30 September 2010

Jejak Penceroboh Komputer Anda

Artikel pada kali ini ialah berkenaan dengan ciri-ciri keselamatan yang ada dalam Windows. Adakah anda tahu berapa kali penceroboh cuba masuk ke dalam sistem Windows anda samada berjaya masuk atau tidak? Adakah anda tahu penceroboh cuba untuk mencuri segala maklumat dokumen di dalam komputer anda? Anda perlu mengetahui dan mengawasi pencerobh yang cuba menggunakan komputer anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah klik butang kanan tetikus pada ikon "My Computer". Kemudian pilih "Manage". Double klik System Tools-> Event Viewer-> Security..dan lihat panel di sebelah kanan. Untuk Windows versi Vista dan ke atas, klik Start->System Tools->Even Viewer->Windows Logs->Security..bagi Windows versi XP pula, klik Start-> Accessories-> System Tools-> Event Viewer-> Security..bagi Windows versi 7 pula, sistem tidak merekodkan sebarang aktiviti login pengguna samada berjaya atau gagal. Untuk mengaktifkan utiliti ini, klik Start-> Run dan taipkan arahan berikut "gpedit.msc". Kemudian, pada sebelah kiri panel ini, double klik pada Local Computer Policy-> Computer Configuration-> Windows Settings-> Security Settings-> Local Policies-> Audit Policy..pada sebelah kanan panel, double klik item "Audit Policy Change"..tandakan atau check option "Success" dan "Failure". Kemudian klik OK. Restart semula komputer anda. Untuk mencuba kaedah ini, pada skrin login, klik pada login yang dikehendaki dan cuba anda masukkan password yang salah dan selepas itu masukkan balik password yang betul. Kemudian klik butang kanan tetikus pada ikon "My Computer" dan pilih "Manage". Double klik System Tools-> Event Viewer-> Security..disebelah kanan panel, anda akan dapat melihat aktiviti kemasukkan login dalam komputer anda samada berjaya atau tidak. Untuk maklumat lebih detail lagi, double klik mana-mana item yang anda kehendaki.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"







0 comments:

Post a Comment