02 November 2011

Periksa Jangka Hayat Hard Disk

Tip yang hendak saya kongsikan disini ialah bagaimana anda hendak menentukan samaada hard disk komputer anda berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Bagaimana anda hendak membuat pemeriksaan berkala terhadap hard disk anda. Kesemua pemeriksaan ini sangat penting untuk memastikan hard disk komputer anda berada dalam keadaan baik dan sentiasa menunjukkan prestasi yang memuaskan. Secara tidak langsung anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk membuat sebarang backup data sebelum sesuatu yang buruk berlaku pada hard disk komputer anda. Ikuti langkah-langkah berikut;


1. Guna utiliti Check Disk

Boleh dikatakan kesemua versi Windows dari dulu hingga sekarang masih lagi menggunakan utiliti Chkdk.exe untuk membuat pemeriksaan sebarang kerosakan yang dikesan pada hard disk komputer anda. Caranya, buka Windows Explorer, klik kanan butang tetikus pada hard disk yang hendak diperiksa, pilih Propertis, klik pada tab Tools, kemudian klik pada "Check Now" dan pilih "Scan for and attempt recovery of bad sectors” untuk pemeriksaan yang lebih mendalam dan menyeluruh. Tunggu sehingga proses ini selesai dan kemudian baca laporan yang dijana untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan hardi disk anda.


2. Kenali bunyi yang dikeluarkan dari hard disk

Pernahkah anda terdengar bunyi yang dikeluarkan dari hard disk sama ada kuat atau perlahan? Jika ada, ini adalah tanda-tanda awal berkemungkinan besar hard disk komputer anda bermasalah. Tutup komputer anda untuk memastikan tiada sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku. Tetapi persoalannya, bagaimana anda hendak membezakan bunyi yang dikeluarkan dari hard disk dengan bunyi yang dikeluarkan dari pembekal letrik (power supply) atau kipas di dalam CPU? Klik di sini untuk saya membawa anda ke satu laman web yang menyediakan beberapa tanda-tanda awal bunyi yang dikeluarkan dari beberapa pengeluar hard disk yang mana bunyi tersebut di kenalpasti sebagai bunyi yang boleh membawa pada kerosakan hard disk komputer anda. Jika ada di antara bunyi-bunyi tersebut kedengaran pada hard disk komputer anda, bersiap sedialah anda untuk membuat sebarang pertukaran hard disk.


3. Cegah sebelum musnah

Pernyataan ini seringkali digunakan untuk mengingatkan kita sesungguhnya cegah itu lebih baik dari mengubatinya. Begitu juga dengan hard disk komputer anda. Sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku, adalah lebih elok anda menjaga dan memelihara prestasi hard disk anda dari sebarang kemusnahan dan kerosakan. Kini dengan aplikasi Check Disk, utiliti ini mampu untuk memelihara dan menjaga hard disk komputer anda dan seterusnya dapat mengimbas beribu-ribu data di dalamnya dan dapat mengeluarkan beberapa laporan berkenaan dengan hard disk komputer anda. Anda boleh muat turun aplikasi ini di kolumn Software Tools di blog ini.


4. Analisa hard disk

Kini pengeluar-pengeluar hard disk menyediakan beberapa tools atau utiliti untuk hard disk keluaran mereka dengan tujuan untuk membantu pengguna menganalisa hard disk mereka sekiranya berlaku ralat atau tanda-tanda kerosakan pada hard disk komputer mereka. Setiap pengeluar seperti Seagate, Samsung, Hitachi, Toshiba (Fujitsu), Western Digital, Lenovo, Dell dan lain-lain menyediakan tapak untuk pengguna muat turun aplikasi utiliti hard disk. Untuk pengeluar Seagate, walaupun aplikasi mereka hanya untuk hard disk keluaran mereka sendiri, tetapi utliti mereka mampu juga untuk menganalisa hard disk lain dan mampu juga untuk membaiki kerosakan yang berlaku.



"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"






4 comments:

wanshah said...

Salam bro c.a, tq for entry ni. memang sblm ni tau hdisk yg dh nak rosak akan keluarkan bunyi. tapi xtau plak ada macam2 jenis bunyi. lepasni bleh cam dh la. huhuhu.. bro, sy guna winrar untuk extract koon boot tu. waktu dwnload, file winrar tu 94kb jer. rasa mcm mustahil jer. cz dh dekat 10kali dwnload pun mcm tu gak sizenye. file iso tu besar ke bro?..

Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com

wanshah said...

Salam bro CA, nak tanya pasal RAID bleh tak?.. bleh tak bro bagi keterangan yang sebetulnya tentang RAID 0, RAID 5, dan RAID 10, dan ape² lagi RAID yang ada. huhuh.. sy dh confius bab RAID ni. cz kita faham lain, kejap orang lain kata lain, pastu lain orang pun cakap benda yg lain. sy dh search kt internet tentang RAID ni, tapi masih tak faham gk. cz penerangannye berbelit². If bro tau, harap bleh kongsi ye. :)

Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com

-sollehahn- said...

salam..nice info bro...
pada pendapat saya, cara terbaik utk detect kerosakan, guna utiliti/tools daripada pengeluar, sebab setiap utiliti tu diorang buat berdasarkan hd keluaran diorang..

tp penggunaan tools/utiliti ni sebenarnya hanya memanjangkan sikit hayat hd tu. lama-kelamaan hd tu tetap akan rosak. so bila dah ada tanda-tanda kerosakan, better start kumpul duit utk beli hd baru sebelum hd tu fail tros dan hilang semua data..

freeze33 said...

salam tuan,saya ada masalah pada pc saya.Bila sya turn off pc,dia tak turn off abis..keluar screen warna biru -stop:c000021a (fatal system error) The windows logon process system process terminated unexpectedly with a status 0
The system has been shut down..saya matikan pc dengan tutup suis socket
harap dapat bantu..terima kasih

Post a Comment