21 September 2010

4 Langkah Ceroboh Mana-Mana Laman Web

Artikel ini hanya bertujuan untuk sekadar pengetahuan dan pembelajaran. Trick yang akan saya kongsikan di sini sungguh seronok dan menarik untuk dilakukan. Setelah anda berjaya melakukannya, tunjukkan pada rakan anda, teman sepejabat atau bos di tempat anda bekerja. Tentu mereka tidak percaya apa yang mereka nampak dan secara tidak langsung anda akan digelar seorang 'hacker' pada ketika itu.


Dalam trick ini, sedikit programming JavaScript digunakan. Caranya;

1. Buka mana-mana pelayar/browser. Disini saya gunakan pelayar Mozilla Firefox versi 3.6.10

2. Kemudian di ruang alamat laman web, taipkan mana-mana laman web yang akan menjadi bahan ujikaji anda. Disini saya gunakan alamat http://www.yahoo.com

3. Copy dan Paste arahan berikut ke dalam alamat bar (address bar) pada pelayar tersebut dan kemudian tekan kekunci Enter

javascript: document.body.contentEditable= "true"; document.designMode= "on"; void 0

4. Sekarang cuba anda klik pada mana-mana imej di laman web berkenaan atau klik pada text di dalamnya dan cuba padamkan text tersebut dengan menekan kekunci Backspace atau untuk imej pula, klik pada imej berkenaan dan cuba alihkan ke sana dan ke mari.

Lihat sekarang anda berjaya mengubah isi kandungan di dalam laman web berkenaan.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"







1 comments:

wanshah said...

tips² yang anda kongsikan memang terbaik. :) bleh kenal tak sape tuan blog ni. pm kt email saya pun bleh. :)

http://wanshah87.blogspot.com

Post a Comment