26 September 2010

Aktifkan Akaun Pentadbir Windows Vista

Pada asasnya dan pada versi-versi Windows sebelum ini, Windows Vista mempunyai beberapa akaun pengguna Windows yang telah ditetapkan penggunaannya dan telah di 'built-in'. Antaranya seperti akaun pengguna 'Guest' yang mana segala ketetapan telah ditetapkan dan pengguna hanya perlu mengaktifkannya sahaja.


Begitu juga dengan akaun pentadbir sistem atau 'Administrator Account'. Segala ketetapan telah ditetapkan oleh Microsoft dan kedua-dua akaun ini tidak diaktifkan serta disembunyikan atau 'hidden' daripada pengguna. Untuk mengaktifkan dan memastikan akaun Administrator boleh dicapai, apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada Start->Run, taipkan arahan cmd dan tekan butang OK. Sekiranya menu Run tiada, klik butang kanan tetikus pada Taskbar dan pilih Properties. Satu dialog box akan dipaparkan dan klik pada tab Start Menu. Pilih Start Menu dan tekan butang Customize. Cari item Run dan tandakan atau check item tersebut dan klik OK. Klik Start dan menu Run telah wujud.


Pada kekotak Command Prompt, taipkan arahan berikut (tanpa tanda quote);

"net user administrator /active:yes"

Dan sekarang akaun pentadbir sistem dapat dicapai di menu User Accounts. Sekiranya anda ingin kembali pada ketetapan yang asal, apa yang perlu anda lakukan ialah taipkan arahan berikut (tanpa tanda quote);


"net user administrator /active:no"

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"







0 comments:

Post a Comment