30 August 2010

Cara Pantas Aktifkan Screen Saver

Sesetengah komputer sekiranya tidak digunakan untuk jangka masa tertentu, penyelamat skrin (screen saver) akan dipaparkan. Secara tidak langsung sekiranya aplikasi screen saver itu mempunyai katalaluan, maka komputer berkenaan telah dikunci (lock).


Sekiranya anda hendak meninggalkan komputer anda dengan segera, cara paling cepat untuk mengaktifkan penyelamat skrin (screen saver) ialah dengan cara klik Start->Search. Pada ruangan carian, taipkan arahan berikut "*.scr". (jgn taip quote "). Fail screen saver berakhir dengan nama scr di belakangnya. Setelah berakhirnya carian, satu senarai akan dipaparkan. Anda boleh prebiu fail screen saver dengan cara double click fail berkenaan. Setelah anda memilih fail screen saver, buat ikon pintasan (shortcut) untuknya. Klik butang kanan tetikus pada fail screen saver, pilih Send to dan klik Desktop (create shortcut).


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment