24 November 2011

Selesaikan 10 Masalah Windows Dengan Aplikasi Percuma


Untuk entri kali ini saya akan cuba berkongsi masalah-masalah yang biasa di hadapi oleh pengguna komputer Windows. Dengan menggunakan aplikasi percuma yang mana banyak di perolehi di internet, segala masalah ini dapat di atasi tanpa perlu mengeluarkan bayaran untuk menyelesaikannya, anda boleh membuatnya sendiri...
S1. Saya cuba untuk membuang fail/folder dari desktop saya tetapi komputer tidak membenarkan saya berbuat demikian. Sebaliknya, ia memaparkan mesej ralat yang mengatakan bahawa fail / folder tersebut sedang digunakan oleh aplikasi lain. 

J1. Reboot komputer anda dalam persekitaran Safe Mode untuk memadam fail/folder berkenaan atau jika anda mahu sesuatu yang lebih mudah dapatkan aplikasi Unlocker. Ia adalah utiliti percuma yang membolehkan anda memadam sesuatu fail/folder.

S2. Saya cuba untuk memainkan fail video pada komputer saya tetapi pemain media mengatakan bahawa saya hilang codec tertentu.

J2. Anda boleh menggunakan aplikasi utiliti seperti Video Inspector Lite untuk menentukan codec audio dan video yang diperlukan untuk memainkan fail video di komputer anda. Alternatif lain, anda boleh memuat turun pakej codec seperti K-Lite Pack yang akan membolehkan anda memainkan hampir sebarang format audio dan video pada komputer anda.

S3. Saya hampir kehabisan ruang cakera pada komputer Windows saya. Bagaimana saya boleh membuang semua fail yang tidak di perlukan dan mendapatkan beberapa baki ruang cakera?

J3. Ada beberapa cara anda boleh lakukan

  • Klik Start - Run dan taipkan "cleanmgr" untuk membuka aplikasi terbina Windows dalam utiliti Disk  Cleanup. Ia akan membuang semua fail sementara dan fail-fail sistem yang tidak diperlukan lagi.
  • Gunakan aplikasi utiliti WinDirStat untuk menentukan di mana semua ruang cakera anda telah hilang. Kekadang banyak fail/folder yang tersembunyi di dalam sub- direktori yang boleh menyebabkan ruang cakera keras anda menjadi kurang. Adalah lebih baik jika anda boleh memindahkan fail/folder ini ke pemacu cakera lain atau memadam terus dari komputer anda (banyak pilihan boleh dibuat).
  • Gunakan aplikasi utiliti Duplicate Cleaner untuk mengenalpasti dan memadam semua fail salinan pada pemacu cakera keras anda atau anda boleh memindahkan fail salinan ini ke tong kitar semula ( recycle bin ) ataupun pindahkan kesemua fail-fail ini ke folder lain yang senang dan mudah untuk di gunakan pada masa akan datang.

S4. Komputer saya mengambil masa yang lama untuk di boot-up. Saya telah periksa start-up folder dalam menu permulaan Windows dan tidak ada mana-mana aplikasi lain yang sedang aktif.

J4. Klik Start - Run dan taipkan msconfig dalam kotak Run untuk membuka menu System Configuration dan kemudian klik pada tab Startup . Pastikan semua program yang tidak perlu di aktifkan semasa proses Startup di buang. Jika anda seorang pengguna sistem yang tegar anda juga mungkin boleh beralih ke tab Services dan nyahaktifkan semua perkhidmatan yang tidak perlu. Autoruns adalah salah satu utiliti yang cukup baik untuk menunjukkan pada anda program mana yang telah di konfigurasikan untuk di aktifkan semasa proses boot up Windows atau login.

S5. Saya cuba untuk ‘uninstall’ sesuatu program dari komputer saya tetapi standard menambah atau membuang program (add-remove programs) tidak membenarkan saya berbuat demikian.

J5. Anda boleh menggunakan utiliti percuma aplikasi Revo Uninstaller untuk membuang mana-mana program dari komputer anda. Aplikasi ini juga boleh mengeluarkan entri dari Windows Registry yang mana mungkin telah ditinggalkan oleh proses ‘un-installation’ sebelum ini.

S6. Windows saya keluar "Blue Screen" Mengapa?

J6. Senario begini sering berlaku apabila sesuatu perkakasan atau perisian baru di pasang (install). Ini berkemungkinan perkakasan atau perisian tersebut tidak sesuai pada Windows anda. Utiliti BlueScreenView boleh mengimbas fail dump Windows untuk menentukan peranti yang berkemungkinan mempunyai masalah.

S7. Untuk menyalin fail dalam Windows dari satu folder ke folder yang lain mengambil masa yang agak lama. Dalam Windows 7 masalah ini dapat di atasi sedikit tapi masih adakah cara untuk menyalin fail dengan lebih cepat?

J7. Anda boleh menggunakan utiliti menyalin fail seperti TeraCopy atau RichCopy. Utiliti ini bukan sahaja menyalin @ memindahkan fail di seluruh pemacu lebih cepat tetapi anda juga boleh meneruskan penyalinan fail (resume) sekiranya berlaku kerosakan pada fail berkenaan.

S8. Saya tak sengaja terpadam (delete) sesuatu fail, boleh cari semula tak fail tu?

J8. Utiliti Recuva boleh menyelesaikan masalah terpadam (delete) sesuatu fail atau folder dengan mengimbas semua pemacu termasuklah cakera keras, pen drive atau storan luaran selagi fail atau folder tersebut boleh diselamatkan. Situasi di mana fail atau folder berkenaan sememangnya terpadam terus (permanently delete), utiliti ini tidak berjaya untuk menyelamatkannya.

S9. Setiap kali saya menyalin (copy) sesuatu yang baru ke Windows clipboard, kandungan sebelumnya terpadam. Bolehkah saya membuat ia kekal?

J9. Anda boleh menggunakan utiliti percuma Ditto. Utiliti ini akan memastikan memori komputer di tambah ke Windows clipboard. Anda boleh menyalin apa-apa ke clipboard selagi anda mahu.

S10. Bagaimana saya hendak melindungi fail dan folder pada komputer saya?

J10. Walaupun terdapat utiliti percuma seperti HideFolder yang membolehkan anda dengan mudah melindungi fail dan folder dengan kata laluan tapi dengan TrueCrypt anda akan dapat lebih daripada itu, fail dan folder anda lebih terjamin akan keselamatannya. Kelemahan yang jelas dengan menggunakan utiliti ini adalah jika anda terlupa kata laluan ia adalah mustahil untuk anda mendapatkan semula fail yang telah di lindungi itu.
Baca lagi...



23 November 2011

Rahsia 157 Arahan Windows Yang Tersembunyi

Setiap versi Windows mempunyai arahan pintasan/shortcut tersembunyi yang mana anda hanya perlu menaip arahan tersebut di kotak ruangan Run sahaja untuk mengaktifkan aplikasi berkenaan. Di bawah ini saya senaraikan beberapa arahan untuk anda mencubanya. Apa yang perlu anda lakukan ialah;

Klik Start -> Run

Untuk Windows versi 7 & Vista pada kebiasaannya menu Run tidak di aktifkan (disable), untuk mengaktifkannya apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik pada butang kanan tetikus (right click) pada menu Start dan plih Properties. Lihat gambarajah di bawah;






Klik pada butang Customize dan menu berikutnya akan di paparkan seperti di bawah;




Pilih dan tandakan (check) di ruangan Run Command. Klik butang OK dan cuba klik menu Start. Anda akan dapati menu Run akan di paparkan sepertimana gambarajah di bawah;





Kemudian taipkan sahaja arahan-arahan pintasan berikut (di sebelah kanan anda) di ruangan kotak dialog Run.


Accessibility Controls =access.cpl
Accessibility Wizard =accwiz
Add Hardware Wizard=hdwwiz.cpl
Add/Remove Programs =appwiz.cpl
Administrative Tools=control admintools
Adobe Acrobat (if installed) =acrobat
Adobe Designer (if installed) =acrodist
Adobe Distiller (if installed) =acrodist
Adobe ImageReady (if installed) =imageready
Adobe Photoshop (if installed) =photoshop
Automatic Updates=wuaucpl.cpl
Bluetooth Transfer Wizard=fsquirt
Calculator=calc
Certificate Manager=certmgr.msc
Character Map=charmap
Check Disk Utility=chkdsk
Clipboard Viewer=clipbrd
Command Prompt=cmd
Component Services=dcomcnfg
Computer Management=compmgmt.msc
Control Panel =control
Date and Time Properties =timedate.cpl
DDE Shares=ddeshare
Device Manager=devmgmt.msc
Direct X Control Panel (If Installed)*=directx.cpl
Direct X Troubleshooter=dxdiag
Disk Cleanup Utility=cleanmgr
Disk Defragment=dfrg.msc
Disk Management=diskmgmt.msc
Disk Partition Manager=diskpart
Display Properties=control desktop
Display Properties=desk.cpl
Display Properties (w/Appearance Tab Preselected)=control color
Dr. Watson System Troubleshooting Utility=drwtsn32
Driver Verifier Utility=verifier
Event Viewer=eventvwr.msc
Files and Settings Transfer Tool =migwiz
File Signature Verification Tool=sigverif
Findfast=findfast.cpl
Firefox (if installed) =firefox
Folders Properties=control folders
Fonts=control fonts
Fonts Folder=fonts
Free Cell Card Game=freecell
Game Controllers =joy.cpl
Group Policy Editor (XP Prof)=gpedit.msc
Hearts Card Game=mshearts
Help and Support =helpctr
HyperTerminal =hypertrm
Iexpress Wizard=iexpress
Indexing Service=ciadv.msc
Internet Connection Wizard =icwconn1
Internet Explorer =iexplore
Internet Properties =inetcpl.cpl
Internet Setup Wizard =inetwiz
IP Configuration (Display Connection Configuration)=ipconfig /all
IP Configuration (Display DNS Cache Contents)=ipconfig /displaydns
IP Configuration (Delete DNS Cache Contents)=ipconfig /flushdns
IP Configuration (Release All Connections)=ipconfig /release
IP Configuration (Renew All Connections)=ipconfig /renew
IP Configuration (Refreshes DHCP & Re-Registers DNS)=ipconfig /registerdns
IP Configuration (Display DHCP Class ID)=ipconfig /showclassid
IP Configuration (Modifies DHCP Class ID)=ipconfig /setclassid
Java Control Panel (If Installed)=jpicpl32.cpl
Java Control Panel (If Installed)=javaws
Keyboard Properties=control keyboard
Local Security Settings=secpol.msc
Local Users and Groups=lusrmgr.msc
Logs You Out Of Windows=logoff
Malicious Software Removal Tool =mrt
Microsoft Access (if installed) =access.cpl
Microsoft Chat=winchat
Microsoft Excel (if installed) =excel
Microsoft Frontpage (if installed) =frontpg
Microsoft Movie Maker =moviemk
Microsoft Paint =mspaint
Microsoft Powerpoint (if installed) =powerpnt
Microsoft Word (if installed) =winword
Microsoft Syncronization Tool =mobsync
Minesweeper Game=winmine
Mouse Properties=control mouse
Mouse Properties=main.cpl
Nero (if installed) =nero
Netmeeting =conf
Network Connections=control netconnections
Network Connections=ncpa.cpl
Network Setup Wizard=netsetup.cpl
Notepad=notepad
Nview Desktop Manager (If Installed)=nvtuicpl.cpl
Object Packager=packager
ODBC Data Source Administrator=odbccp32.cpl
On Screen Keyboard=osk
Opens AC3 Filter (If Installed)=ac3filter.cpl
Outlook Express =msimn
Paint =pbrush
Password Properties=password.cpl
Performance Monitor=perfmon.msc
Performance Monitor=perfmon
Phone and Modem Options =telephon.cpl
Phone Dialer =dialer
Pinball Game =pinball
Power Configuration =powercfg.cpl
Printers and Faxes=control printers
Printers Folder=printers
Private Character Editor=eudcedit
Quicktime (If Installed)=QuickTime.cpl
Quicktime Player (if installed) =quicktimeplayer
Real Player (if installed) =realplay
Regional Settings =intl.cpl
Registry Editor=regedit
Registry Editor=regedit32
Remote Access Phonebook =rasphone
Remote Desktop=mstsc
Removable Storage=ntmsmgr.msc
Removable Storage Operator Requests=ntmsoprq.msc
Resultant Set of Policy (XP Prof)=rsop.msc
Scanners and Cameras=sticpl.cpl
Scheduled Tasks=control schedtasks
Security Center=wscui.cpl
Services=services.msc
Shared Folders=fsmgmt.msc
Shuts Down Windows=shutdown
Sounds and Audio =mmsys.cpl
Spider Solitare Card Game=spider
SQL Client Configuration=cliconfg
System Configuration Editor=sysedit
System Configuration Utility=msconfig
System File Checker Utility (Scan Immediately)=sfc /scannow
System File Checker Utility (Scan Once At Next Boot)=sfc /scanonce
System File Checker Utility (Scan On Every Boot)=sfc /scanboot
System File Checker Utility (Return to Default Setting)=sfc /revert
System File Checker Utility (Purge File Cache)=sfc /purgecache
System File Checker Utility (Set Cache Size to size x)=sfc /cachesize=x
System Information =msinfo32
System Properties =sysdm.cpl
Task Manager=taskmgr
TCP Tester =tcptest
Telnet Client=telnet
Tweak UI (if installed) =tweakui
User Account Management=nusrmgr.cpl
Utility Manager=utilman
Windows Address Book =wab
Windows Address Book Import Utility =wabmig
Windows Backup Utility (if installed) =ntbackup
Windows Explorer =explorer
Windows Firewall=firewall.cpl
Windows Magnifier=magnify
Windows Management Infrastructure=wmimgmt.msc
Windows Media Player =wmplayer
Windows Messenger =msmsgs
Windows Picture Import Wizard (need camera connected) =wiaacmgr
Windows System Security Tool=syskey
Windows Update Launches=wupdmgr
Windows Version (to show which version of windows) =winver
Windows XP Tour Wizard=tourstart
Wordpad=write


 "Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini 

Baca lagi...



22 November 2011

Rahsia GodMode

Agak pelik juga nama yang diberikan pada mod baru di dalam versi Windows 7 atau Vista (versi 32-bit). Ciri-ciri mod yang tersembunyi ini membolehkan pengguna mengakses semua panel kawalan sistem operasi dari dalam satu folder. Walaupun anda masih boleh mengakses panel kawalan melalui menu Control Panel, berbeza dengan GodMode yang mana apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat satu folder dimana-mana saja dan memberikan nama folder tersebut dengan nama yang khusus




Ikuti langkah-langkah di bawah;

1. Bina satu folder dimana-mana sahaja yang anda suka, katakan di desktop komputer

2. Selepas itu, anda perlu menukarkan nama folder tersebut kepada nama teks di bawah,
copy dan pastekan sahaja

GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}


3. Tekan kekunci Enter dan sekarang folder tersebut telah bertukar menjadi panel
kawalan yang diberi nama GodMode


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini

Baca lagi...



21 November 2011

Tukar Default Folder Instalasi WinXP

Pada kebiasaannya apabila kita memasang (install) sesuatu aplikasi, sistem Windows XP akan memberikan default folder seperti ("C:\Program Files"). Oleh kerana pemacu utama (C drive) sentiasa bertambah saiz penggunaannya, ada sesetengah dari pengguna membuat beberapa partisi (partition) untuk mengatasi masalah ini dengan menukar secara manual drive dan folder untuk memasang aplikasi tersebut. Untuk memudahkan anda dengan tidak perlu menukar secara manual setiap kali ingin memasang aplikasi, anda perlu membuat sedikit perubahan pada pangkalan data Registry.





Klik Start -> Run dan taipkan regedit dan tekan Enter. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada "HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion"

Cari pembolehubah yang bernama "ProgramFilesDir" dan klik 2x. Tukarkan lokasi dan folder yang anda inginkan dan klik OK dan keluar dari editor Registry ini. Dan jangan lupa restart semula komputer anda.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini



Baca lagi...



20 November 2011

Rahsia Pintasan Papan Kekunci (Shortcut)

Dengan menggunakan teknik pintasan (shortcut) pada papan kekunci, anda sebenarnya sudah boleh meninggalkan penggunaan tetikus. Teknik ini lebih mampu menjadikan anda lebih efisien dan efektif dalam penggunaan operasi sistem Windows setiap hari. Jika anda berjaya menguasai teknik pintasan ini, ini bermakna anda tidak perlu hirau atau khuatir sekiranya tetikus anda hilang atau rosak. Saya sendiri lebih gemar menggunakan teknik ini kerana ianya lebih cepat dan menjadikan kita lebih cekap dalam menjalankan kerja-kerja seharian.




Secara amnya, semua versi Windows boleh menggunakan arahan pintasan papan kekunci di bawah. Sebelum itu bagi pengguna Windows yang belum lagi mengetahui kekunci jenis "Windows", mungkin gambarajah di bawah sedikit sebanyak boleh membantu anda mengenali kekunci ini.



Berikut disenaraikan arahan-arahan pintasan papan kekunci. Simbol '+' bermaksud kekunci tersebut di tekan bersama-sama dengan gabungan kekunci yang diberikan..

-> WIN key + R = Menu "Run" akan dipaparkan

Anda boleh terus menaip pada kotak dialog "Run" tersebut arahan-arahan seperti berikut;

-> cmd = Menu "Command Prompt" akan dipaparkan
-> iexplore + "web address" = Pelayan Internet Explorer akan di aktifkan
-> compmgmt.msc = Menu pengurusan "Computer Management"
-> dhcpmgmt.msc = Menu "DHCP Management" akan dipaparkan
-> dnsmgmt.msc = Menu "DNS Management" akan dipaparkan
-> services.msc = Menu "Services" akan dipaparkan
-> eventvwr = Buku log windows atau "Event Viewer" akan dipaparkan
-> dsa.msc = Menu "Active Directory Users and Computers" akan dipaparkan
-> dssite.msc = Menu "Active Directory Sites and Services" akan dipaparkan
-> WIN key + E = Kekotak dialog pengurusan fail atau "Explorer" akan dikeluarkan
-> ALT + Tab = Menu "Switch between windows" akan diaktifkan
-> ALT, Space, X = Menu "Maximize window" akan diaktifkan
-> CTRL + Shift + Esc = Menu "Task Manager" akan diaktifkan
-> WIN key + Break = Menu "System properties" akan diaktifkan
-> WIN key + F = Kekotak dialog "Search" akan dipaparkan
-> WIN key + D = Menu "Hide/Display all windows" diaktifkan
-> CTRL + C = Pintasan ini sudah biasa digunakan untuk tujuan "copy"
-> CTRL + X = Pintasan ini juga sudah biasa digunakan untuk tujuan "cut"
-> CTRL + V = Pintasan ini juga sudah sinonim "paste"

-----------------------------------------------------
Pintasan Menu "Accessability"
-----------------------------------------------------

-> Tekan kekunci SHIFT sebelah kanan selama 8 saat.......Menu "Switch FilterKeys on and off" akan dipaparkan

-> Tekan kekunci sebelah kiri ALT + kekunci SHIFT sebelah kiri + kekunci PRINT SCREEN....... menu "Switch High Contrast on and off" akan dipaparkan

-> Tekan kekunci ALT + kekunci SHIFT sebelah kiri + kekunci NUM LOCK....... menu "Switch MouseKeys on and off" akan dipaparkan.

-> Tekan kekunci "SHIFT" sebanyak 5x, dan menu "Switch StickyKeys on and off" akan dipaparkan.

-> Tekan kekunci "NUM LOCK" sebanyak 5x, dan menu "Switch ToggleKeys on and off" akan dipaparkan.

----------------------------------------------------------
Pintasan menu "Windows Explorer"
----------------------------------------------------------

-> kekunci "END"...memaparkan bahagian yang paling bawah sekali dalam tetingkap yang sedang diaktifkan

-> kekunci "HOME"...memaparkan bahagian yang paling atas sekali dalam tetingkap yang sedang diaktifkan.

-> kekunci "NUM LOCK" + kekunci "ASTERISK"...akan memaparkan kesemua sub folder di bawah folder utama yang dipilih.

-> kekunci "NUM LOCK" + kekunci "PLUS SIGN (+)" ...akan memaparkan segala kandungan dalam folder yang dipilih.

-> kekunci "NUM LOCK" + kekunci "MINUS SIGN (-)" ...folder utama yang dipilih akan menutup sub folder dibawahnya pada kedudukan asal.

-> kekunci "LEFT ARROW"... kesemua sub folder yang dibuka akan kembali pada kedudukan asal.

-> kekunci "RIGHT ARROW"... akan memaparkan pilihan folder yang sedang dibuat atau memilih sub folder yang pertama dijumpai.

-------------------------------------------------------------------------------------
Taip arahan berikut di dalam kotak "Run" (WIN Key + R)
-------------------------------------------------------------------------------------

-> Taip devmgmt.msc = memaparkan applet "Device Manager"
-> Taip msinfo32 = memaparkan applet "System Information"
-> Taip cleanmgr = mengaktifkan aplikasi "Disk Cleanup"
-> Taip ntbackup = mengaktifkan aplikasi "Windows Backup Utility"
-> Taip mmc = memaparkan applet "Microsoft Management Console"
-> Taip excel = mengaktifkan aplikasi "Microsoft Excel (jika di instal )"
-> Taip msaccess = mengaktifkan aplikasi "Microsoft Access (jika di instal)"
-> Taip powerpnt = mengaktifkan aplikasi "Microsoft PowerPoint (jika di instal)"
-> Taip winword = mengaktifkan aplikasi "Microsoft Word(jika dipasang @ instal)"
-> Taip frontpg = mengaktifkan aplikasi "Microsoft FrontPage (jika di instal)"
-> Taip notepad = mengaktifkan aplikasi "Notepad (sudah sediada)"
-> Taip wordpad = mengaktifkan aplikasi "WordPad (sudah sediada)"
-> Taip calc = mengaktifkan aplikasi "Calculator (sudah sediada)"
-> Taip msmsgs = mengaktifkan aplikasi "Windows Messenger (sudah sediada)"
-> Taip mspaint = mengaktifkan aplikasi "Microsoft Paint (sudah sediada)"
-> Taip wmplayer = mengaktifkan aplikasi "Windows Media Player (sudah sediada)"
-> Taip rstrui = mengaktifkan applet "System Restore"
-> Taip control = mengaktifkan applet "Control Panel"
-> Taip control printers = mengaktifkan applet "Printers"

Sekiranya anda memiliki papan kekunci standard yang mana mempunyai kekunci Windows, anda boleh membuat pintasan seperti berikut;

-> Tekan & Lepas & Tekan WIN Key = memaparkan @ menyorok (hide) menu Start
-> Tekan WIN Key + BREAK = memaparkan kekotak dialog "System Properties"
-> Tekan WIN Key + D = memaparkan desktop komputer anda
-> Tekan WIN Key + M = meminimakan kesemua tetingkap yang sedang dibuka
-> Tekan WIN Key + Shift + M = menetapkan kembali kedudukan tetingkap asal
-> Tekan WIN Key + E = memaparkan tetingkap "My Computer"
-> Tekan WIN Key + F = memaparkan tetingkap "Search for a file or folder"
-> Tekan CTRL + WIN Key + F = memaparkan tetingkap "Search for computers"
-> Tekan WIN Key + F1 = memaparkan tetingkap "Windows Help"
-> Tekan WIN Key + L = komputer anda berada di dalam keadaan "lock"
-> Tekan WIN Key + U = memaparkan tetingkap "Utility Manager"


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini




Baca lagi...



19 November 2011

Rahsia Kod Beep

Pernahkah anda terdengar komputer atau laptop anda mengeluarkan bunyi "beep" samada sekali atau berulang kali semasa anda menghidupkannya! Jika ada, bunyi tersebut sebenarnya adalah satu petanda atau peringatan kepada anda yang komputer atau laptop yang anda gunakan itu mempunyai masalah. Berikut adalah info yang saya perolehi dari internet masalah-masalah yang berkemungkinan berlaku ;




Standard Original IBM POST Error Codes
Code Description

1 short beep System is OK
2 short beeps POST Error - error code shown on screen No beep Power supply or system board problem Continuous beep Power supply, system board, or keyboard problem

Repeating short beeps Power supply or system board problem

1 long, 1 short beep System board problem
1 long, 2 short beeps Display adapter problem (MDA, CGA)
1 long, 3 short beeps Display adapter problem (EGA)
3 long beeps 3270 keyboard card

IBM POST Diagnostic Code Descriptions
Code Description

100 - 199 System Board
200 - 299 Memory
300 - 399 Keyboard
400 - 499 Monochrome Display
500 - 599 Colour/Graphics Display
600 - 699 Floppy-disk drive and/or Adapter
700 - 799 Math Coprocessor
900 - 999 Parallel Printer Port
1000 - 1099 Alternate Printer Adapter
1100 - 1299 Asynchronous Communication Device, Adapter, or Port
1300 - 1399 Game Port
1400 - 1499 Colour/Graphics Printer
1500 - 1599 Synchronous Communication Device, Adapter, or Port
1700 - 1799 Hard Drive and/or Adapter
1800 - 1899 Expansion Unit (XT)
2000 - 2199 Bisynchronous Communication Adapter
2400 - 2599 EGA system-board Video (MCA)
3000 - 3199 LAN Adapter
4800 - 4999 Internal Modem
7000 - 7099 Phoenix BIOS Chips
7300 - 7399 3.5" Disk Drive
8900 - 8999 MIDI Adapter
11200 - 11299 SCSI Adapter
21000 - 21099 SCSI Fixed Disk and Controller
21500 - 21599 SCSI CD-ROM System

AMI BIOS Beep Codes
Code Description

1 Short Beep System OK
2 Short Beeps Parity error in the first 64 KB of memory
3 Short Beeps Memory failure in the first 64 KB
4 Short Beeps Memory failure in the first 64 KB Operational of memory or Timer 1 on the motherboard is not functioning
5 Short Beeps The CPU on the motherboard generated an error
6 Short Beeps The keyboard controller may be bad. The BIOS cannot switch to protected mode
7 Short Beeps The CPU generated an exception interrupt
8 Short Beeps The system video adapter is either missing, or its memory is faulty
9 Short Beeps The ROM checksum value does not match the value encoded in the BIOS
10 Short Beeps The shutdown register for CMOS RAM failed
11 Short Beeps The external cache is faulty
1 Long, 3 Short Beeps Memory Problems
1 Long, 8 Short Beeps Video Card Problems

Phoenix BIOS Beep Codes
Note - Phoenix BIOS emits three sets of beeps, separated by a brief pause.

Code Description
1-1-3 CMOS read/write failure
1-1-4 ROM BIOS checksum error
1-2-1 Programmable interval timer failure
1-2-2 DMA initialisation failure
1-2-3 DMA page register read/write failure
1-3-1 RAM refresh verification failure
1-3-3 First 64k RAM chip or data line failure
1-3-4 First 64k RAM odd/even logic failure
1-4-1 Address line failure first 64k RAM
1-4-2 Parity failure first 64k RAM
2-_-_ Faulty Memory
3-1-_ Faulty Motherboard
3-2-4 Keyboard controller Test failure
3-3-4 Screen initialisation failure
3-4-1 Screen retrace test failure
3-4-2 Search for video ROM in progress
4-2-1 Timer tick interrupt in progress or failure
4-2-2 Shutdown test in progress or failure
4-2-3 Gate A20 failure
4-2-4 Unexpected interrupt in protected mode
4-3-1 RAM test in progress or failure>ffffh
4-3-2 Faulty Motherboard
4-3-3 Interval timer channel 2 test or failure
4-3-4 Time of Day clock test failure
4-4-1 Serial port test or failure
4-4-2 Parallel port test or failure
4-4-3 Math coprocessor test or failure
Low 1-1-2 System Board select failure
Low 1-1-3 Extended CMOS RAM failure

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini



Baca lagi...



18 November 2011

Tersalah Delete/Ubah/Save Fail Atau Folder

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tersalah delete atau save sesuatu fail atau folder dan lebih malang lagi dalam Recycle Bin juga anda telah mengosongkannya, sedangkan fail atau folder tersebut sangat penting bagi anda. Anda ingin kembali pada kedudukan asal tetapi sudah terlambat dan tiada cara lain lagi untuk anda fikirkan waktu itu. Jangan bimbang, semua masalah tersebut dapat anda atasi dengan menggunakan utiliti Shadow Copy, tapi utiliti tersebut hanya terdapat pada semua Windows versi 7 dan Vista versi Business dan Ultimate sahaja.


Tapi andainya anda menggunakan Windows versi Vista Home Basic atau Vista Home Premium, anda masih boleh menggunakan utiliti Shadow Copy ini tanpa perlu menaiktaraf Windows yang anda gunakan sekarang. Anda hanya perlukan sebuah aplikasi Shadow Explorer (bersaiz kecil & percuma) untuk memudahkan pengguna Windows Vista Home Basic dan Vista Home Premium untuk melihat salinan shadow fail yang telah di buat oleh Windows.

Apabila anda menjalankan utiliti Shadow Explorer ini, sebuah dual-panel seperti Windows Explorer akan di paparkan. Lihat gambarajah di bawah;



Di sebelah kiri panel tersebut, terdapat drop down menu yang mana di dalamnya terdapat tarikh-tarikh yang anda inginkan fail atau folder tersebut kembali pada kedudukan asal. Di sebelah kanannya pula, terdapat senarai fail atau folder yang berada pada kedudukan tarikh yang anda pilih tadi. Anda hanya perlu klik butang kanan tetikus pada fail atau folder yang anda inginkan dan klik "Eksport", sistem akan mengeksport keseluruhan fail atau folder tersebut ke lokasi yang anda pilih. Ciri-cirinya sangat berguna untuk mengembalikan sesebuah dokumen yang rosak akibat shutdown komputer secara tidak proper atau dokumen tersebut telah musnah akibat serangan virus dan sebagainya.

Untuk makluman, fungsi Shadow Copy mula diperkenalkan pada Windows versi 2003. Walaubagaimanapun Shadow Explorer tidak boleh di jalankan pada Windows versi XP, 2000 atau versi Windows sebelumnya.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini




Baca lagi...



17 November 2011

5 Jenis Produktiviti Windows 7 Yang Sangat Berguna

Semenjak kehadiran Windows versi 7, banyak sekali perubahan dan pembaharuan yang di buat oleh pihak Microsoft. Dari segi UI atau "User Interface" hinggalah kepada pembaharuan dalam penggunaan dan ciri-ciri produktivitinya yang cukup mudah dan senang untuk di gunakan. Berikut di sini saya senaraikan 5 jenis produktiviti yang terbaik yang perlu anda ketahui.



1. Cara cepat save dan copy fail ke permukaan desktop



Klik mouse tanpa melepaskannya sebarang imej pada mana-mana laman web dan drag n drop fail tersebut ke sebelah sudut kanan taskbar, di sini paparan desktop pengguna akan di aktifkan. Lepaskan klik tetikus dan secara tidak langsung fail tersebut akan di save kan di desktop komputer anda.

2. Options tambahan "Send To" item pada "Right Click Menu"



Tekan kekunci [Shift] diikuti dengan klik tetikus sebelah kanan pada sebarang fail yang anda kehendaki untuk mendapatkan xtra menu pada "Send To" item. Sangat berguna untuk memudahkan anda menghantar fail pada sebarang lokasi dan folder yang anda kehendaki. Saya banyak menggunakan perisian FailMenu Tools untuk kerja-kerja pengurusan fail dan folder. Ianya lebih advance dan cekap.

3. Run sebarang program dengan mode Admin



Selain dari anda klik tetikus sebelah kanan, Right click -> Run as administrator untuk sebarang program, ada cara lain lagi anda boleh lakukan. Tekan sekaligus kekunci [Ctrl]+[Shift] diikuti dengan klik pada sebarang program, itu aje. Untuk sesetengah program mode Admin digunakan untuk memudahkan program tersebut dilaksanakan.

4. "Search Tip" dalam Windows Explorer 7



Untuk memudahkan anda mencari sebarang fail Word, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menggunakan simbol asterisk (*) diikuti dengan extension fail berkenaan, cthnya *.doc dan tekan kekunci [Enter].

Anda juga boleh mencari sebarang fail dengan kaedah cari ikut saiz. Sebagai contoh, taipkan size: diikuti dengan sebarang saiz fail dan masukkan katakunci untuk memudahkan pencarian, lihat contoh di atas.

Kaedah pencarian fail mengikut jenis fail juga ada disediakan. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan taip arahan berikut type:image atau type:doc atau type:video diikuti dengan katakunci untuk memudahkan pencarian.

5. Rakamkan masalah komputer anda dengan Problem Steps Recorder



Salah satu keistimewaan dan kelebihan yang ada dalam Windows 7. Kini jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan Windows 7, anda boleh merekodkan masalah tersebut dan simpan untuk rujukan bantuan teknikal. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik Start dan taipkan arahan seperti gambarajah di atas. Satu program akan di paparkan dan sekarang anda boleh rekodkan masalah yang anda hadapi dari permulaan anda menghadapi masalah tersebut.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini




Baca lagi...



16 November 2011

Papar Versi Windows Pada Desktop

Kepada pengguna Windows yang ingin mengetahui versi Windows yang di gunakan sekarang dan apakah servis pack yang di instal, kini anda boleh berbuat demikian hanya dengan memaparkannya pada permukaan desktop anda . Apa yang perlu anda lakukan ialah sedikit kemahiran untuk mengubah fail registri dalam Windows. Tapi jika anda tidak pernah atau tidak biasa langsung dengan fail registri ini, saya cadangkan anda lupakan saja tip ini atau minta pertolongan dari sesiapa yang arif berkenaan dengan fail registri ini. Ini kerana sekiranya anda tersilap dalam membuat pengubahsuaian fail registri ini, berkemungkinan Windows anda akan menghadapi masalah.




Paparan seperti gambarajah di atas akan wujud bersebelahan dengan ikon date/time di taskbar Windows. Apa yang perlu anda lakukan ialah;

1. Klik menu Start -> Run, dan taipkan arahan cmd, kemudian tekan kekunci "Enter"

2. Selepas itu taip arahan berikut dengan betul dan tekan kekunci "Enter"

reg add "HKCU\Control Panel\Desktop" /v PaintDesktopVersion /t REG_DWORD /d 1 /f

3. Dengan membuat pengubahsuaian nilai pada pembolehubah "PaintDesktopVersion" pada nilai 1, anda akan dapat melihat kesannya apabila anda telah reboot komputer selepas itu.

4. Untuk kembali pada asal, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menaip arahan
seperti di atas tetapi tukarkan nilai 1 kepada nilai 0 seperti di bawah;

reg add "HKCU\Control Panel\Desktop" /v PaintDesktopVersion /t REG_DWORD /d 0 /f

5. Sebaiknya, reboot komputer anda untuk melihat hasilnya.

"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Download artikel ini




Baca lagi...



15 November 2011

Buat Partition Tanpa Kehilangan Data

Sekiranya komputer anda mempunyai saiz hard disk yang sangat besar dan anda bercadang untuk membahagikan kepada beberapa partition, berikut akan saya tunjukkan pada anda bagaimana anda masih boleh membahagikan saiz hard disk komputer anda tanpa kehilangan data di dalamnya dan tanpa juga menggunakan perisian lain.


Sebelum saya meneruskan tutorial ini, sila beri perhatian kepada perkara-perkara berikut;

1. Anda boleh mencipta beberapa partition dalam s
atu hard disk walaupun dalam partition Windows sistem.

2. Hanya Windows 7 dan Vista sahaja yang boleh melakukannya

Jom ikuti tutorial ini;

- klik pada Start -> Right klik tetikus pada menu Computer dan pilih Manage



Seketika nanti satu tetingkap Window Disk Management akan dipaparkan. Agak lambat juga tetingkap ini untuk muncul kerana segala data berkenaan dengan setiap perkakasan dan maklumat sistem akan direkodkan untuk tujuan paparan. Setelah tetingkap ini diaktifkan, klik pada menu Storage -> Disk Management. Disinilah segala maklumat berkaitan dengan hard disk yang disambungkan pada komputer anda akan di paparkan.



Lihat pada kolum di sebelah kanan tetingkap ini, di sini akan di paparkan setiap partition yang di jumpai beserta dengan jenis partition dan status partition berkenaan. Kemudian, klik pada mana-mana partition yang anda kehendaki dan klik butang kanan tetikus pada partition itu dan pilih menu Shrink Volume.



Apa yang berlaku, sistem Windows akan mengesan dan mencari ruang kosong yang masih berbaki di dalam partition yang anda pilih dan hasilnya akan di paparkan seperti di bawah.



Perhatikan berapakah saiz ruang kosong yang masih berbaki dan boleh untuk dibuat partition. Anda perlu berhati-hati untuk memasukan jumlah saiz ruang kosong yang anda perlukan, ini kerana anda tidak boleh sama sekali untuk memasukkan saiz yang lebih besar dari ruang kosong yang tersedia. Masukkan jumlah saiz partition baru pada ruangan "Enter the amount of space to shrink in MB".

Setelah anda memasukkan saiz yang anda perlukan, klik pada butang Shrink. Saiz shrink adalah saiz partition yang mengandungi segala fail-fail lama di dalamnya dan saiz yang selebihnya pula adalah saiz partition yang baru. Disinilah apa yang di katakan tidak akan berlaku kehilangan data walaupun membuat partition yang baru.



Anda masih tidak boleh menggunakan lagi saiz partition yang baru ini melainkan ianya perlu di format. Klik butang kanan tetikus pada saiz partition yang baru dan pilih menu "New Simple Volume".



Tetingkap windows "New Simple Volume" akan di paparkan;



Klik "Next" untuk teruskan. Pada tetingkap window yang berikutnya pula, anda dikehendaki untuk memasukkan saiz partition yang baru, masukkan saja saiz maksimum yang dicadangkan dan klik butang "Next"



Pada tetingkap yang seterusnya pula, pilih sebarang huruf untuk di istiharkan pada partition yang baru dan klik butang "Next".



Pada tetingkap yang seterusnya pula, apa yang perlu anda lakukan ialah ikut sama seperti skrin di bawah;



Kemudian klik pada butang "Finish". Untuk melihat hasilnya, buka menu "My Computer".


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Download artikel ini




Baca lagi...



14 November 2011

Windows 7 : Percepatkan Masa Boot & Buang Windows Splash Screen

Dalam Windows 7, akan di paparkan dalam beberapa saat logo Windows semasa proses booting komputer yang mengatakan "Starting Windows". Logo Windows ini boleh dinyahaktifkan dan ini dapat memperceptakan lagi proses booting komputer anda dalam masa sekitar 6-8 saat.


Ikuti langkah-langkah berikut;

Langkah 1:

Klik Start -> Run dan taipkan "msconfig" dan tekan kekunci Enter.



Langkah 2:

Satu Window System Configuration akan di paparkan dan klik pada tab Boot dan pilih "No GUI Boot"



Langkah 3:

Klik Apply dan OK dan restart komputer anda untuk mendapatkan tindakbalas.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Download artikel ini


Baca lagi...



13 November 2011

Halang Desktop Wallpaper Windows 7 Dari Ditukar

Sekiranya komputer yang anda gunakan sekarang di gunapakai juga oleh orang lain dan anda tidak mahu desktop wallpaper di komputer anda ditukar oleh sesiapa, apa yang perlu anda lakukan ialah membuat sedikit perubahan pada sistem fail "gpedit.msc"


Langkah 1:

Klik Start -> Run dan taipkan "gpedit.msc", fail ini terletak di C:\Windows\System32\gpedit.msc)



Satu kekotak panel Local Group Policy Editor dalam Windows 7 akan di paparkan.

Langkah 2:

Pada panel di sebelah kiri tersebut, klik pada "User Configuration -> Administrative Templates -> Control Panel -> Personalization"



Langkah 3:

Klik butang kanan tetikus pada "Prevent changing desktop background" dan klik "Edit".

Langkah 4:

Pada window berkenaan (di bawah), pilih "Enabled"



kemudian klik OK dan restart komputer anda. Untuk mengaktifkan kembali, ikuti langkah-langkah seperti di atas dan pilih "Disabled" .


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Download artikel ini



Baca lagi...



12 November 2011

10 Jenis Ciri-Ciri Keselamatan PC

Untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang ciri-ciri keselamatan PC yang perlu anda tahu. Apa yang penting anda mestilah seorang yang komited dan rajin menjaga prestasi komputer anda. Ciri-ciri keselamatan ini termasuklah mencegah komputer anda dari di ceroboh, ancaman cecacing, pengintip, pencuri maklumat dan sebagainya.


Apa yang perlu anda tahu ialah;

1. Pastikan sistem Windows dan perisian Office anda sentiasa di kemasikini melalui laman web mereka. Untuk sistem Windows, anda hanya perlu klik pada pintasan ikon 'Windows Update'. Boleh di katakan setiap versi Windows mempunyai ikon ini. Bagi perisian Office, sekiranya anda mempunyai CD setup Office, anda boleh terus mengemaskini perisian berkenaan melaluinya.

2. Cuba anda pasangkan perisian 'Personal Firewall'. Memang tidak dapat dinafikan, sekiranya anda memasang perisian ini, prestasi komputer anda agak lambat sedikit, tapi sangat berkesan untuk menjaga keselamatan komputer anda. Ada banyak tapak web yang memberikan secara percuma perisian ini, antaranya anda boleh download di laman web Symantec atau di Zone Alarm.

3. Cecacing pengintip atau 'Spyware' juga adalah ancaman komputer yang merbahaya. Anda di galakkan untuk memasang perisian ini sekiranya anda selalu melayari Internet. Cecacing ini mampu untuk mencuri segala data atau maklumat di dalam komputer anda dan menghantarnya pada pencipta cecacing ini untuk tindakan selanjutnya. Anda tidak mungkin akan menyedari akan kehadiran cecacing ini. Oleh itu anda di galakkan untuk memasang perisian ini. Anda boleh dapatkan perisian ini secara percuma di tapak web SpyBot Search & Destroy.

4. Halang atau block 'pop-up spam message' dalam komputer anda dengan tidak mengaktifkan perkhidmatan 'Windows Messanger'. Buka Control Panel -> Administrative Tools -> Services dan anda akan dapat melihat perkhidmatan 'Messanger'. Tekan butang kanan tetikus pada ikon ini dan pilih Properties, setkan 'Start-up Type' pada 'Disabled' dan tekan butang 'Stop'. Perisian 'Personal Firewall' juga mampu untuk menghalang 'pop-up spam message' ini.

5. Pastikan katalaluan atau 'password' pada komputer anda tidak mudah dapat dikesan. Gunakan katalaluan yang agak sukar seperti menggabungkan nombor dengan abjad. Jangan sesekali menggunakan katalaluan seperti tarikh lahir anda, no telefon, no kereta, nama anda dan sebagainya yang mana penceroboh mampu untuk mencuba beberapa kali untuk memasuki ke dalam sistem komputer anda. Yang paling penting jangan dedahkan atau tulis di mana-mana katalaluan komputer anda, cuba sedaya upaya untuk mengingat setiap katalaluan yang anda buat.

6. Jika anda seorang pengguna perisian 'Microsoft Outlook' atau 'Outlook Ekspress', gunakan versi terkini dengan adanya 'Outlook Security Update'. Perisian ini mudah untuk penceroboh atau cecacing memasuki ke dalam sistem Windows komputer anda sekiranya tiada ciri-ciri keselamatan di dalam perisian ini.

7. Pastikan anda menggunakan perisian antivirus yang terkini dengan mengemaskini 'pattern file' jika perlu. Pada kebiasaanya, perisian antivirus ini akan memaklumkan pada anda untuk berbuat demikian. Untuk pengetahuan anda, pada setiap hari ada beribu-ribu virus yang di cipta untuk tujuan baik atau jahat.

8. Jika komputer anda mempunyai sambungan tanpa wayar atau WiFi, aktifkan ciri-ciri keselamatan didalamnya seperti gunakan 'MAC filtering', tutup atau nyahaktif 'SSID broadcast' dan pastikan anda menggunakan 'WEP key' untuk tujuan sambungan.

9. Libatkan diri anda dalam komuniti keselamatan PC atau Internet. Salah satunya di tapak web 'Security Forums'. Daftarkan diri anda sebagai ahli dan dapatkan berita terkini. Anda juga boleh bertukar-tukar pandangan atau bertanya soalan jika perlu.

10. Jangan mudah terpedaya atau percaya 100% apa yang anda dapat dari Internet. Contohnya, jika anda menerima email dari seseorang yang anda sendiri tidak pernah mengenalinya, memberitahu tentang sesuatu perkara atau jangan juga mudah untuk memuat turun setiap fail 'attachment' yang dikirimkan pada anda. Siasat dulu tentang kesahihan email ini, siapa penghantarnya, dari mana mereka berasal, imbas dulu setiap 'attachment' yang diterima dan jangan mudah dedahkan maklumat peribadi anda seperti no telefon, kataluan, no kad kredit dan sebagainya sekiranya email berkenaan meminta anda berbuat demikian.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Download artikel ini


Baca lagi...



11 November 2011

Windows 7 : Block Komputer Dari Guna WiFi Tertentu

Tips ini bertujuan untuk menghalang atau menyekat sesebuah komputer dari menggunakan sambungan tanpa wayar (WiFi) tertentu, jika terdapat lebih dari satu sambungan. Pada asasnya, tiada tools disediakan dalam Windows 7 untuk tujuan ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menggunakan arahan dos atau Command Prompt.



Katakan anda ingin menghalang atau menyekat sesebuah komputer dari menggunakan sambungan WiFi yang bernama 'iPejabat'. Caranya;


1. Gunakan komputer yang anda ingin block capaiannya. Klik Start -> All Programs -> Accessories. Kemudian klik butang kanan tetikus pada shortcut Command Prompt dan pilih menu 'Run as Administrator'.


2. Kemudian taipkan arahan berikut;

netsh wlan add filter permission=block ssid=iPejabat dan tekan kekunci Enter

3. Untuk memastikan arahan tersebut berjaya dilaksanakan, cuba taip;

netsh wlan show filter dan tekan kekunci Enter

Jika anda ingin menghalang atau menyekat terus komputer berkenaan dari menggunakan sebarang sambungan WiFi, cuba taipkan arahan berikut;

netsh wlan add filter permission=denyall networktype=adhoc dan tekan kekunci Enter


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini



Baca lagi...



10 November 2011

Aktifkan End Task & Shutdown Komputer

Seringkali jika berlaku gangguan pada sistem Windows, komputer akan menjadi 'hang' dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung memaksa pengguna untuk terus menutup suis komputer. Dan apabila komputer tersebut di hidupkan kembali, akan berlaku proses membaikpulih sistem Windows yang di 'shutdown' secara mengejut. Jika proses ini berlaku berulang-ulang kali, ada kemungkinan akan berlaku risiko kerosakan pada perkakasan komputer seperti hard disk atau ralat yang kritikal pada sistem Windows.



Untuk mengelakkan sistem Windows dari sebarang ralat di sebabkan oleh berlakunya proses 'Shutdown' secara mengejut, apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengaktifkan proses 'End Task' secara auto. Ini dapat memberi masa pada fail-fail sistem yang sedang digunakan atau pada perisian-perisian lain yang sedang berjalan untuk berhenti membuat sebarang proses kerja.


Copy kesemua arahan-arahan registri di bawah;

REGEDIT4

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Session Manager\Memory Management]
"ClearPageFileAtShutdown"=dword:00000001

[HKEY_USERS\.DEFAULT\Control Panel\Desktop]
"AutoEndTasks"="1"

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control]
"WaitToKillServiceTimeout"="1000"

2. Kemudian simpan/save fail ini dengan nama shutdown.reg

3. Double klik fail shutdown.reg untuk mengimport terus ke dalam sistem registri.

Jika komputer anda dilindngi dengan perisian antivirus dan mengeluarkan mesej amaran pada anda seperti 'malicious script', abaikan saja arahan tersebut, sebab script yang di buat ini tidak memudaratkan komputer dan sistem Windows anda.



"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"

Download artikel ini



Baca lagi...



09 November 2011

Hack WinXP Setup CD

Semasa proses memasang WinXP, sistem akan membaca fail setup.ini untuk menentukan samada CD setup yang digunakan adalah dari jenis OEM atau versi retail. Apa yang akan saya kongsikan disini ialah bagaimana cara untuk 'menipu' sistem mengatakan bahawa CD yang digunakan tersebut adalah dari versi penuh atau kata lain mempunyai lesen yang sah.


Trick ini tidak bererti anda boleh 'bypass' WPA atau 'Windows Activation'. Untuk trick 'bypass WPA' akan saya kongsikan pada artikel yang lain. Apa yang perlu anda lakukan ialah dapatkan CD setup WinXP dan sekeping CD-ROM yang kosong. Buat satu folder baru untuk copy kesemua fail setup WinXP dalam komputer anda. Kemudian gunakan arahan 'Find Files' untuk mencari fail 'setup.ini' dalam folder tersebut. Buka aplikasi Notepad untuk membaca kandungan dalam fail berkenaan, sebagai contoh;


[Pid]
ExtraData=707A667567736F696F697911AE7E05
Pid=55034000

Apa yang perlu diberi perhatian ialah nilai pada pembolehubah 'Pid'. Jika dilihat disini nilai tersebut adalah standard default. Sememangnya pembolehubah 'Pid' ini mempunyai nilai yang khusus untuk menentukan samada CD setup yang digunakan adalah dari jenis OEM, retail atau mempunyai lesen yang penuh dan sah. Pertama sekali, kita perlu membahagikan nilai 'Pid' ini pada dua bahagian. 5 nilai yang pertama menunjukkan jenis CD tersebut, jika CD tersebut adalah dari jenis retail, proses instalasi penuh (clean) atau menaiktaraf Windows boleh dijalankan atau jika CD tersebut dari jenis OEM, proses instalasi penuh (clean) sahaja yang dapat dilakukan. 3 nombor yang terakhir menentukan apakah jenis 'Product Key' sistem boleh menerimanya. 'Product Key' di sini bermaksud no siri dari jenis OEM atau retail. Anda boleh mencampurkan no siri ini samada untuk menjadikan CD setup tersebut sebagai OEM atau retail.

Berikut adalah sebahagian no siri yag boleh diterimapakai untuk tujuan ini,

Retail - Pid=51882335
Volume License - Pid=51883270
OEM - Pid=82503OEM

Jika anda berminat untuk jadikan CD setup sebagai CD retail, apa yang perlu anda lakukan ialah di baris terakhir fail setup.ini, tambahkan nilai 'Pid' dengan nilai berikut Pid=51882335. Jadi sekarang CD setup anda mempunyai dua nilai 'Pid' yang berbeza. Setelah proses pengubahsuaian dilakukan pada fail setup.ini, gunakan aplikasi Nero atau apa saja untuk 'burnkan' kesemua fail setup WinXP yang baru ini.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



08 November 2011

Senarai Fail CAB Dalam Setup Win98SE

Berikut adalah senarai fail-fail 'CABs' dalam setup CD-ROM Windows 98 Second Edition sebagai rujukan;


BASE4.CAB
BASE5.CAB
BASE6.CAB
CATALOG3.CAB
CHL99.CAB
DRIVER11.CAB
DRIVER12.CAB
DRIVER13.CAB
DRIVER14.CAB
DRIVER15.CAB
DRIVER16.CAB
DRIVER17.CAB
DRIVER18.CAB
DRIVER19.CAB
DRIVER20.CAB
MINI.CAB
NET7.CAB
NET8.CAB
NET9.CAB
NET10.CAB
PRECOPY1.CAB
PRECOPY2.CAB
WIN98_21.CAB
WIN98_22.CAB
WIN98_23.CAB
WIN98_24.CAB
WIN98_25.CAB
WIN98_26.CAB
WIN98_27.CAB
WIN98_28.CAB
WIN98_29.CAB
WIN98_30.CAB
WIN98_31.CAB
WIN98_32.CAB
WIN98_33.CAB
WIN98_34.CAB
WIN98_35.CAB
WIN98_36.CAB
WIN98_37.CAB
WIN98_38.CAB
WIN98_39.CAB
WIN98_40.CAB
WIN98_41.CAB
WIN98_42.CAB
WIN98_43.CAB
WIN98_44.CAB
WIN98_45.CAB
WIN98_46.CAB
WIN98_47.CAB
WIN98_48.CAB
WIN98_49.CAB
WIN98_50.CAB
WIN98_51.CAB
WIN98_52.CAB
WIN98_53.CAB
WIN98_54.CAB
WIN98_55.CAB
WIN98_56.CAB
WIN98_57.CAB
WIN98_58.CAB
WIN98_59.CAB
WIN98_60.CAB
WIN98_61.CAB
WIN98_62.CAB
WIN98_63.CAB
WIN98_64.CAB
WIN98_65.CAB
WIN98_66.CAB
WIN98_67.CAB
WIN98_68.CAB
WIN98_69.CAB
WIN98_70.CAB
WIN98_71.CAB
WIN98_72.CAB
WIN98_73.CAB
WIN98_74.CAB
WIN98_OL.CAB

Untuk mengetahui maklumat lengkap fail dalam setiap CABs, klik di sini


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


Baca lagi...



07 November 2011

10 Sebab Kenapa PC Selalu Crash

Bagi pengguna Windows tentu sudah biasa menerima mesej sebegini "Fatal error: the system has become unstable or is busy," it says. "Enter to return to Windows or press Control-Alt-Delete to restart your computer. If you do this you will lose any unsaved information in all open applications." Secara tidak langsung satu skrin berwarna biru akan dipaparkan atau dipanggil "Blue Screen of Death". Apakah perkara-perkara yang menyebabkan error sebegini berlaku? Berikut saya kongsikan 10 perkara yang boleh menjadi penyebab, antaranya;


1. Konflik Perkakasan (Hardware Conflict)

Setiap perkakasan di dalam komputer berkomunikasi di antara satu sama lain dengan menggunakan teknologi Interrupt Request Channel (IRQ). Setiap perkakasan mesti mempunyai IRQ yang berlainan atau unik. Sebagai contoh pencetak menggunakan IRQ 7, papan kekunci menggunakan IRQ 1 dan cakera liut (floppy disk) menggunakan IRQ 6. Setiap perkakasan akan sedaya upaya memegang IRQ yang mereka perolehi. Dan sekiranya terdapat banyak perkakasan yang dipasangkan atau pemasangan tidak mengikut panduan yang diberikan, ada kemungkinan dua daripada setiap perkakasan di dalam komputer tersebut akan berkongsi IRQ yang sama.

Apabila pengguna komputer berkenaan cuba untuk menggunakan kedua-dua perkakasan terbabit, disinilah akan berlaku 'hardware conflict' dan seterusnya akan menyebabkan PC menjadi crash. Cara untuk memastikan tiada 'hardware conflict' berlaku ialah klik pada Start->Setting->Control Panel->System Device Manager. Sekiranya terdapat tanda "!" yang berwarna kuning pada perkakasan berkenaan, ini bermakna perkakasan tersebut mengalami masalah. Hightlight item Computer dan tekan butang kanan tetikus dan pilih menu Properties untuk melihat IRQ yang digunakan oleh komputer anda.

Sekiranya terdapat dua atau lebih IRQ yang digunakan, ini bermakna terdapat dua perkakasan yang berkongsi IRQ yang sama. Kekadang itu juga, ada perkakasan cuba untuk berkongsi IRQ mereka seperti mana yang digambarkan seperti berikut "IRQ holder for PCI steering". Abaikan saja mesej sebegini dan cuba fix kembali perkakasan yang bermasalah itu dan cuba re-install semula setiap driver yang diperlukan. Cuba dapatkan driver yang terkini untuk perkakasan berkenaan. Tapak web www.driverguide.com banyak menyediakan driver yang diperlukan untuk setiap perkakasan komputer.


2. Kerosakan Pada Memory

Sekiranya RAM (random access memory) mengalami masalah, komputer akan memaparkan mesej, "Fatal Exception Error". Error sebegini cukup kritikal dan memerlukan tindakan yang segera seperti menukarkan RAM yang baru.

Adakalanya juga, kesilapan memasang RAM yang mana kedua-duanya mempunyai chip yang berlainan. Sebagai contoh penggunaan RAM 70-nanospeed dengan 60-nanospeed akan menyebabkan komputer bekerja dengan cukup perlahan. Kesilapan sebegini boleh menyebabkan komputer menjadi crash dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat sedikit perubahan pada tetapan BIOS, tambahkan masa menunggu untuk RAM selesai membuat analisa dan ini boleh menjadikan komputer anda lebih stabil dan dapat berfungsi dengan baik.


3. Tetapan BIOS

Setiap papan induk atau motherboard didatangkan dari kilang dengan tetapan chip yang berlainan di antara satu sama lain. Untuk masuk kedalan tetapan BIOS ini, semasa proses boot-up akan dipaparkan selama lebih kurang dalam 3 saat kekunci untuk di tekan, adakalanya kekunci F2 atau kekunci Del. Tidak kiralah apa saja kekunci sekalipun, apa yang perlu anda buat ialah tekan kekunci tersebut secara cepat.

Setelah anda berada di dalam tetapan BIOS, anda digalakkan untuk menulis tetapan-tetapan yang sedia ada kedalam sehelai kertas. Ini bertujuan sebagai backup andainya semasa proses perubahan BIOS, komputer anda tidak stabil dan anda boleh rujuk kembali apa yang anda tulis di dalam kertas berkenaan..

Error yang sering dikaitkan dengan BIOS ialah CAS latency. Ini merujuk pada RAM. RAM yang lama seperti EDO (extended data out) kebiasaanya mempunyai CAS 3. SDRAM yang baru mempunyai CAS 2. Sekiranya anda tersilap membuat perubahan pada tetapan BIOS, ini akan menyebabkan RAM di 'lock up' dan seterusnya komputer anda akan terhenti berfungsi. Agihan no IRQ adalah lebih baik dengan membiarkan saja Windows yang menentukannya dan bukannya dengan membuat sendiri tetapan di dalama BIOS. Pastikan tetapan di dalam BIOS untuk item 'Plug and Play OS' di setkan 'yes' yang bermaksud sistem komputer akan menerima IRQ yang diagihkan oleh Windows.


4. Cakera Keras (Hard Disk Drives)

Adalah menjadi satu kemestian hard disk perlu di defrag setiap 2 minggu. Ini kerana dalam masa 2 minggu, pelbagai aktiviti hard disk yang berlaku yang mana hard disk senantiasa bekerja ntuk memenuhi keperluan pengguna. Tujuan hard disk di defrag ialah untuk memastikan setiap fail atau data yang berada di dalam hard disk dapat di capai atau digunakan dengan mudah dan senang untuk di cari.

Sesetengah keadaan, hard disk boleh menjadi 'lockup' atau 'freeze' dengan secara tiba-tiba. Untuk memastikan aktiviti 'read-head optimization' dapat dikurangkan, apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada 'Start->Settings->Control Panel->System Icon->Performance->File System->Hard Disk.'Proses di dalam hard disk boleh menjadi perlahan atau crash sekiranya terlalu banyak data yang di simpan, oleh itu anda di nasihatkan untuk membuat 'housekeeping' pada hard disk untuk selang beberapa bulan dan cuba pastikan masih ada lagi ruang di dalam hard disk berkenaan untuk kegunaan data-data yang akan datang.

Cuba buang atau delete (bukan delete folder) kesemua fail yang berada di dalam folder 'Temporary Internet Files'. Kebiasaannya, folder ini terletak di dalam drive 'C:\Windows'..ini dapat membantu mengurangkan penggunaan ruang di dalam hard disk.

Jangan lupa pastikan 'Recycle Bin' di dalam komputer anda senantiasa kosong atau empty, lakukan setiap minggu. Pastikan juga hard disk senantiasa di 'scan' untuk menjaga dan mengelakkan dari berlakunya ralat atau 'bad sector', lakukannya untuk setiap minggu.

Untuk memudahkan anda melakukan segala aktiviti penjagaan hard disk, setkan penggunaan 'Task Scheduler'. Setkan tarikh dan masa yang sesuai untuk kesemua perkara-perkara ini dilakukan secara automatik.


5. Fatal OE exceptions dan ralat VXD

Ralat ini pada kebiasaannya berlaku disebabkan oleh penggunaan kad video (video card) di dalam sesetengah komputer. Cara untk mengatasi masalah ini ialah dengan mengurangkan resolusi paparan video kad komputer anda. Selain itu pastikan juga driver untuk kad video tersebut mestilah senantiasa 'up-to-date', jika tidak error sebegini akan dikeluarkan setiap masa oleh OS Windows.


6. Virus

Boleh di katakan setiap komputer yang menggunakan OS Windows mudah untuk dijangkiti virus komputer. Tanda-tanda awal kedatangan virus ini ialah komputer menjadi kurang stabil atau prestasinya tidak seperti biasa. Ada sesetengah virus terus merosakkan 'boot sector' yang mana boleh menyebabkan Windows tidak dapat berfungsi dengan baik di awal permulaanya.

Penggunaan anti virus amat digalakkan untuk mengelakkan dari di jangkiti virus komputer. Pastikan pemilihan anti virus adalah yang terbaik, mudah untuk dikendalikan, cepat atau pantas mengesan kehadiran virus dan seterusnya dapat menyekat dari di jangkiti dengan cara membuangnya terus dari komputer anda atau virus tersebut di kenakan tindakan kuarantin.

Pengemaskinian data anti virus amat di perlukan setiap selang satu minggu. Ini penting untuk memudahkan enjin carian pangkalan data virus dalam program anti virus tersebut dapat mengesan kehadiran virus-virus yang baru.


7. Pencetak

Setiap kali arahan cetak di hantar ke pencetak, setiap kali itu jugalah akan terciptanya beberapa fail yang banyak yang di panggil 'Postscript File'. Pencetak mempunyai sejumlah amaun ingatan (memori) yang kecil saja yang di panggil 'buffer'. Semakin banyak arahan cetak di hantar ke pencetak, maka semakin terdedahlah pada proses 'memory overloaded'..

Arahan cetak juga menggunakan sejumlah amaun kuasa elektrik CPU. Secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi komputer menjadi lebih perlahan. Apa yang membimbangkan ialah sekiranya pencetak cuba untuk mencetak beberapa aksara yang tidak dikenalpasti, komputer anda mudah terdedah pada masalah crash. Pencetak tidak mampu untuk 'recover' balik dokumen yang ingin di cetak disebabkan oleh komputer crash kerana berlaku pertindihan dan kekeliruan dalam 'buffer' pencetak. Cara mudah untuk membuang segala data dalam 'buffer' ini ialah dengan mematikan suis pencetak untuk beberapa saat dan kemudian hidupkan kembali pencetak berkenaan.


8. Perisian (software)

Memasang perisian yang salah atau perisian tersebut telah di jangkiti virus boleh menyebabkan komputer anda rosak atau crash. Satu cara untuk memulihkan kembali komputer anda seperti biasa ialah dengan membuang (uninstall) perisian yang anda pasang tersebut. Sebaiknya gunakanlah perisian seperti Norton Uninstall untuk membuang keseluruhan perisian berkenaan sehingga ke sistem registri di dalam Windows. Ini dapat membantu sistem operasi Windows kembali pada keadaan yang asal.


9. Kepanasan (Overheating)

'Central Processing Units' atau CPUs di dalam komputer sangat sensitif pada haba yang panas. Oleh sebab itulah terdapatnya beberapa kipas (fan) yang kecil yang diletakkan berdekatan dengan CPU untuk memastikan CPU ini senantiasa mendapat haba yang sejuk dari sekeliling. Sekiranya kipas berkenaan gagal untuk berfungsi dengan baik, maka CPU tersebut akan menjadi panas yang keterlaluan dan seterusnya akan menghasilkan beberapa ralat dalam 'kernel' komputer.


10. Bekalan Kuasa (Power Supply)

Sekiranya kawasan kediaman atau di pejabat anda mudah terjadi gangguan bekalan eletrik, ini akan menyebabkan bekalan kuasa ke komputer anda turut terjejas. Jika ini berlaku, komputer tersebut akan terhenti beroperasi secara tiba-tiba, dan ini boleh menyebabkan komputer anda mudah crash atau kehilangan data. Untuk mengelakkan dari berulang lagi gangguan bekalan elektrik, anda di sarankan untuk menggunakan peralatan 'uninterrupted power supply' atau UPS. Sekiranya gangguan bekalan eletrik berlaku, komputer anda masih boleh lagi beroperasi seperti biasa dan anda masih boleh menyelesaikan kerja-kerja yang memerlukan penggunaan komputer dan seterusnya anda dapat mematikan (shutdown) komputer dengan atran yang betul.



"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



06 November 2011

Cara Mudah Untuk Mengetahui Public ISP WiFi

Sekiranya anda seorang yang sangat menitikberatkan berkenaan dengan risiko keselamatan semasa melayari internet, lebih-lebih lagi menggunakan capaian WiFi secara percuma, sudah semestinya anda perlu tahu siapa penyelia perkhidmatan atau ISP sambungan internet berkenaan. Ini sangat penting untuk memastikan kestabilan dan kelajuan pembekal perkhidmatan internet berkenaan. Kaedah ini juga baik untuk kita membuat sebarang komen atau bantahan terhadap pembekal perkhidmatan internet andainya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini


Apa yang perlu anda buat ialah setelah sambungan ke internet berjaya, buka laman web ini, di laman web ini akan di paparkan alamat no IP anda seperti berikut “Your IP is xxx.xxx.xxx.xxx”, copy no ini dan kemudian masuk ke laman web ini pula , paste no yang telah anda copy tadi di ruangan "Whois Lookup" dan tekan butang "Search". Di sini akan di paparkan laporan segala maklumat berkenaan dengan pembekal perkhidmatan internet yang anda gunakan, harap maklumat ini boleh membantu anda untuk sebarang kemungkinan yang akan timbul.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"



Baca lagi...



05 November 2011

Sembunyikan Mesej Rahsia Dalam Gambar

Ada pelbagai cara untuk menyampaikan mesej pada seseorang. Antara yang popular ialah meletakkan mesej penting di dalam gambar tanpa diketahui oleh sesiapa pun melainkan penerimanya sahaja. Teknik ini sebenarnya sudah lama digunakan, tapi saya ingin berkongsi pada anda semua pada sesiapa yang berminat. Apa yang perlu anda lakukan ialah;


1. Muat turun aplikasi Notepad++ di sini

2. Run aplikasi ini, buka fail gambar yang hendak ditulis mesej di dalamnya.

3. Abaikan saja perkataan-perkataan yang tidak diketahui maknanya itu dan skrol hingga ke bawah sekali fail berkenaan dan masukkan mesej yang dikehendaki

4. Save fail gambar berkenaan dan selesai

Bagi penerima yang menerima gambar berkenaan, hendaklah juga memuaturun aplikasi Notepad++ untuk membaca mesej yang disampaikan.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"




Baca lagi...