07 October 2010

Baikpulih Fail CHM Win 7 Dalam Masa 3 Saat

Fail CHM atau (Microsoft Compiled HTML Help) adalah fail-fail bantuan Windows. Sebelum format fail CHM ini digunakan, fail berformat WinHelp digunakan dalam setiap versi Windows. Kini pihak Microsoft telah pun menaiktaraf fail-fail bantuan ini ke format yang lebih fleksibel dan mudah digunakan. Format ini juga digunakan untuk merekabentuk fail-fail e-book yang digunakan untuk tujuan penjualan buku-buku elektronik.


Tahukah anda bahawa fail-fail CHM ini juga ada kalanya tidak dapat dipaparkan dengan baik dalam sistem operasi Windows 7. Mesej seperti “Navigation to the webpage was canceled” akan keluar di skrin. Teknik untuk membaikpulih fail CHM ini ialah;

1. Klik butang kanan tetikus pada fail CHM yang bermasalah itu dan pilih Properties

2. Pada tab General, klik pada butang Unblock

3. Klik OK dan buka kembali fail CHM tersebut. Sepatutnya kandungan dalam fail CHM
itu akan dipaparkan dengan baik


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






0 comments:

Post a Comment