06 October 2010

Teknik Reset Password Windows 7

Ciri-ciri keselamatan dalam Windows 7 telah dinaiktaraf berbanding dengan Windows Vista sebelum ini. Walaupun begitu masih lagi terdapat beberapa teknik untuk memecah masuk ke dalam sistem operasi Windows 7. Sebagai contoh, seringkali juga kita terlupa katalaluan (password) untuk login ke dalam operasi sistem ini. Namun di sini saya dedahkan beberapa teknik yang boleh dicuba untuk reset kembali katalaluan yang terlupa tadi.


Metod 1 - Login sebagai pentadbir sistem atau "Administrator Account"

1. Hidupkan sistem operasi Windows 7 dalam komputer anda.

2. Bila skrin "Windows Login" di paparkan, tekan kekunci Ctrl+Alt+Del sebanyak 2
kali dan tunggu sehingga sistem memaparkan skrin login versi terdahulu.

3. Taipkan nama pengguna sebagai Administrator dan jangan masukkan katalaluan,
biar kosong begitu sahaja.

4. Kemudian tekan kekunci Enter dan secara automatik sistem akan log masuk
sebagai akaun Administrator yang mana tidak mempunyai katalaluan semasa
proses instalasi Windows dahulu.

Nota : semasa proses kombinasi kekunci Ctrl+Alt+Del, pastikan anda tidak klik pada
mana-mana akaun yang wujud dalam skrin login berkenaan. Ini kerana, jika
berlaku demikian, cara atau teknik sebegini tidak akan berkesan andainya
anda telah menukar nama pengguna dan katalauan sebelum ini.

Metod 2 - Guna arahan dalam persekitaran "Command Prompt"

1. Login ke dalam sistem dengan menggunakan mana-mana akaun.

2. Buka atau aktifkan aplikasi Command Prompt (andaian anda telah tahu di mana atau
macam mana hendak mengaktifkan aplikasi Command Prompt).

3. Taipkan 'net user' (tanpa quote). Sistem akan memaparkan senarai pengguna
di dalam sistem Windows ini.

4. Kemudian taipkan 'net user Administrator' (tanpa quote). Sistem akan memaparkan
senarai pengguna yang mempunyai status akaun Administrator.

5. Taipkan lagi 'net user ' (tanpa quote).

6. Sistem akan meminta untuk dimasukkan katalaluan atau password untuk pengguna
berkenaan. Masukkan katalaluan pilihan dan masukkan sekali lagi jika di minta
berbuat demikian.

7. Akhir sekali, cuba anda login kedalam sistem dengan menggunakan akaun
Administrator dan masukkan katalaluan baru yang telah dibuat.

Nota : teknik ini tidak akan berkesan jika akaun pengguna adalah terhad atau limited

Metod 3 - Menggunakan CD Windows Password Recovery

1. Muat turun aplikasi ini

2. Setelah selesai, burnkan image berkenaan pada CD/DVD atau pada pemacu USB.

3. Masukkan CD/DVD atau USB pada pemacu masing-masing dan reboot komputer anda.

4. Sebelum sistem komputer anda boleh reboot menggunakan CD/DVD atau USB,
pastikan setting di bios komputer anda telah ditetapkan aturannya.

5. Reboot sekali lagi komputer anda.

6. Bila sistem komputer telah selesai loading, tentukan folder instalasi Windows
dan pilih nama pengguna untuk di reset kembali katalaluannya.

7. Setelah selesai, reboot sekali lagi komputer anda dan sebelum itu jangan
lupa keluarkan CD/DVD atau USB pada pemacu masing-masing.

8. Akhir sekali, login masuk ke dalam sistem Windows tanpa memasukkan katalaluan.

Metod 4 - Menggunakan aplikasi sokongan KON BOOT

Aplikasi KON BOOT ini bukan sahaja dapat digunakan pada platform Windows, tapi ia juga dapat digunakan pada sistem operasi yang berteraskan Linux. Aplikasi ini mampu untuk mengubah kernel pada Windows dan Linux. Secara tidak langsung ia juga mampu untuk mengubah atau reset katalaluan jika anda terlupa. Untuk versi Windows, aplikasi KON BOOT ini telah di uji dan di dapati berkesan pada versi-versi Windows di bawah;

* Windows Server 2008 Standard SP2 (v.275)
* Windows Vista Business SP0
* Windows Vista Ultimate SP1
* Windows Vista Ultimate SP0
* Windows Server 2003 Enterprise
* Windows XP
* Windows XP SP1
* Windows XP SP2
* Windows XP SP3
* Windows 7

Manakala untuk versi Linux pula, di bawah ini disenaraikan distributor yang telah di uji dengan KON BOOT dan di dapati berkesan ialah;

* Gentoo 2.6.24-gentoo-r5 GRUB 0.97
* Ubuntu 2.6.24.3-debug GRUB 0.97
* Debian 2.6.18-6-6861 GRUB 0.97
* Fedora 2.6.25.9-76.fc9.i6862 GRUB 0.97


1. Muat turun aplikasi berkenaan di ruangan Software Tools.

2. Setelah selesai di muat turun, burnkan image berkenaan pada CD/DVD atau USB

3. Reboot komputer anda dengan menggunakan salah satu dari pemacu ini.

4. Ikut arahan yang di berikan sehingga selesai.

Untuk memudahkan lagi pemahaman dan cara instalasi KON BOOT ini, anda boleh klip video KON BOOT di sini.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini






6 comments:

wanshah said...

salam bro cendawanakrab. bro memang pro la. camni la baru dikatakan hackers. hehehe.. nanti sy dwnload image tu ye. saya cuma ada cd utk crack pwd winxp ke bawah je. ni dah ada utk vista n win7 senang la sket nk wat keje. jgn slh fhm plak ye. sy keje kat IT Dept. slalu user mintak tolong cz notebook diorang pwd xbleh bukak. sy xpasti cmne blh jadi camtu. samada diorang lupe pwd, @ pun ada virus yg bleh ubh pwd diorang. tq ye bro. :)

Jom melawat blog wanshah...
Http://wanshah87.blogspot.com

CendawanAkrab said...

xlah pro sgt wanshah, sekadar share ilmu yg ada..sebenarnye byk lgi cara nk hack msk ke dlm sistem windows, samada terlupa passwd atau sbgnye..insyaALLAH nt sya share plak bagaimana nk ceroboh sistem Windows dgn hanya menggunakan akaun Guest aje, itupun bergantung pd ketetapn user Guest itu gak..tgu entri saya akan dtg..

wanshah said...

bro, saya tak bleh dwnload kon boot tu la. bile dh dwnload, extract file rar tu, kosong je didalamnye. camne ek?..

Jom melawat blog wanshah...
http://wanshah87.blogspot.com

-sollehahn- said...

good info...saya baru tau method 3 & 4 tuh...

CendawanAkrab said...

wanshah - klu xdpt nk dload, nt sya uploadkn dlm blog sya ni

CendawanAkrab said...

sollehahn - cuba r guna mne2 metod, insyaALLAH bole membantu

Post a Comment