13 September 2010

Kelebihan Command Prompt Windows 7

Pada kebiasaan versi Windows yang terdahulu, aplikasi Command Prompt boleh dicapai melalui shortcut yang telah disediakan atau klik Start->Run dan taipkan cmd dan tekan Enter. Tetapi tidak pada Windows versi 7 ini, aplikasi Command Prompt selain boleh dicapai melalui shortcut yang disediakan atau taipkan arahan cmd pada Run, ianya boleh dicapai juga di mana-mana folder didalam Windows 7 ini.


Apa yang perlu anda lakukan ialah tekan kekunci Shift (jangan dilepaskan) pada keyboard dan pada masa yang sama klik butang kanan tetikus di mana-mana folder yang anda kehendaki. Satu menu baru akan di paparkan dan klik pada "Open command window here" . Secara tidak langsung aplikasi Command Prompt akan terus ke direktori yang anda kehendaki.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






0 comments:

Post a Comment