03 September 2010

Tambah Kelajuan Bukaan Start Menu - Bhgn 1

Jika anda klik pada menu Start, kelajuan/paparan menu tersebut dibuka adalah agak lambat dan mengambil masa. Ini adalah ketetapan asal yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft itu sendiri. Mengambil masa maksud disini ialah bukannya sehingga seminit lebih tetapi dalam beberapa saat sahaja.


Andainya anda berminat untuk mengurangkan lagi masa yang diambil untuk membuka menu Start, apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start->Run dan taipkan arahan berikut, Regedit. Cari kekunci folder HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop kemudian double klik pada "MenuShowDelay" . Nilai asal ialah 400, tukarkannya pada nilai 0. Sekiranya anda tidak menjumpai item "MenuShowDelay", ciptakannya dengan klik butang kanan tetikus pada mana-mana bahagian di registri editor tersebut dan klik New->String Value. Masukkan nilai 0. Restart komputer anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Top Blogs




0 comments:

Post a Comment