03 November 2011

Surf Internet Booster Dengan OpenDNS

Apabila anda menaip alamat URL seperti rahsiawindows.blogspot.com, komputer anda akan menukarkan alamat tersebut kepada satu siri no yang dikenali sebagai no IP untuk mencari dan memuaturun laman web berkenaan ke pelayar web yang sedang anda gunakan. No IP laman web berkenaan akan dicari oleh penyelia perkhidmatan internet anda seperti telekom, celcom, maxis dan sebagainya pada DNS server mereka. Cepat atau lambat proses mencari tersebut bergantung pada DNS server mereka. Oleh sebab itulah, sekiranya anda merasakan internet di rumah anda slow atau tidak laju seperti biasa, ada kemungkinan DNS server penyelia perkhidmatan anda mengalami gangguan.


Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan perkhidmatan OpenDNS adalah digalakkan. Tidak kira apa saja penyelia perkhidmatan internet anda, OpenDNS masih tetap boleh digunakan. OpenDNS adalah salah satu penyelia perkhidmatan internet di dunia. Ianya sangat stabil, laju dan berkesan. Dengan penggunaan OpenDNS bersama dengan DNS server penyelia perkhidmatan internet anda, dapat mengurangkan masa memuaturun laman web yang anda inginkan. Untuk mengaktifkan perkhidmatan OpenDNS ini, apa yang perlu anda lakukan ialah;

1. Untuk pengguna Windows 7, klik pada Start -> taip ncpa.cpl dan tekan kekunci Enter, bagi pengguna Windows XP, kilk pada Start -> Run -> taip ncpa.cpl dan tekan kekunci Enter.

2. Klik butang kanan tetikus pada Active Network Connection yang sedang anda gunakan dan pilih Properties.

3. Pada tab Networking, pilih Internet Protocol (TCP/IP) (version 4 pada Windows Vista & 7) dan klik pada Properties.

4. Pada paparan Properties tersebut, pilih 'Use the following DNS server addresses' dan masukkan no berikut, 208.67.222.222 pada 'preferred' dan 208.67.220.220 pada 'alternate boxes'.

5. Kemudian klik OK sehingga selesai.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"







4 comments:

Samsul Siji said...

selamat x gne ni?

CendawanAkrab said...

SS:: stakat sya guna skrg masih lgi selamat dn dri segi prestasi melayari internet sgt memuaskn, laju dn tiada gangguan...

Samsul Siji said...

ok, bro :)
thx for nice tips,
kalau blh nak tip window 7 & ubuntu sekali

CendawanAkrab said...

SS:: insyaALLAH nt sya perbykkan tips psl Windows 7, tpi utk Ubuntu mgkn akan dtg sya akan create satu blog bru utk peminat Ubuntu, anywy thanx sudi lwat blog dn hope dpt byk manfaat

Post a Comment