16 September 2010

Space Cadet 3D Pinball

Untuk Windows versi 98/98SE dan MS Plus! Windows 98, ianya tidak didatangkan dengan permainan Space Cadet 3D Pinball. Permainan ini hanya didatangkan dengan Windows versi 95/2000/ME dan Windows XP. Tapi sekiranya anda berminat untuk instal permainan ini dalam Windows 98, anda masih boleh melakukannya.


Ada beberapa perkara yang perlu anda sediakan iaitu;

1. Komputer dengan sistem operasi yang telah siap di instal dengan Windows 98/98SE
2. MS Plus! untuk Windows 98 juga yang telah siap di instal
3. CD setup MS Plus! Windows 95
4. CD Setup Windows 98/98SE

Ikuti langkah-langkah berikut;

1. Copy fail Pinball.inf daripada CD setup Win98/98SE. Ianya terletak di folder \Tools\Mtsutils ke dalam mana-mana hard disk anda.

2. Klik butang kanan tetikus pada fail Pinball.inf dan pilih Properties, buang tanda atau uncheck atribut Read-Only dan tekan butang OK

3. Buka fail Pinball.inf dengan editor text seperti Notepad dan cari line yang bertulis 'layoutfile=d:\pluslayt.inf'..sekiranya drive CD-ROM anda bukan 'd', tukarkan ia dan save fail tersebut dan keluar

4. Kemudian masukkan CD Setup MS Plus! Windows 95, tutup semua pop-ups yang keluar

5. Sekali lagi, klik butang kanan tetikus pada fail Pinball.inf dan pilih Install, jika anda diminta oleh operasi sistem untuk memasukkan CD Setup MS Plus! Windows 95, klik OK dan selepas itu anda perlu memberitahu operasi sistem lokasi drive CD-ROM yang betul dimana CD Setup MS Plus! Windows 95 dimasukkan dan sekali lagi klik OK.

Sekarang anda hanya perlu tunggu proses menyalin fail-fail permainan tersebut ke dalam komputer sehinga selesai...jika selesai klik pada Start->Accesories->Games->Space Cadet 3D Pinball

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






0 comments:

Post a Comment