04 October 2010

Papar Super Hidden Files Dalam Windows Vista

Semua versi Windows mempunyai fail-fail sistem yang penting untuk membolehkan aplikasi Windows berjalan dengan baik dan lancar. Kebanyakkan fail-fail ini tidak boleh di capai atau di gunakan oleh pengguna atas alasan dan tujuan keselamatan sistem Windows. Ini kerana jika salah satu fail dari sistem Windows telah di ubah atau di buang (delete), berkemungkinan besar aplikasi Windows tidak dapat beroperasi dengan baik.

Tetapi pada sesetengah masalah Windows, fail-fail ini sangat penting untuk dicapai dan digunakan untuk tujuan membaikpulih sistem Windows. Tidak terkecuali dalam Windows versi Vista ini. Kesemua fail-fail sistem dalam Windows Vista dikenali sebagai "Super Hidden Files". Fail-fail ini secara amnya tidak dipaparkan pada pengguna. Untuk tujuan pembelajaran dan baikpulih, ikuti langkah-langkah berikut untuk membolehkan kesemua fail-fail sistem ini dapat dicapai dan digunakan.


1. Klik Start-> Search Box

2. Pada ruangan Search Box, taipkan (tanpa quote) 'regedit' dan tekan kekunci Enter

3. Klik Continue untuk membolehkan pengguna melepasi 'User Account Control'

4. Pada sebelah kiri panel, cari kekunci berikut;

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced

5. Pada sebelah kanan panel, klik 2x pada SuperHidden

6. Tukar nilai kepada 1

7. Klik OK, dan restart komputer anda


Kini, anda boleh lihat kesemua fail-fail sistem yang disembunyikan dari anda..


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






0 comments:

Post a Comment