang mempunyai lesen atau tidak!


Kini anda tidak perlu risau dan bimbang. Anda sendiri mampu untuk membuat audit kesemua apa yang ada didalam komputer anda. Sebuah syarikat dari USA yang dikenali sebagai Belarc telah menyediakan satu perisian audit komputer. Ianya dapat mengaudit kesemua kandungan yang tersimpan didalam komputer kita dari sekecil aplikasi hinggalah sebesarnya dan juga dapat mengaudit segala perkakasan komputer yang kita gunakan. Syarikat Belarc telah mengistiharkan perisian tersebut adalah percuma untuk dimuaturun oleh sesiapa saja. Untuk itu, dapatkan perisian tersebut di Belarc.com .Setelah selesai dimuaturun, ikuti arahan seterusnya untuk dipasang ke dalam komputer anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



18 September 2010

Sistem Konfigurasi & Naiktaraf Windows 95

Untuk memastikan samada Windows versi 95 yang sedang anda gunakan sekarang adalah yang terkini atau up-to-date, anda bolehlah melayari laman web InfiniSource.


Laman web ini akan menentukan dan memantau samada konfigurasi Windows 95 yang sedang anda gunakan sekarang adalah yang terbaru dan terkini.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



17 September 2010

Tambah Aplikasi Notepad Pada Menu Send To

Teknik ini boleh diimplementasi pada Windows versi 95, 98/98SE. Jika anda klik kanan butang tetikus pada mana-mana fail atau folder, anda akan berjumpa dengan menu Send To. Dalam menu ini, anda boleh pilih ke mana fail/folder yang anda klik untuk dihantar. Dalam teknik ini, anda akan ditunjukkan bagaimana menambah aplikasi Notepad ke dalam menu Send To dan ini memudahkan/mempercepatkan proses anda melihat kandungan di dalam sesuatu fail tersebut.


Klik Start->Programs->Buka Windows Explorer atau cara cepat dengan menekan butang kekunci Windows pada keyboard sekali dengan kekunci huruf E (Windows Key + E). Klik pada folder \Windows\SendTo . Klik kanan pada mana-mana bahagian kosong dan pada menu tersebut klik New->Shortcut . Pada tetingkap Create Shortcut, taipkan arahan berikut C:\Windows\Notepad.exe (sekiranya anda instal Windows pada drive dan folder yang berlainan, tukarkan arahan diatas). Kemudian klik Next, saya cadangkan anda tukarkan nama shortcut Notepad.exe kepada Notepad sahaja. Akhir sekali tekan butang Finish.



"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



16 September 2010

Space Cadet 3D Pinball

Untuk Windows versi 98/98SE dan MS Plus! Windows 98, ianya tidak didatangkan dengan permainan Space Cadet 3D Pinball. Permainan ini hanya didatangkan dengan Windows versi 95/2000/ME dan Windows XP. Tapi sekiranya anda berminat untuk instal permainan ini dalam Windows 98, anda masih boleh melakukannya.


Ada beberapa perkara yang perlu anda sediakan iaitu;

1. Komputer dengan sistem operasi yang telah siap di instal dengan Windows 98/98SE
2. MS Plus! untuk Windows 98 juga yang telah siap di instal
3. CD setup MS Plus! Windows 95
4. CD Setup Windows 98/98SE

Ikuti langkah-langkah berikut;

1. Copy fail Pinball.inf daripada CD setup Win98/98SE. Ianya terletak di folder \Tools\Mtsutils ke dalam mana-mana hard disk anda.

2. Klik butang kanan tetikus pada fail Pinball.inf dan pilih Properties, buang tanda atau uncheck atribut Read-Only dan tekan butang OK

3. Buka fail Pinball.inf dengan editor text seperti Notepad dan cari line yang bertulis 'layoutfile=d:\pluslayt.inf'..sekiranya drive CD-ROM anda bukan 'd', tukarkan ia dan save fail tersebut dan keluar

4. Kemudian masukkan CD Setup MS Plus! Windows 95, tutup semua pop-ups yang keluar

5. Sekali lagi, klik butang kanan tetikus pada fail Pinball.inf dan pilih Install, jika anda diminta oleh operasi sistem untuk memasukkan CD Setup MS Plus! Windows 95, klik OK dan selepas itu anda perlu memberitahu operasi sistem lokasi drive CD-ROM yang betul dimana CD Setup MS Plus! Windows 95 dimasukkan dan sekali lagi klik OK.

Sekarang anda hanya perlu tunggu proses menyalin fail-fail permainan tersebut ke dalam komputer sehinga selesai...jika selesai klik pada Start->Accesories->Games->Space Cadet 3D Pinball

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



15 September 2010

Rahsia Shadow Copies Dalam Windows Vista

Dalam Windows XP, utiliti System Restore digunakan bertujuan untuk membaikpulih semula operasi sistem dan kembali pada keadaan yang terdahulu. Ianya sangat penting untuk mengaktifkannya sekiranya berlaku sesuatu seperti sistem crash dan sebagainya. Utiliti ini hanya membuat backup operasi sistem itu sahaja dan bagaimana pula jika anda terbuang sesuatu folder atau sekiranya anda sedang edit sesuatu fail Notepad, Word, Excel dan sebagainya tetapi anda tersalah menekan butang save sedangkan anda tidak mahu fail tersebut dikemaskini.


Dengan kata lain, jika sesuatu fail tersebut telah disimpan atau save, maka ia tidak dapat kembali pada keadaan yang terdahulu. Masalah ini dapat diatasi di dalam Windows Vista. Dalam operasi sistem ini, Windows Vista telah membuat backup setiap hari untuk semua fail-fail yang ada di dalam komputer anda, ia menggunakan teknologi "Shadow Copies" . Anda hanya perlu klik butang kanan tetikus pada fail atau folder yang anda kehendaki dan ikut arahan yang diberikan untuk kembali pada keadaan yang terdahlu.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



14 September 2010

Sistem Windows XP Hang Bila Startup

Pernahkah komputer anda hang dalam masa 2 atau 3 minit atau Windows XP yang anda gunakan tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya sewaktu komputer sedang Startup. Jika pernah atau kekadang saja yang berlaku, ini bermakna terdapat masalah pada salah satu servis windows atau background proses yang sedang dijalankan.


Background proses yang di maksudkan ialah "Background Intelligent Transfer" yang mana walaupun syarikat Microsoft sudah menyediakan patch untuk mengatasi masalah ini, perkara ini masih lagi berlaku. Untuk mengatasi masalah ini, klik Start->Run taipkan arahan msconfig dan tekan OK. Klik pada tab Services dan cari item "Background Intelligent Transfer" , kemudian klik untuk uncheck bertujuan untuk tidak mengaktifkannya dan reboot komputer anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



13 September 2010

Kelebihan Command Prompt Windows 7

Pada kebiasaan versi Windows yang terdahulu, aplikasi Command Prompt boleh dicapai melalui shortcut yang telah disediakan atau klik Start->Run dan taipkan cmd dan tekan Enter. Tetapi tidak pada Windows versi 7 ini, aplikasi Command Prompt selain boleh dicapai melalui shortcut yang disediakan atau taipkan arahan cmd pada Run, ianya boleh dicapai juga di mana-mana folder didalam Windows 7 ini.


Apa yang perlu anda lakukan ialah tekan kekunci Shift (jangan dilepaskan) pada keyboard dan pada masa yang sama klik butang kanan tetikus di mana-mana folder yang anda kehendaki. Satu menu baru akan di paparkan dan klik pada "Open command window here" . Secara tidak langsung aplikasi Command Prompt akan terus ke direktori yang anda kehendaki.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



12 September 2010

Ketahui Jantina Windows Komputer Anda

Mesti anda tersenyum membaca tajuk artikel diatas. Bukan pelik tapi benar. Rahsia yang akan saya dedahkan disini memerlukan sedikit pengetahuan tentang aturcara program atau programming skil. Tapi itu semua akan saya lakukan sendiri, anda hanya perlu copy,paste dan run sahaja..


Ikuti langkah-langkah berikut;;

1. Buka aplikasi Notepad
2. Copy dan paste arahan berikut ke dalam Notepad:

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak "Ini rahsia Windows Visual Basic Script"

3. Tekan Ctrl-S atau klik menu dan pilih Save As, tukarkan "Save as type" daripada
Text Documents (*.txt) kepada All Files (*.*). Berikan nama fail seperti "jantina.vbs"

4. Sebelum anda run fail tersebut, pastikan volume speaker komputer anda
ditinggikan sedikit daripada biasa.

5. Ok, sekarang double klik fail yang anda telah save tadi dan cuba dengar dengan teliti suara jantina komputer anda..

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



11 September 2010

Ceroboh Akaun Logon Vista Dalam Masa 3 Minit

Syarikat Microsoft mengambil masa selama 5 tahun untuk membangun dan mengeluarkan operasi sistemnya yang baru iaitu Windows Vista, yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan ketat. Tetapi seseorang 'hacker' dari negara China mengambil masa selama 3 minit saja untuk menceroboh masuk ke akaun logon Vista tanpa mengetahui katalaluan Admin dan menambah akaun Admin yang baru kedalamnya.


'Hacker' ini telah berkongsi dengan dunia bagaimana beliau melakukannya. Berikut adalah langkah-langkahnya;

1. Reboot Windows Vista dan masukkan instalasi DVD Vista ke dalam pemacu CD-Drive. Ini akan membuatkan sistem komputer reboot menggunakan DVD tersebut.

2. Apabila antaramuka instalasi Windows Vista dipaparkan, klik pada 'Repair Your Computer'.

3. Selepas itu, antaramuka 'System Recovery Options' akan dipaparkan. Disini ada banyak pilihan untuk membaikpulih Windows Vista, lihat pada 'Recovery Console in Windows XP:'. Ada beberapa pilihan pula yang diberikan iaitu 'Startup Repair','System Restore','Windows Complete PC Restore','Windows Memory Diagnostic Tool', dan yang paling utama dan diberi perhatian sekarang ialah 'Command Prompt', klik pada pilihan ini.

4. Kemudian taipkan mmc.exe dan tekan kekunci Enter. Disini akan dipaparkan 'Microsoft Management Console'.

5. Kemudian klik menu File->Add/Remove Snap-in..baca arahan yang diberikan dan pilih
'Local Users and Groups' disebelah kiri panel dan klik butang Add untuk menambahkannya disebelah kanan panel pula.

6. Sekarang akan dipaparkan 'Choose Target Machine'. Biarkan tetapan yang diberikan dan klik pada butang Finish.

7. Klik pada butang OK dan kembali pada tetingkap mmc. Dibawah sebelah kiri 'Root Console', klik 2x pada 'Local Users and Group' yang telah ditambahkan diawal tadi. Kemudian klik pada folder 'User', locate dan klik Vista Logon pada sebelah kanan panel..


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



10 September 2010

Alihkan Folder Temporary Internet Files

Pengguna-pengguna Windows Vista boleh mencuba teknik ini. Pada asasnya, sistem operasi Windows Vista meletakkan/simpan segala fail-fail sementara Internet di folder C:\Users atau C:\Documents and Settings. Tetapan ini boleh diubah atau folder dimana fail-fail sementara Internet ini disimpan boleh bertukar lokasi drive yang baru.


Teknik ini hanya boleh dilakukan di dalam aplikasi Internet Explorer sahaja. Buka Internet Explorer. Klik Tools->Internet Options. Pada tab General, di bawah Browsing History, klik butang Settings dan klik Move Folder...masukkan nama folder baru dan drive dimana fail-fail sementara Internet ini disimpan.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs
Baca lagi...



09 September 2010

Install Balik Windows (PC Restore)

Teknik ini hanya untuk Windows versi 98 & 98 Second Edition (SE). Pada kebiasaannya bagi pengguna-pengguna Windows versi 98 atau 98SE akan mengalami masalah kehilangan fail sistem atau fail sistem telah rosak (corrupted). Ini biasa berlaku pada fail yang berakhir dengan *.VXD .


Untuk mengatasi masalah ini, apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan CD Setup Win98/98SE ke dalam komputer dan gunakan Windows Explorer dan cari fail bernama PCRESTOR.BAT. Fail ini akan melakukan kerja-kerja memproses, memperbaharui dan membuat instalasi Windows semula. Anda hanya perlu tunggu proses ini selesai.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs
Baca lagi...



08 September 2010

Reset Bios/Motherboard Password

Teknik ini telah diuji dengan Windows versi 95/98 dan hasilnya berjaya. Teknik ini bertujuan untuk reset kembali bios password kepada keadaan asalnya (tiada password) sekiranya anda terlupa katalaluan.


Reboot komputer anda kepada "Command Prompt Only". Pada prompt C:\> taipkan arahan-arahan berikut;

DEBUG

tekan kekunci Enter. Anda akan menerima tanda "-" pada prompt C:\>

Sekarang taipkan arahan berikut;

o 70 2e

Pada DEBUG prompt akan dipaparkan -o 70 2e, tekan kekunci Enter dan taipkan ini pula;

0 71 ff

dan tekan kekunci Enter

Akhir sekali taipkan;

Q

tekan kekunci Enter untuk keluar dari mod DEBUG dan kembali pada prompt C:\>..

Reboot komputer anda dan cuba masuk kedalam tetapan motherboard (kekunci untuk masuk kedalam bios bergantung pada jenis motherboard).

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



07 September 2010

Aktifkan NumLock

Untuk sesetengah papan induk (motherboard) tidak menyokong fungsi auto numlock on/off, tapi anda masih lagi boleh mengawal fungsi ini. Ada sesetengah pengguna tidak menyukai kekunci NumLock diaktifkan semasa komputer dihidupkan dan ada juga yang menyukainya. Ini terpulang pada anda.


Untuk itu apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run dan taipkan Regedit. Cari sub-folder HKEY_USERS\.DEFAULT\Control Panel\Keyboard untuk semua pengguna komputer tersebut dan HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Keyboard untuk pengguna semasa. Double klik pada item InitialKeyboardIndicators dan masukkan nilai 2 jika ingin mengaktifkannya dan nilai 0 jika tidak mahu mengaktifkannya. Restart komputer anda. Untuk memudahkan lagi copy & paste arahan-arahan berikut dan save dengan nama NLOCKOFF.REG

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
REGEDIT4

; All users:
[HKEY_USERS\.DEFAULT\Control Panel\Keyboard]
"InitialKeyboardIndicators"="0"

; Current user only:
[HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Keyboard]
"InitialKeyboardIndicators"="0"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Double klik fail tersebut dan restart komputer anda.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



06 September 2010

Tambah Kelajuan Bukaan IE8 ( Load Time )

Perisian Internet Explorer sudah lama digunakan dalam setiap versi Windows yang dikeluarkan. Isu yang selalu sahaja menjadi perbualan ialah berkenaan prestasi pelayar web ini. Ada yang mengatakan pelayar web ini terlalu perlahan dan lambat. Sebab utama isu ini ialah berkenaan penggunaan perisian kecil tambahan atau dikenali sebagai add-ons.


Internet Explorer 8 terkini menyediakan antaramuka yang menarik dan mudah untuk mengendalikannya. Kelebihannya juga menyediakan menu masa bukaan (load time) untuk setiap aplikasi kecil tambahan (add-ons). Anda boleh membuat tetapan sendiri untuk menentukan mana-mana add-ons yang mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuka, samada untuk diaktifkan atau tidak. Klik Tools->Manage Add-Ons. Terdapat satu kolum untuk Load Time. Pilih mana-mana aplikasi dan double klik kolum Load Time. Disini anda boleh untuk mengaktifkannya atau tidak.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



05 September 2010

Koleksi Tema Windows Blinds XP

Banyak laman web yang memberikan perkhidmatan untuk mencantikkan atau mencorakkan lagi antaramuka WinXP. Salah satunya ialah tema Windows Blinds. Ianya dikendalikan oleh syarikat Stardock yang mana syarikat ini telah pun bekerjasama dengan Microsoft sejak sekian lama dalam pembikinan antaramuka yang menarik. Selain itu Microsoft juga banyak menggunakan teknologi dari Windows Blinds ini.


Anda boleh muat turun aplikasi Windows Blinds ini melalui laman webnya . Setelah selesai muat turun, instal program tersebut dan klik kanan tetikus pada mana-mana bahagian Desktop dan klik Properties->Theme. Di sini anda dapat menukar tema mengikut citarasa pilihan anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



04 September 2010

Tambah Kelajuan Bukaan Start Menu - Bhgn 2

Sekiranya teknik pada bhgn 1 masih tidak menjadi atau tidak cukup laju, apa yang perlu anda lakukan ialah jangan ubah ketetapan yang telah dilakukan pada bhgn 1, tetapi anda perlu ubah pada menu Start itu sendiri.


Klik butang kanan tetikus pada desktop komputer anda, klik Display Properties->
Appearance->Effect-> nyahaktifkan/buang tanda item "Show shadow under menus" yang diberi. Anda akan dapati, keseluruhan prestasi menu Start sangat jauh berbeza dari yang asal.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



03 September 2010

Tambah Kelajuan Bukaan Start Menu - Bhgn 1

Jika anda klik pada menu Start, kelajuan/paparan menu tersebut dibuka adalah agak lambat dan mengambil masa. Ini adalah ketetapan asal yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft itu sendiri. Mengambil masa maksud disini ialah bukannya sehingga seminit lebih tetapi dalam beberapa saat sahaja.


Andainya anda berminat untuk mengurangkan lagi masa yang diambil untuk membuka menu Start, apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run dan taipkan arahan berikut, Regedit. Cari kekunci folder HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop kemudian double klik pada "MenuShowDelay" . Nilai asal ialah 400, tukarkannya pada nilai 0. Sekiranya anda tidak menjumpai item "MenuShowDelay", ciptakannya dengan klik butang kanan tetikus pada mana-mana bahagian di registri editor tersebut dan klik New->String Value. Masukkan nilai 0. Restart komputer anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



02 September 2010

Manfaatkan Kekunci Windows

Kekunci Windows pada papan kekunci sebenarnya mempunyai banyak fungsi pintasan untuk memudahkan pengguna mencapai sesuatu perisian dan sebagainya. Kekunci Windows dilabelkan dengan logo Windows itu tersendiri. Berikut adalah fungsi-fungsi pintasan yang menggunakan kekunci Windows;


1. Windows Key = Start menu akan dibuka
2. Windows Key + D = Minimakan atau pasang balik (restore) setiap Windows yang dibuka
3. Windows Key + E = Windows Explorer akan dibuka
4. Windows Key + F = Menu Search fail akan dibuka
5. Windows Key + Ctrl + F = Menu Search untuk komputer akan dibuka
6. Windows Key + F1 = Memu Help & Support Center akan dibuka
7. Windows Key + R = Dialog menu box akan dibuka
8. Windows Key + Break = Dialog box Properties akan dibuka
9. Windows Key + L = Lock komputer anda
10. Windows Key + U = Menu Utility Manager akan dibuka

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...



01 September 2010

Install Perisian Walaupun Berlainan Versi Windows

Pernahkah anda mencuba untuk install sesuatu perisian tetapi perisian tersebut hanya untuk sesetengah versi Windows sahaja! Sebagai contoh anda ingin memasang sesuatu perisian ke dalam WinXP tetapi perisian tersebut hanya sah untuk versi Windows 2000 sahaja. Jika anda teruskan juga proses instalasi tersebut, kemungkinan proses tersebut akan diberhentikan oleh sistem perisian berkenaan.


Untuk mengatasi masalah ini, apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run dan taip regedit. Klik kekunci berikut HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion dan klik pada item ProductName. Pada asasnya, nilai Microsoft Windows XP dimasukkan, tukar nilai tersebut dengan Microsoft Windows 2000. Pada sesetengah perisian, anda juga dikehendaki untuk menukar nombor versi (version number) dan nombor binaan (build number) perisian tersebut. Restart PC anda dan cuba install balik perisian tersebut. Jika berlaku kesan sampingan pada PC anda akibat dari penukaran ProductName itu, kembali pada nilai yang asal dan restart balik PC anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs

Baca lagi...