03 October 2010

Kehebatan Ikon Maya Dalam WinXP

Boleh dikatakan setiap versi Windows mempunyai fasiliti untuk menyorokkan (hidden) folder/fail tertentu dengan cara menukar jenis atribut folder/fail berkenaan. Tapi pada masa yang sama, sekiranya pengguna lain menggunakan komputer anda, mereka masih boleh mengakses folder tersebut. Teknik yang akan diterangkan disini nanti agak sukar juga untuk dikesan oleh sesiapa dimana kedudukan folder/fail berkenaan. Oleh itu anda digalakkan untuk mengingat atau menulis lokasi folder yang akan disorokkan itu nanti untuk tujuan keselamatan andainya anda terlupa dimana kedudukannya.


Ikuti cara-cara berikut;

1. Klik butang kanan mana-mana folder/fail yang anda ingin menyorokkannya dan pilih
menu 'Properties'

2. Klik tab 'Customize'

3. Klik pada butang 'Change Icon...'

4. Satu kekotak himpunan ikon-ikon akan dipaparkan. Sekiranya kekotak ikon ini tidak
keluar, anda perlu mencari folder Windows-> System32 dan cari fail 'Shell32.dll'
dan kemudian tekan butang 'Open'.

5. Cuba anda skrol ke kanan dan cari ikon yang tiada bergambar (blank icon), dan
kemudian klik OK.

6. Kemudian klik 'Apply'. Sekarang anda mempunyai satu folder/fail yang tiada
bergambar dan hanya mempunyai text nama dibawahnya.


"Selamat Mencuba & Pastikan anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






3 comments:

wanshah said...

bro, bleh tak ajarkan macam mana caranya nak crack pwd facebook?.. mmber sy fb dia kena hack. pastu org tu ugut kalau nak balik fb dia, kena bayar dulu. kalau tak, dia sebarkan benda bukan² melalui fb mmber sy tu. camne ek nk dapatkan balik fb tu?..

Jom melawat blog wanshah...
http://wanshah87.blogspot.com

cendawanakrab said...

salam wanshah...ada bberapa cara mcm mne sesorg bole thu passwd fb kita atau passwd lain..dlm kes ni sure 'hacker' yg curi passwd fb mmbr wanshah tu dh tukar passwd lain! kes berat ni...nt r insyaALLAH sya PM wanshah utk info lebih lanjut

wanshah said...

trima kasih bro. jasamu dikenang. best dapat kenal bro ni. =)

Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com

Post a Comment