15 September 2010

Rahsia Shadow Copies Dalam Windows Vista

Dalam Windows XP, utiliti System Restore digunakan bertujuan untuk membaikpulih semula operasi sistem dan kembali pada keadaan yang terdahulu. Ianya sangat penting untuk mengaktifkannya sekiranya berlaku sesuatu seperti sistem crash dan sebagainya. Utiliti ini hanya membuat backup operasi sistem itu sahaja dan bagaimana pula jika anda terbuang sesuatu folder atau sekiranya anda sedang edit sesuatu fail Notepad, Word, Excel dan sebagainya tetapi anda tersalah menekan butang save sedangkan anda tidak mahu fail tersebut dikemaskini.


Dengan kata lain, jika sesuatu fail tersebut telah disimpan atau save, maka ia tidak dapat kembali pada keadaan yang terdahulu. Masalah ini dapat diatasi di dalam Windows Vista. Dalam operasi sistem ini, Windows Vista telah membuat backup setiap hari untuk semua fail-fail yang ada di dalam komputer anda, ia menggunakan teknologi "Shadow Copies" . Anda hanya perlu klik butang kanan tetikus pada fail atau folder yang anda kehendaki dan ikut arahan yang diberikan untuk kembali pada keadaan yang terdahlu.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






0 comments:

Post a Comment