06 September 2010

Tambah Kelajuan Bukaan IE8 ( Load Time )

Perisian Internet Explorer sudah lama digunakan dalam setiap versi Windows yang dikeluarkan. Isu yang selalu sahaja menjadi perbualan ialah berkenaan prestasi pelayar web ini. Ada yang mengatakan pelayar web ini terlalu perlahan dan lambat. Sebab utama isu ini ialah berkenaan penggunaan perisian kecil tambahan atau dikenali sebagai add-ons.


Internet Explorer 8 terkini menyediakan antaramuka yang menarik dan mudah untuk mengendalikannya. Kelebihannya juga menyediakan menu masa bukaan (load time) untuk setiap aplikasi kecil tambahan (add-ons). Anda boleh membuat tetapan sendiri untuk menentukan mana-mana add-ons yang mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuka, samada untuk diaktifkan atau tidak. Klik Tools->Manage Add-Ons. Terdapat satu kolum untuk Load Time. Pilih mana-mana aplikasi dan double klik kolum Load Time. Disini anda boleh untuk mengaktifkannya atau tidak.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment