24 November 2011

Selesaikan 10 Masalah Windows Dengan Aplikasi Percuma


Untuk entri kali ini saya akan cuba berkongsi masalah-masalah yang biasa di hadapi oleh pengguna komputer Windows. Dengan menggunakan aplikasi percuma yang mana banyak di perolehi di internet, segala masalah ini dapat di atasi tanpa perlu mengeluarkan bayaran untuk menyelesaikannya, anda boleh membuatnya sendiri...
S1. Saya cuba untuk membuang fail/folder dari desktop saya tetapi komputer tidak membenarkan saya berbuat demikian. Sebaliknya, ia memaparkan mesej ralat yang mengatakan bahawa fail / folder tersebut sedang digunakan oleh aplikasi lain. 

J1. Reboot komputer anda dalam persekitaran Safe Mode untuk memadam fail/folder berkenaan atau jika anda mahu sesuatu yang lebih mudah dapatkan aplikasi Unlocker. Ia adalah utiliti percuma yang membolehkan anda memadam sesuatu fail/folder.

S2. Saya cuba untuk memainkan fail video pada komputer saya tetapi pemain media mengatakan bahawa saya hilang codec tertentu.

J2. Anda boleh menggunakan aplikasi utiliti seperti Video Inspector Lite untuk menentukan codec audio dan video yang diperlukan untuk memainkan fail video di komputer anda. Alternatif lain, anda boleh memuat turun pakej codec seperti K-Lite Pack yang akan membolehkan anda memainkan hampir sebarang format audio dan video pada komputer anda.

S3. Saya hampir kehabisan ruang cakera pada komputer Windows saya. Bagaimana saya boleh membuang semua fail yang tidak di perlukan dan mendapatkan beberapa baki ruang cakera?

J3. Ada beberapa cara anda boleh lakukan

  • Klik Start - Run dan taipkan "cleanmgr" untuk membuka aplikasi terbina Windows dalam utiliti Disk  Cleanup. Ia akan membuang semua fail sementara dan fail-fail sistem yang tidak diperlukan lagi.
  • Gunakan aplikasi utiliti WinDirStat untuk menentukan di mana semua ruang cakera anda telah hilang. Kekadang banyak fail/folder yang tersembunyi di dalam sub- direktori yang boleh menyebabkan ruang cakera keras anda menjadi kurang. Adalah lebih baik jika anda boleh memindahkan fail/folder ini ke pemacu cakera lain atau memadam terus dari komputer anda (banyak pilihan boleh dibuat).
  • Gunakan aplikasi utiliti Duplicate Cleaner untuk mengenalpasti dan memadam semua fail salinan pada pemacu cakera keras anda atau anda boleh memindahkan fail salinan ini ke tong kitar semula ( recycle bin ) ataupun pindahkan kesemua fail-fail ini ke folder lain yang senang dan mudah untuk di gunakan pada masa akan datang.

S4. Komputer saya mengambil masa yang lama untuk di boot-up. Saya telah periksa start-up folder dalam menu permulaan Windows dan tidak ada mana-mana aplikasi lain yang sedang aktif.

J4. Klik Start - Run dan taipkan msconfig dalam kotak Run untuk membuka menu System Configuration dan kemudian klik pada tab Startup . Pastikan semua program yang tidak perlu di aktifkan semasa proses Startup di buang. Jika anda seorang pengguna sistem yang tegar anda juga mungkin boleh beralih ke tab Services dan nyahaktifkan semua perkhidmatan yang tidak perlu. Autoruns adalah salah satu utiliti yang cukup baik untuk menunjukkan pada anda program mana yang telah di konfigurasikan untuk di aktifkan semasa proses boot up Windows atau login.

S5. Saya cuba untuk ‘uninstall’ sesuatu program dari komputer saya tetapi standard menambah atau membuang program (add-remove programs) tidak membenarkan saya berbuat demikian.

J5. Anda boleh menggunakan utiliti percuma aplikasi Revo Uninstaller untuk membuang mana-mana program dari komputer anda. Aplikasi ini juga boleh mengeluarkan entri dari Windows Registry yang mana mungkin telah ditinggalkan oleh proses ‘un-installation’ sebelum ini.

S6. Windows saya keluar "Blue Screen" Mengapa?

J6. Senario begini sering berlaku apabila sesuatu perkakasan atau perisian baru di pasang (install). Ini berkemungkinan perkakasan atau perisian tersebut tidak sesuai pada Windows anda. Utiliti BlueScreenView boleh mengimbas fail dump Windows untuk menentukan peranti yang berkemungkinan mempunyai masalah.

S7. Untuk menyalin fail dalam Windows dari satu folder ke folder yang lain mengambil masa yang agak lama. Dalam Windows 7 masalah ini dapat di atasi sedikit tapi masih adakah cara untuk menyalin fail dengan lebih cepat?

J7. Anda boleh menggunakan utiliti menyalin fail seperti TeraCopy atau RichCopy. Utiliti ini bukan sahaja menyalin @ memindahkan fail di seluruh pemacu lebih cepat tetapi anda juga boleh meneruskan penyalinan fail (resume) sekiranya berlaku kerosakan pada fail berkenaan.

S8. Saya tak sengaja terpadam (delete) sesuatu fail, boleh cari semula tak fail tu?

J8. Utiliti Recuva boleh menyelesaikan masalah terpadam (delete) sesuatu fail atau folder dengan mengimbas semua pemacu termasuklah cakera keras, pen drive atau storan luaran selagi fail atau folder tersebut boleh diselamatkan. Situasi di mana fail atau folder berkenaan sememangnya terpadam terus (permanently delete), utiliti ini tidak berjaya untuk menyelamatkannya.

S9. Setiap kali saya menyalin (copy) sesuatu yang baru ke Windows clipboard, kandungan sebelumnya terpadam. Bolehkah saya membuat ia kekal?

J9. Anda boleh menggunakan utiliti percuma Ditto. Utiliti ini akan memastikan memori komputer di tambah ke Windows clipboard. Anda boleh menyalin apa-apa ke clipboard selagi anda mahu.

S10. Bagaimana saya hendak melindungi fail dan folder pada komputer saya?

J10. Walaupun terdapat utiliti percuma seperti HideFolder yang membolehkan anda dengan mudah melindungi fail dan folder dengan kata laluan tapi dengan TrueCrypt anda akan dapat lebih daripada itu, fail dan folder anda lebih terjamin akan keselamatannya. Kelemahan yang jelas dengan menggunakan utiliti ini adalah jika anda terlupa kata laluan ia adalah mustahil untuk anda mendapatkan semula fail yang telah di lindungi itu.



0 comments:

Post a Comment