15 November 2011

Buat Partition Tanpa Kehilangan Data

Sekiranya komputer anda mempunyai saiz hard disk yang sangat besar dan anda bercadang untuk membahagikan kepada beberapa partition, berikut akan saya tunjukkan pada anda bagaimana anda masih boleh membahagikan saiz hard disk komputer anda tanpa kehilangan data di dalamnya dan tanpa juga menggunakan perisian lain.


Sebelum saya meneruskan tutorial ini, sila beri perhatian kepada perkara-perkara berikut;

1. Anda boleh mencipta beberapa partition dalam s
atu hard disk walaupun dalam partition Windows sistem.

2. Hanya Windows 7 dan Vista sahaja yang boleh melakukannya

Jom ikuti tutorial ini;

- klik pada Start -> Right klik tetikus pada menu Computer dan pilih Manage



Seketika nanti satu tetingkap Window Disk Management akan dipaparkan. Agak lambat juga tetingkap ini untuk muncul kerana segala data berkenaan dengan setiap perkakasan dan maklumat sistem akan direkodkan untuk tujuan paparan. Setelah tetingkap ini diaktifkan, klik pada menu Storage -> Disk Management. Disinilah segala maklumat berkaitan dengan hard disk yang disambungkan pada komputer anda akan di paparkan.



Lihat pada kolum di sebelah kanan tetingkap ini, di sini akan di paparkan setiap partition yang di jumpai beserta dengan jenis partition dan status partition berkenaan. Kemudian, klik pada mana-mana partition yang anda kehendaki dan klik butang kanan tetikus pada partition itu dan pilih menu Shrink Volume.



Apa yang berlaku, sistem Windows akan mengesan dan mencari ruang kosong yang masih berbaki di dalam partition yang anda pilih dan hasilnya akan di paparkan seperti di bawah.



Perhatikan berapakah saiz ruang kosong yang masih berbaki dan boleh untuk dibuat partition. Anda perlu berhati-hati untuk memasukan jumlah saiz ruang kosong yang anda perlukan, ini kerana anda tidak boleh sama sekali untuk memasukkan saiz yang lebih besar dari ruang kosong yang tersedia. Masukkan jumlah saiz partition baru pada ruangan "Enter the amount of space to shrink in MB".

Setelah anda memasukkan saiz yang anda perlukan, klik pada butang Shrink. Saiz shrink adalah saiz partition yang mengandungi segala fail-fail lama di dalamnya dan saiz yang selebihnya pula adalah saiz partition yang baru. Disinilah apa yang di katakan tidak akan berlaku kehilangan data walaupun membuat partition yang baru.



Anda masih tidak boleh menggunakan lagi saiz partition yang baru ini melainkan ianya perlu di format. Klik butang kanan tetikus pada saiz partition yang baru dan pilih menu "New Simple Volume".



Tetingkap windows "New Simple Volume" akan di paparkan;



Klik "Next" untuk teruskan. Pada tetingkap window yang berikutnya pula, anda dikehendaki untuk memasukkan saiz partition yang baru, masukkan saja saiz maksimum yang dicadangkan dan klik butang "Next"



Pada tetingkap yang seterusnya pula, pilih sebarang huruf untuk di istiharkan pada partition yang baru dan klik butang "Next".



Pada tetingkap yang seterusnya pula, apa yang perlu anda lakukan ialah ikut sama seperti skrin di bawah;



Kemudian klik pada butang "Finish". Untuk melihat hasilnya, buka menu "My Computer".


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Download artikel ini







1 comments:

mes0ul said...

tuan,sy mengalami mslah di mana ketiga2 partition didalam lptop sy yg dulunya primary partition telah sy silap tkar menjadi simple volume,slepas sy reboot window, ianya kluar blank screen dan sy terpksa menginstal smla window 7.. ttpi sy xthu mcmana nk tkar smla simple volume menjadi primary partition.. ad rkan yg menyarankan sy menggunakan hiren bootcd ttpi sy thu bgaimana hndak menggunakan software trsebut.. pda pndapt tuan, apkah cara-cara penyelesaian kpda mslah sy ini? dihrapkan tuan sdia memberi tnjuk ajar kpda sy..trima ksih..

Post a Comment