08 October 2010

Teknik Uninstall IE8 Dalam Windows 7

Tentu anda tidak percaya betapa mudah dan senangnya untuk membuang aplikasi Internet Explorer 8 dalam Windows 7, begitu juga pada era Windows 95/98. Jika anda bukan peminat browser IE, inilah masanya untuk anda membuang terus dari komputer anda.


Tapi perlu di ingat, pelayar IE ini didatangkan dengan sistem operasi Windows, secara tidak langsung ada fail-fail sistem yang saling berhubungkait antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, terpulang pada anda untuk membuangnya atau tidak. Ikuti langkah-langkah berikut;


1. Klik Start dan taipkan arahan berikut (tanpa quote), "optionalfeatures.exe" dan
tekan kekunci Enter. Satu tetingkap baru "Windows Features" akan di paparkan.

2. Pada panel sebelah kiri tetingkap "Windows Features" tersebut, klik pada
"Turns Windows features on or off”.

3. Kemudian, cari item "Internet Explorer 8" dan buang/uncheck item tersebut untuk
tidak mengaktifkannya.

4. Restart komputer anda dan sekarang aplikasi IE8 telah hilang atau tiada dalam
sistem Windows.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"







1 comments:

wanshah said...

salam bro cendawan akrab. bagus tutorial ni. memang saya cari². tq ye cz sharing. bro, yg kon boot tu, saya dh dwnload dari link kat sidebar Software Tools tu. tapi setelah diextract menggunakan sftware winrar, isi dalam dia masih kosong. xde pun sftware kon boot tu. ke pc sy yg ada masalah bro?..

Jom melawat blog wanshah...
http://wanshah87.blogspot.com

Post a Comment