11 September 2010

Ceroboh Akaun Logon Vista Dalam Masa 3 Minit

Syarikat Microsoft mengambil masa selama 5 tahun untuk membangun dan mengeluarkan operasi sistemnya yang baru iaitu Windows Vista, yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan ketat. Tetapi seseorang 'hacker' dari negara China mengambil masa selama 3 minit saja untuk menceroboh masuk ke akaun logon Vista tanpa mengetahui katalaluan Admin dan menambah akaun Admin yang baru kedalamnya.


'Hacker' ini telah berkongsi dengan dunia bagaimana beliau melakukannya. Berikut adalah langkah-langkahnya;

1. Reboot Windows Vista dan masukkan instalasi DVD Vista ke dalam pemacu CD-Drive. Ini akan membuatkan sistem komputer reboot menggunakan DVD tersebut.

2. Apabila antaramuka instalasi Windows Vista dipaparkan, klik pada 'Repair Your Computer'.

3. Selepas itu, antaramuka 'System Recovery Options' akan dipaparkan. Disini ada banyak pilihan untuk membaikpulih Windows Vista, lihat pada 'Recovery Console in Windows XP:'. Ada beberapa pilihan pula yang diberikan iaitu 'Startup Repair','System Restore','Windows Complete PC Restore','Windows Memory Diagnostic Tool', dan yang paling utama dan diberi perhatian sekarang ialah 'Command Prompt', klik pada pilihan ini.

4. Kemudian taipkan mmc.exe dan tekan kekunci Enter. Disini akan dipaparkan 'Microsoft Management Console'.

5. Kemudian klik menu File->Add/Remove Snap-in..baca arahan yang diberikan dan pilih
'Local Users and Groups' disebelah kiri panel dan klik butang Add untuk menambahkannya disebelah kanan panel pula.

6. Sekarang akan dipaparkan 'Choose Target Machine'. Biarkan tetapan yang diberikan dan klik pada butang Finish.

7. Klik pada butang OK dan kembali pada tetingkap mmc. Dibawah sebelah kiri 'Root Console', klik 2x pada 'Local Users and Group' yang telah ditambahkan diawal tadi. Kemudian klik pada folder 'User', locate dan klik Vista Logon pada sebelah kanan panel..


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






4 comments:

wanshah said...

tak secure rupenye.. ingatkan secure habis. adess..

http://wanshah87.blogspot.com

cendawanakrab said...

wanshah:: sebab tu skrg ramai yg dah bertukar pd operasi sistem berasaskn Linux, lebih secure, stable n paling penting no virus (klu ada pung mgkn dlm kelompok kecil aje)..ttg virus insyaALLAH nt sya akan share info berkenaannya

wanshah said...

bro, tutorial ni berkesan tak bagi windows 7?..

http://wanshah87.blogspot.com

cendawanakrab said...

wanshah - klik pada entri teknik reset password windows 7

Post a Comment