18 November 2011

Tersalah Delete/Ubah/Save Fail Atau Folder

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tersalah delete atau save sesuatu fail atau folder dan lebih malang lagi dalam Recycle Bin juga anda telah mengosongkannya, sedangkan fail atau folder tersebut sangat penting bagi anda. Anda ingin kembali pada kedudukan asal tetapi sudah terlambat dan tiada cara lain lagi untuk anda fikirkan waktu itu. Jangan bimbang, semua masalah tersebut dapat anda atasi dengan menggunakan utiliti Shadow Copy, tapi utiliti tersebut hanya terdapat pada semua Windows versi 7 dan Vista versi Business dan Ultimate sahaja.


Tapi andainya anda menggunakan Windows versi Vista Home Basic atau Vista Home Premium, anda masih boleh menggunakan utiliti Shadow Copy ini tanpa perlu menaiktaraf Windows yang anda gunakan sekarang. Anda hanya perlukan sebuah aplikasi Shadow Explorer (bersaiz kecil & percuma) untuk memudahkan pengguna Windows Vista Home Basic dan Vista Home Premium untuk melihat salinan shadow fail yang telah di buat oleh Windows.

Apabila anda menjalankan utiliti Shadow Explorer ini, sebuah dual-panel seperti Windows Explorer akan di paparkan. Lihat gambarajah di bawah;



Di sebelah kiri panel tersebut, terdapat drop down menu yang mana di dalamnya terdapat tarikh-tarikh yang anda inginkan fail atau folder tersebut kembali pada kedudukan asal. Di sebelah kanannya pula, terdapat senarai fail atau folder yang berada pada kedudukan tarikh yang anda pilih tadi. Anda hanya perlu klik butang kanan tetikus pada fail atau folder yang anda inginkan dan klik "Eksport", sistem akan mengeksport keseluruhan fail atau folder tersebut ke lokasi yang anda pilih. Ciri-cirinya sangat berguna untuk mengembalikan sesebuah dokumen yang rosak akibat shutdown komputer secara tidak proper atau dokumen tersebut telah musnah akibat serangan virus dan sebagainya.

Untuk makluman, fungsi Shadow Copy mula diperkenalkan pada Windows versi 2003. Walaubagaimanapun Shadow Explorer tidak boleh di jalankan pada Windows versi XP, 2000 atau versi Windows sebelumnya.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini







2 comments:

jima said...

salam...sy nak tumpang tanya ni...laptop sy ni knp ntah....abis sume program kena buka melalui windows media player...sampaikan IE pun kena buka melalui WMP.kesannya,saya tidak dapat membuka file2 tersebut...boleh tak tolong tunjukkan cara nak tukar semula...plis......

CendawanAkrab said...

salam jima...thanx sudi lawat blog saya...mungkin laptop jima terkena malware atau virus atau sesuatu berlaku pada sistem fail windows...sblm tu bole sya thu jima guna windows versi apa!...ada beberapa cara laptop jima kembali seperti biasa...cara yg akan sya tunjukkn ni utk windows 7;

1. klik start -> all programs -> accessories -> system tools -> klik system restore

2. satu dialog box akan dipaparkan...klik next, tick pada "show more restore points"

3. kemudian pilih tarikh yg mana jima rasa laptop jima ok pda mse itu, then klik next dn klik finish utk proses restore dijlnkn

tunggu hingga proses selesai...

PERHATIAN :: JGN BUAT APA2 PADA LAPTOP SELAGI PROSES RESTORE BELUM SELESAI....

ikuti arahan yg seterusnya....

lps selesai cuba jima buka mne2 program...klu ok laptop jima kembali pd keadaan normal, klu xberjaya juga, tlg inform blk, nt sya tunjukkn cara lain...

-:: selamat mencuba ::-

Post a Comment