29 September 2010

Ketahui Tarikh Windows Anda Di Pasangkan

Ada ketikanya anda perlu mengetahui berapakah jangka hayat Windows di dalam komputer anda di instal. Microsoft tidak memberitahu anda secara terus maklumat berkenaan dengan tarikh Windows anda dipasangkan atau sebarang maklumat yang bersangkutan dengannya. Segala maklumat-maklumat ini anda boleh memperolehinya melalui arahan di dalam "Command Prompt".


Klik Start->Run dan taipkan arahan 'cmd' (tanpa quote diatas), kemudian klik OK. Satu kekotak dialog besar berwarna hitam akan muncul. Lihat pada cursor yang 'blinking' itu. Taipkan arahan berikut 'systeminfo' (tanpa quote diatas) dan tekan kekunci Enter. Windows akan memproses arahan tersebut dan mengumpul seberapa banyak maklumat yang dapat untuk dipaparkan pada skrin. Setelah selesai memproses, anda akan dapati satu ringkasan maklumat yang panjang berkenaan dengan segala maklumat didalam komputer anda. Skrol kekotak dialog command prompt itu ke atas dan cuba cari maklumat yang mengatakan "Original Install Date". Inilah maklumat yang memberitahu anda tentang tarikh dan masa Windows di dalam komputer anda dipasangkan.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"







0 comments:

Post a Comment