23 September 2010

Auto Login Dalam WinXP

Pada kebiasaannya, mana-mana komputer yang berada didalam persekitaran network, administrator akan membuat login dan password untuk setiap pengguna yang menggunakan komputer secara berkongsi. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengguna membuka desktop masing-masing tanpa mengganggu desktop pengguna lain. Tapi adakah anda ketahui login dan password ini boleh diaktifkan secara automatik apabila Windows Startup diaktifkan. Teknik ini juga boleh digunakan untuk komputer peribadi anda yang tidak berada dalam persekitaran network.


Untuk menjadikan Windows XP anda auto login setiap kali diaktifkan, apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run, copy dan paste arahan berikut (tanpa tanda quote)

'control userpasswords2'

dan tekan kekunci Enter. Satu dialog box User Accounts akan di paparkan. Klik pada tab Users dan buang tanda (uncheck) berikut;

"Users must enter a user name and password to use this computer"

dan tekan butang OK


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






0 comments:

Post a Comment