14 September 2010

Sistem Windows XP Hang Bila Startup

Pernahkah komputer anda hang dalam masa 2 atau 3 minit atau Windows XP yang anda gunakan tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya sewaktu komputer sedang Startup. Jika pernah atau kekadang saja yang berlaku, ini bermakna terdapat masalah pada salah satu servis windows atau background proses yang sedang dijalankan.


Background proses yang di maksudkan ialah "Background Intelligent Transfer" yang mana walaupun syarikat Microsoft sudah menyediakan patch untuk mengatasi masalah ini, perkara ini masih lagi berlaku. Untuk mengatasi masalah ini, klik Start->Run taipkan arahan msconfig dan tekan OK. Klik pada tab Services dan cari item "Background Intelligent Transfer" , kemudian klik untuk uncheck bertujuan untuk tidak mengaktifkannya dan reboot komputer anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






0 comments:

Post a Comment