01 September 2010

Install Perisian Walaupun Berlainan Versi Windows

Pernahkah anda mencuba untuk install sesuatu perisian tetapi perisian tersebut hanya untuk sesetengah versi Windows sahaja! Sebagai contoh anda ingin memasang sesuatu perisian ke dalam WinXP tetapi perisian tersebut hanya sah untuk versi Windows 2000 sahaja. Jika anda teruskan juga proses instalasi tersebut, kemungkinan proses tersebut akan diberhentikan oleh sistem perisian berkenaan.


Untuk mengatasi masalah ini, apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run dan taip regedit. Klik kekunci berikut HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion dan klik pada item ProductName. Pada asasnya, nilai Microsoft Windows XP dimasukkan, tukar nilai tersebut dengan Microsoft Windows 2000. Pada sesetengah perisian, anda juga dikehendaki untuk menukar nombor versi (version number) dan nombor binaan (build number) perisian tersebut. Restart PC anda dan cuba install balik perisian tersebut. Jika berlaku kesan sampingan pada PC anda akibat dari penukaran ProductName itu, kembali pada nilai yang asal dan restart balik PC anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment