24 September 2010

Tambah Kelajuan Prestasi WinXP - Bhgn 2

Lagi teknik untuk menambah kelajuan prestasi Windows anda. Terdapat pelbagai cara dan tips untuk menambah kelajuan Windows memproses. Teknik berikut jika anda ikuti dengan betul, boleh membuatkan Windows anda memproses dengan cepat dan pantas.


Apa yang perlu anda lakukan ialah klik butang kanan tetikus pada ikon My Computer dan pilih Properties. Klik pada tab Advanced. Pada bahagian Performance, klik Settings dan pastikan anda buang tanda (uncheck) pada item-item berikut;


1. Fade or slide menus into view
2. Fade or slide ToolTips into view
3. Fade out menu items after clicking
4. Show Shadows under menus
5. Slide open combo boxes
6. Slide taskbar buttons
7. Use a background image for each folder type
8. Use common tasks in folders

Sebagai tambahan, anda boleh mengurangkan masa menunggu aplikasi Scandisk berfungsi daripada 10 saat kepada 4 @ 3 saat. Caranya, klik Start->Run, taipkan arahan cmd dan tekan butang OK. Pada ruangan dialog command prompt itu, taipkan arahan berikut;


chkntfs /t:4

dimana no 4 adalah masa menunggu selama 4 saat untuk membolehkan aplikasi Scandisk berfungsi.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"







0 comments:

Post a Comment