17 September 2010

Tambah Aplikasi Notepad Pada Menu Send To

Teknik ini boleh diimplementasi pada Windows versi 95, 98/98SE. Jika anda klik kanan butang tetikus pada mana-mana fail atau folder, anda akan berjumpa dengan menu Send To. Dalam menu ini, anda boleh pilih ke mana fail/folder yang anda klik untuk dihantar. Dalam teknik ini, anda akan ditunjukkan bagaimana menambah aplikasi Notepad ke dalam menu Send To dan ini memudahkan/mempercepatkan proses anda melihat kandungan di dalam sesuatu fail tersebut.


Klik Start->Programs->Buka Windows Explorer atau cara cepat dengan menekan butang kekunci Windows pada keyboard sekali dengan kekunci huruf E (Windows Key + E). Klik pada folder \Windows\SendTo . Klik kanan pada mana-mana bahagian kosong dan pada menu tersebut klik New->Shortcut . Pada tetingkap Create Shortcut, taipkan arahan berikut C:\Windows\Notepad.exe (sekiranya anda instal Windows pada drive dan folder yang berlainan, tukarkan arahan diatas). Kemudian klik Next, saya cadangkan anda tukarkan nama shortcut Notepad.exe kepada Notepad sahaja. Akhir sekali tekan butang Finish.



"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






0 comments:

Post a Comment