10 November 2011

Aktifkan End Task & Shutdown Komputer

Seringkali jika berlaku gangguan pada sistem Windows, komputer akan menjadi 'hang' dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung memaksa pengguna untuk terus menutup suis komputer. Dan apabila komputer tersebut di hidupkan kembali, akan berlaku proses membaikpulih sistem Windows yang di 'shutdown' secara mengejut. Jika proses ini berlaku berulang-ulang kali, ada kemungkinan akan berlaku risiko kerosakan pada perkakasan komputer seperti hard disk atau ralat yang kritikal pada sistem Windows.



Untuk mengelakkan sistem Windows dari sebarang ralat di sebabkan oleh berlakunya proses 'Shutdown' secara mengejut, apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengaktifkan proses 'End Task' secara auto. Ini dapat memberi masa pada fail-fail sistem yang sedang digunakan atau pada perisian-perisian lain yang sedang berjalan untuk berhenti membuat sebarang proses kerja.


Copy kesemua arahan-arahan registri di bawah;

REGEDIT4

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Session Manager\Memory Management]
"ClearPageFileAtShutdown"=dword:00000001

[HKEY_USERS\.DEFAULT\Control Panel\Desktop]
"AutoEndTasks"="1"

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control]
"WaitToKillServiceTimeout"="1000"

2. Kemudian simpan/save fail ini dengan nama shutdown.reg

3. Double klik fail shutdown.reg untuk mengimport terus ke dalam sistem registri.

Jika komputer anda dilindngi dengan perisian antivirus dan mengeluarkan mesej amaran pada anda seperti 'malicious script', abaikan saja arahan tersebut, sebab script yang di buat ini tidak memudaratkan komputer dan sistem Windows anda.



"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini






2 comments:

jtkskkbsr said...

saya dah save dalam notepad seperti yang dinyatakan tapi fail registry x dapat masuk dier tulis"the specified file is not registry script" you can only import files from within the registry editor...macam mana nak solve masalah nie yer?

CendawanAkrab said...

jtkskkbsr:: cara anda buat dah betul cuma pada skrip registri di atas saya tertinggal satu arahan yang menyebabkan fail skrip tersebut ada error...pembetulan;

tambahkan perkataan REGEDIT4 di bahagian atas sekali pada skrip ini....seperti pembetulan yang saya buat..harap maaf..

Post a Comment