19 September 2010

Audit 'EVERYTHING' Dalam Komputer Anda

Sebagai pengguna komputer, kita tidak dapat mengetahui dengan tepat dan jelas apa yang sebenarnya disimpan didalam komputer yang sedang kita gunakan sekarang. Aplikasi apa yang di instal, adakah ianya yang original atau sebaliknya, bagaimana pula dengan perkakasan komputer kita. Adakah ianya datang dari kilang pembuatnya yang sebenar. Adakah komputer kita ini dilindungi perisian antivirus yang kuat atau adakah Windows yang kita gunakan sekarang mempunyai lesen atau tidak!


Kini anda tidak perlu risau dan bimbang. Anda sendiri mampu untuk membuat audit kesemua apa yang ada didalam komputer anda. Sebuah syarikat dari USA yang dikenali sebagai Belarc telah menyediakan satu perisian audit komputer. Ianya dapat mengaudit kesemua kandungan yang tersimpan didalam komputer kita dari sekecil aplikasi hinggalah sebesarnya dan juga dapat mengaudit segala perkakasan komputer yang kita gunakan. Syarikat Belarc telah mengistiharkan perisian tersebut adalah percuma untuk dimuaturun oleh sesiapa saja. Untuk itu, dapatkan perisian tersebut di Belarc.com .Setelah selesai dimuaturun, ikuti arahan seterusnya untuk dipasang ke dalam komputer anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






0 comments:

Post a Comment