07 September 2010

Aktifkan NumLock

Untuk sesetengah papan induk (motherboard) tidak menyokong fungsi auto numlock on/off, tapi anda masih lagi boleh mengawal fungsi ini. Ada sesetengah pengguna tidak menyukai kekunci NumLock diaktifkan semasa komputer dihidupkan dan ada juga yang menyukainya. Ini terpulang pada anda.


Untuk itu apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run dan taipkan Regedit. Cari sub-folder HKEY_USERS\.DEFAULT\Control Panel\Keyboard untuk semua pengguna komputer tersebut dan HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Keyboard untuk pengguna semasa. Double klik pada item InitialKeyboardIndicators dan masukkan nilai 2 jika ingin mengaktifkannya dan nilai 0 jika tidak mahu mengaktifkannya. Restart komputer anda. Untuk memudahkan lagi copy & paste arahan-arahan berikut dan save dengan nama NLOCKOFF.REG

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
REGEDIT4

; All users:
[HKEY_USERS\.DEFAULT\Control Panel\Keyboard]
"InitialKeyboardIndicators"="0"

; Current user only:
[HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Keyboard]
"InitialKeyboardIndicators"="0"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Double klik fail tersebut dan restart komputer anda.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment