01 November 2011

Atasi Fail Sistem Windows Yang Rosak

Pernahkah anda dapat mesej dari Windows yang sedang anda gunakan sekarang mengatakan bahawa ada sesetengah sistem fail Windows seperti fail DLL telah rosak dan perlu digantikan dengan yang baru? Atau semasa anda sedang menggunakan komputer, tetiba keluar mesej amaran dari Windows meminta anda memperbaiki dan menggantikan sistem fail Windows yang hilang atau telah diubah. Kesemua situasi ini berkemungkinan besar masalah virus di dalam komputer anda yang merosakkan kesemua fail-fail sistem Windows tersebut.

Dan tidak ketingglan juga, aplikasi antivirus yang anda gunakan seperti Norton Antivirus atau Avira atau yang lain menjadi penyebab fail sistem Windows ini rosak atau terpadam. Ini kerana tabiat virus komputer amat berminat menjangkiti fail-fail sistem Windows untuk memastikan pengguna mengalami masalah sewaktu menggunakannya. Ada sesetengah pengguna mengambil keputusan untuk menginstal kembali Windows yang sedang mereka gunakan untuk tujuan memperbaiki masalah yang sedang berlaku. Jika anda malas untuk menginstal semula Windows, cuba dapatkan CD versi Windows yang sedang anda gunakan dan catitkan juga fail-fail sistem yang rosak daripada mesej amaran yang keluar. Ikuti langkah-langkah berikut;

1. Guna utiliti Search untuk mencari fail sistem yang hilang daripada CD dan sebelum itu gantikan hujung nama fail sistem tersebut dengan simbol underscore atau "_" . Contoh, sekiranya fail sistem SYSTEM32.DLL dilaporkan rosak atau hilang, diruangan Search, masukkan nama seperti berikut SYSTEM32.DL_

2. Jika fail yang dicari itu dijumpai didalam CD, buka aplikasi Command Prompt dan taipkan arahan berikut,

EXPAND D:\SETUP\SYSTEM32.DL_ C:\Windows\SYSTEM32.DLL

sekiranya pemacu CDROM anda bukan "D" gantikan dengan yang betul.

3. Jika fail yang dicari itu tidak dijumpai di dalam CD, berkemungkinan fail sistem tersebut berada di dalam katalog CAB. Untuk Windows versi XP, fail CAB ini dianggap sebagai folder. Gunakan utiliti Search dan cari fail CAB ini. Selepas itu buka aplikasi Command Prompt dan taipkan arahan berikut;

EXTRACT /L C:\WINDOWS D:\I386\Driver.cab System32.dll

Jika folder instalasi Windows anda bukan pemacu dan folder "C:\WINDOWS", gantikan dengan yang betul dan jika pemacu CDROM anda bukan pemacu "D", gantikan juga dengan yang betul.

Selepas itu, reboot kembali komputer anda dan tentukan samaada keluar mesej amaran atau tidak, jika tiada ini bermakna proses yang anda telah lakukan tadi telah berjaya.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






3 comments:

wanshah said...

betul la bro. slalu kalau jadi cenggini, memang format balik jer pc tu. cz xtau nak watpe dh. huhuhu.. tutorial ni memang bagus bro. lepasni tiada lagi format buatmu. hueheuhe.. tq bro for sharing. =)

Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com

wanshah said...

bro, kon boot tu masih kosong lagi la bila extract. sy dh dwnload dari link yg bro bagi. tapi bila extract, masih lagi kosong. sebab ape ek bro?..

Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com

CendawanAkrab said...

wanshah : psl masalah extract tu nt sya cuba cari penyebabnya..dlu sya slalu gak terfikir utk format aje PC klu dh jdi prob mcm ni, tpi ble dh thu cara2nye, keje pun senang dn cepat..letih main format PC niee..

Post a Comment