20 September 2010

Cipta Akaun Pengguna Windows 'BERHANTU'

Teknik ini telah diuji dengan Windows versi NT/2000/XP dan telah berjaya. Pada kebiasaannya apabila kita mencipta satu akaun pengguna Windows yang baru, nama tersebut akan di paparkan di skrin login. Kini, dengan teknik yang akan saya dedahkan disini, anda boleh 'menghilangkan' akaun pengguna tersebut tanpa dapat di kesan oleh sesiapa pun.


Apa yang anda perlukan ialah;

1. Satu akaun pengguna yang sedia ada dengan katalaluannya sekali

Caranya ialah;

1. Klik Start->Control Panel->User Accounts. Buat satu akaun yang anda inginkan beserta dengan katalaluannya sekali.

2. Klik Start->Run dan taipkan Regedit

3. Klik pada HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\WindowsNT\CurrentVersion\Winlogon\SpecialAccounts\UserList

4. Klik butang kanan mouse pada mana-mana bahagian yang putih dan pilih DWORD Value

5. Berikan nama pengguna akaun yang sama seperti di langkah 1

6. Kemudian double klik item nama tersebut dan berikan nilai 0(hide) atau 1(unhide)

7. Reboot komputer anda

Apabila komputer anda kembali pada skrin login, akaun pengguna yang anda ciptakan tersebut tidak kelihatan. Sekarang tekan Ctrl+Alt+Del dan anda akan dapat melihat satu kotak dialog lain akan muncul. Masukkan nama pengguna beserta dengan katalaluan yang anda buat dalam langkah di atas.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"







0 comments:

Post a Comment