02 October 2010

Kembalikan Menu Run Dalam Windows Vista

Jika anda adalah pengguna Windows versi Vista, anda akan dapati menu "Run" tidak kelihatan pada menu utama seperti mana Windows versi XP. Ini kerana pihak Microsoft telah mengambil langkah untuk tidak memaparkan menu ini pada tetapan asal (default setting) semasa proses instalasi Windows Vista.


Tapi jika anda pengguna Windows Vista dan ingin mengembalikan semula menu "Run" ini, anda masih boleh berbuat demikian. Apa yang perlu anda lakukan ialah;

1. Klik butang kanan pada 'Taskbar' dan pilih menu 'Properties'.

2. Klik pada tab 'Start Menu' dan kemudian klik 'Customize Button'.

3. Satu kekotak dialog akan dipaparkan. Skrol kebawah dan cari item 'Run Command'.
Tandakan (check mark) item ini.

4. Akhir sekali, klik 'Apply' dan sekarang cuba anda klik Start menu.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"







0 comments:

Post a Comment